Hikmah Tanah Runtuh : Norsuzana Bertemu Semula Anaknya Mohd Aizat Qushairi




Salam semua, rasa nak jatuh pula air mata jantan saya ini bila membaca kisah seorang ibu yang bertemu semula dengan anak lelakinya selepas 11 tahun berpisah. Cuba membayangkan sesedihan hati seorang ibu dan kekacauan dalam benak mereka, antara ibu dan anak setelah sekian lama tidak bertemu. 

Dari gambar kita sudah dapat merasainya, lupakan apa yang telah berlalu dan yang terjadi dalam kisah rumahtangga si ibu dan si ayah kerana apa yang telah berlaku tetap telah berlaku. Semoga hanya sinar yang ceria menanti mereka di hari yang mendatang.



AMPANG: Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat pada Sabtu lalu telah membawa kepada satu pertemuan antara seorang ibu dengan anaknya yang telah terpisah selama 11 tahun.

Norsuzana Abdullah, 37, tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata kegembiraan apabila berjumpa dengan anaknya, Mohd Aizat Qushairi Abd Karim, 13, buat kali pertama sejak tahun 2000.

Norsuzana berkata, dia terkejut apabila terlihat nama anaknya itu di dalam senarai nama mangsa yang terselamat melalui berita pada malam Ahad.

"Apabila saya ternampak namanya, saya dapat rasakan dia adalah anak saya kerana nama yang diberi kepadanya agak unik.

"Selepas rakan-rakan memberi dorangan kepada saya untuk melawatnya, saya membuat keputusan untuk mencari maklumat di mana dia diberi rawatan.

"Tidak percaya rasanya apabila akhirnya saya dapat berjumpa semula dengan anak lelaki saya selepas bertahun-tahun lamanya mencari dan memikirkan bagaimanakah keadaan dirinya," kata Norsuzana yang ditemui di Hospital Ampang, semalam.

Dia memberitahu bekas suaminya telah mengambil Aizat dan abangnya selepas mereka bercerai pada tahun 2000.

Bekas suaminya kemudian menyerahkan dua kanak-kanak itu di bawah jagaan kakak-kakak ipar Norsuzana. 

PANDANGAN PERIBADI PENULIS: Buat pasangan yang mengecap kebahagiaan rumahtangga kalian sekarang tahniah di ucapkan, kekalkan kebahagiaan rumahtangga kalian. Buat pasangan yang bermasaalah, usah di gusarkan seandainya hanya perceraian yang mampu membahagiakan kalian dan sebagai jalan terakhir dalam melayari bahtera rumahtangga. 

Cuma pesanan dari saya, kebajikan anak-anak tetap di jaga biarpun kalian telah bercerai. Sebaiknya usah di pisah anak kecil dengan si ibu dan si ayah lawatlah sekerap mungkin anak-anak anda biarpun kalian sudah berpisah. Kekalkan itu, agar mereka tahu di mana ayah dan di mana ibu mereka yang sebenarnya. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar. Wassalam.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Mei 25, 2011

25 Komen:

  1. semoga selamat semuanya

    BalasPadam
  2. wah tak sangka sungguh... setiap kejadian ada hikmahnya..

    BalasPadam
  3. ya allah...
    setiap dugaan yang Allah beri..
    ada hikmah disebaliknya

    BalasPadam
  4. Kesiannya bila si Ibu tidak diberi hak untuk berjumpa dengan anaknya sendiri. ada hikmah juga tanah runtuh ni.

    BalasPadam
  5. Hikmah di sebalik musibah...
    Betul tu...anak2 x patut dipisahkan dari ibu bapa...perceraian hanya memisahkan hubungan suami dan isteri dan bukan hubungan anak dan ibu/bapa...

