Hukuman Sebat Menanti Pesalah Judi Di Aceh




Seramai 14 orang yang didapati melanggar peraturan ketat Islam di wilayah Aceh kerana berjudi disebat di khalayak ramai di Langsa, Aceh Timur, kelmarin.

Ketua jabatan jenayah umum di Pejabat Pendakwa Raya Langsa, Irvon berkata, setiap seorang pesalah itu disebat sebanyak enam kali di dataran Masjid Darul Falah.

Mengikut kanun 2003 atau undang-undang kecil Islam, kesalahan berjudi membawa hukuman maksimum 12 sebatan dan minimum satu sebatan.

Irvon berkata, kesemua pesalah ditahan oleh polis dari pelbagai kawasan di daerah ini kerana bermain nombor ekor.

Menurutnya, pada 12 Mei lalu, sekurang-kurangnya tujuh orang yang melanggar larangan berjudi turut disebat sebanyak 12 kali.

Kes lain termasuklah empat pegawai awam dari Aceh Besar yang ditahan pada Januari lalu kerana berjudi, tetapi pelaksanaan hukuman ditangguhkan kerana menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Syariah wilayah.(AGENSI)

NOTA: Cara yang sebaikkan dan patut di lakukan di sini untuk mencegah orang islam dari berjudi. Jika selama ini hanya denda di kenakan kepada pesalah beragama islam seandainya di tangkap berjudi, cuba kita praktikkan hukuman ini di sini saya rasa pasti akan mengurangkan secara drastik jumlah penjudi tegar di kalangan orang islam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Mei 22, 2011

22 Komen:

  1. Menginsafkan....(bagi yang mendapat hidayah ketika menyaksikannya lah...)

    BalasPadam
  2. denda orang boleh bayar sampai bila x insaf kalau macam nih

    salah satu cara terbaik utk mengingat dan menginsafkan pesalah dan juga masyarakat

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...

    Moga sdra sihat hendaknya..

    Wajarlah mereka disebat agar tidak mengulangi perbuatan hina itu.

    BalasPadam
  4. Salam Zul, satu hukumnya yang amat terbaik juga satu cotoh dan tauladan utk mereka yang lain.

    BalasPadam
  5. salam..

    saya sokong jugak kalau hukuman sebat nih dikenakan kepada orang islam yang berjudi.

    BalasPadam
  6. inilah yang dituntut...hukuman Islam walaupun nampak kejam pada awalnya tapi ia dapat mengelakkan perbuatan sama diulangi...

    BalasPadam
  7. Lambat lagilah nak tunggu buat di Malaysia.

    Allah lebih tahu hukuman yang terbaik untuk mendidik makhluk-Nya yang bernama manusia, cuma kita sahaja yang bongkak dan alpa.

    BalasPadam
  8. indahnya apabila hukum islam dilaksanakan..datangnya islam untuk mendidik manusia bukan menghukum manusia....allah maha hebat...

    BalasPadam
  9. Kalau dilakukan disini juga pasti maksiat berkurangan ...entah bila la kita nak melakukan perkara yg serupa....
    Unsur2 barat semakin kuat pengaruh disini,kalau tiada usaha tuk membendungnya pasti semakin ramai yg terjerumus....

    BalasPadam
  10. Baguskan kalau kat Malaysia buat undang2 mcm ni..hari tu ada tgk gambar yg penzina kena hukum kat Acheh.

    BalasPadam
  11. Bilalah nak buat kat Malaysia ni. Baru ramai yang takut nak beli nombor ekor kot....

    BalasPadam
  12. kalau lah di lakukan di malaysia !!

    BalasPadam
  13. tapi di negara kita hukuman masih longgar tu sebab byk pnjenayah masih melakukn jenayah semula, klu hukuman itu berat mungkin mereka akan rasa takut..

    BalasPadam
  14. bahaya kalau ketagih judi... salah tetap salah...hukuman itu yang terbaik..

    BalasPadam
  15. salam
    kalau sebat tangan je pun ramai yang akan serik
    setiap kali pegang daun terup, teringat tangan kena sebat
    insya allah

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum,

    Laksanakannya...Allah pasti menganugerahkan kesejahteraan buat umatnya yang mengamalkan hukum Allah.

    BalasPadam
  17. elok jugak buat camgini kat mesia..

    BalasPadam
  18. Assalam..
    Betul tu. Undang2 Islam ni kan sesuai diamalkan di mana2 sahaja dan pada bila2 masa sahaja kerana ia adalah ciptaan Allah yang teragung.

    BalasPadam
  19. Biasanya hukuman sebat macam ni akan digambarkan oleh media sebagai hukuman yang sangat kejam. Sebab tu la mungkin kerajaan Islam Malaysia masih takut nak laksanakan.

    BalasPadam