Salam semua, ermm..sudah berlainan sekali dari rumah asal yang berberanda dahulunya kini tiada lagi, memandangkan beranda yang dahulunya amat jarang sekali penggunaannya maka di robohkan sahaja. Perhatikan pintu besar utama terpaksa di tutup dengan zink buat sementara waktu kerana masih dalam proses tempahan khas dari kedai membuat pintu khabarnya dari Kedah.
Ruang letak kereta pada mula perancangannya hendak menggunakan atap tempahan khas, tapi kos yang agak tinggi menyebabkan bertukar kepada yang anda lihat sekarang menggunakan alang kayu sahaja. Bahagian kayu rumah atas telah di lakukan pembaikan membuang mana yang reput dan akan di cat sedikit masa lagi.
Jika di perhatikan terdapat satu lagi pintu di ruang tepi memudahkan untuk keluar masuk tanpa menggunakan pintu besar yang masih belum siap kerana di tempah khas dari kedai membuat pintu. Juga di buat saluran larian air di atas atap rumah, mengelakkan air hujan dari atap rumah atas terlalu laju jatuh ke bahagian depan rumah.
Bahagian bawah rumah dalam proses akhir pembikinan, mosaic lantai telah di pasang sebanyak 80% dan tergendala prosesnya kerana tukang rumah menunggu "perbelanjaan" yang kering..ermm..sudah menjangkau RM 30 K ni. Adehh..tak siap lagi tu?
Kelihatan juga anak tangga di buat menghubungkan rumah bawah ke bahagian dapur rumah yang terletak di aras atas. Secara tak langsung rumah ini menjadi 3 tingkat dengan menggunakan 2 tangga. Satu dari rumah bawah ke dapur dan satu dari dapur ke rumah atas yang menempatkan bilik-bilik.
Ruang belakang rumah (dapur) di turap dengan simen dan di buat bumbung agar boleh menjadi padang permainan cucu- cucu bila pulang ke kampung. Selalu bermain tanah nanti terkena hama ayam pula. Mulalah bengkak sana sini, begitu juga dapat mengelakkan kepanasan terik bila berbumbung. Abaikan " rumah kecik " itu, masih boleh di gunakan dan sayang nak di robohkan. Buat masa ini tandas di rumah sudah jadi sebanyak 3 buah . Pasti cukup untuk menampung anak-anak seramai 8 orang dan para menantu serta cucu-cucu seramai 15 orang , apabila semuanya pulang serentak ke kampung. Keluarga besar la katakan. HE HE..Wassalam.
Entri Berkaitan:
Posted by: Zulkbo zulkboCom
Zulkbo Blog
Updated at :
Ahad, Mei 01, 2011
Assalamualaikum,
BalasPadamWaaa...tak cukup 30 kilo tu..
kena besar lagi..
Salam Zul, alhamdulilah dah hampir siap, mmg besar dan selesa rumah nie senang le anak cucu berkumpul yak :)
BalasPadamehem2..
BalasPadamda smbung uma ea?
alhamdulillah, keselesaan bertambah!
P/s: lame xjnguk cni, huhu~
besor dan selesa weh...anak2 boleh main bola dlm te
BalasPadamtak rugi pelaburan masa depan te
Makin selesa nanti...
BalasPadamKantoi . Part 2.
Assalamu'alaikum,
BalasPadamWah, tak lama lagi bersinggahsanalah di rumah ini ya.
memang nampak luasa kawasan rumah bro,
BalasPadamkalau sanak sedara datang tak perlu bersesak2..:)
mak ngan bapa mentua pun baru buat satu lg rumah kat kpg bg besar lg,coz cucu dgn menantu diorg makin bertambah..:)
Assalamualaikum..
BalasPadamMoga sdra sihat hendaknya..
Mudah-mudahan dikurniakan keberkatan atas projek sdra ini..
Semoga segala yang dirancang siap mengikut jadual :)
BalasPadamalhamdulillah,,rezeki. luas, memang selesa camni.
BalasPadamLatest Entri :
Suamiku Dua Alam
salam
BalasPadambesar dan luas sekali nampaknya
memang sangat sesuai buat anak cucu berkumpul
memang meriah
Wahhh...besar dan selesa. rumah mcm ni lah yg seronok buat berkumpul anak beranak.saya selalu impikan rumah luas/selesa/santai macam ni..
BalasPadamsalam cik Zul..
BalasPadamberkat kesabaran akhirnya hampir siap jugakkan..
bolehlah cucu bermain dlm rumah, main tanah mmg nnt bengkak tiba2 sbb ada tungau..hehe
Rasa macam pernah sampai je kawasan rumah ni.. time kenduri kawin ..
BalasPadamrumah kecik.. kenangan yang terindah.. heheh. :D
BalasPadamwah Dah naik siap ek??? senang sikitlah lepas nie..keluarga pun besar...
BalasPadamlapang dan luas kawasan bawah tu.. saya cadangkan dijadikan ruang solat berjemaah apabila semua naak cucu balik ke rumah baru ini nanti..
BalasPadam