    BalasPadam
  6. ada hikmah sebenarnya daripada apa yang berlaku.itulah kuasa tuhan =)

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama25 Mei, 2011

    Aslmkm Zul.
    Memang menyayat hati.
    Ada banyak kes di mana keruntuhan & masaalah rumahtangga menjadikan anak2 mangsa nyata.
    Kak G pernah lihat kedegilan ibu & bapa yang lebih rela anak mereka duduk di rumah saudara jauh &/ diserahkan kepada keluarga angkat &/ rumah2 anak2 yatim daripada memberikan kepada bekas pasangan atau waris mereka.
    Herannya pulak ada juga rumah2 anak yatim yang menerima anak2 begini w/pun pada hakikatnya ibu & bapa masih ada!
    Itu yang membuat Kak G kekadang rasa skeptikal juga bila membantu sesetengah rumah2 kebajikan.

    BalasPadam
  8. rupanya begitu banyak hikmah sebalik setiap kejadia tersebut

    BalasPadam
  9. alhamdulillah jumpa juga anak dia akhirnya. Allah Maha Berkuasa. Ada juga hikmah disebalik bencana ni

    BalasPadam
  10. memang banyak keburukan apabila becerai terutamanya anak2..
    Alhamdulillah mereka telah betemu semula..
    mmg mnyedikn bila mengetahui kisah tanah runtuh ini,
    semoga dijadikan iktibar pada semua..

    BalasPadam
  11. salam,
    Bila perceraian berlaku, anak2 yang menjadi mangsanya. Ambil lah ikhtibar dengan kisah ini. Kalau kisah yg berkaitan dengan anak2, memang mas tak boleh duduk diam.

    BalasPadam
  12. saya sgt2 setuju dgn pandangan peribadi itu.. anak2 kita, amanah kpd kita

    BalasPadam
  13. saya pun sedih je baca paper pasal nih. hal mak ayah biar diorang settlekan, tapi anak-anak jangan dipisahkan. bercerai tak semestinya tanggungjawab sebagai bapa dan ibu tuh terputus.

    Latest Entri :
    Gatalnya Eczema Nih

    BalasPadam
  14. Setiak kejadian ande hikmahnye.Kite kene la berfikir....

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama25 Mei, 2011

    Alhamdulillah, Allah telah mengatur takdir seseorang dengan dan sempurna.

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah.

    Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Sudah tertulis :)

    BalasPadam
  17. benar dikata, setiap kejadian pasti ada hikmahnya.
    alhamdulillah...ibu & anak dipertemukan semula..
    bila terjadi perceraian..selalunya anaklah yang jadi mangsa...

    BalasPadam
  18. terasa dunia ni begitu kecil sekali

    BalasPadam
  19. kuasa Tuhan sapa yg dpt menjangkakannya...

    Alhamdulillah jejak telah ketemu semula..syukur sangat2

    BalasPadam
  20. Ajal maut,jodoh pertemuan dan perpisahan semuanya adalah ketentuan tuhan,redha dan mengambil iktibar dari semua kejadian supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.Manusia yang tidak belajar dari kesilapan adalah manusia yang tidak pernah belajar sesuatu pun didalam kehidupannya.

    BalasPadam
  21. salam, setiap sesuatu tu ade hikmahnya.

    BalasPadam
  22. alhamdullilah.. nor aida buka ibu angkat.. dia ialah mak cik aizzad, adik kepada bapa aizzad.. nama adiknya ialah nur aryssa fabiana.. semua kejadian berlaku hanyalah kerana suzana seorang mualaf.. sepatutnya mereka membimbing suzana.. bukan menghina dan megherdik.. bahkan dia dihambat.. tapi Allah maha kuasa.. tiada siapa dapat sorokkan anak dari ibunya sendiri.. saya lagi terharu.. kerana dia adalah keluarga saya..

    saya tak mampu cerita panjang.. terlalu sedih.. mereka memang pandai berlakon didepan media.. kepada julijit kaur@ nur suzana abdullah.. tabahkan hati kuatkan semangat.. kami radzee's family akan sentiasa mendoakan kak ju..

    BalasPadam