Entah Berapa Banyak Khinzir Yang Kita Makan




Berita 1
JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman  yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,”(Harian Metro)

Berita 2
PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.(www.halal.gov.my)

Salam semua , 2 hari tak berblog  mungkin saya ketinggalan dalam beberapa isu penting semasa yang ingin di utarakan. Jika entry sebelumnya hanyalah auto publish. Dalam kereta pagi tadi saya terdengar program bersama pengguna dengan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) yang mengenengahkan tentang isu makanan yang kerap kita sangkakan halal berada di pasaran, rupanya adalah sebaliknya.

Berdasarkan dua berita yang anda baca di atas, kopi pun sekarang di masukkan ramuan yang mengandungi dna babi (khinzir) . Apa nak jadi ni? Entah dah berapa ramai orang islam yang termakannya? Memang sesuatu yang memeranjatkan buat pengguna islam semua. Nampaknya pembaca semua perlulah lebih berhati-hati dalam melanggan kedai yang di ragui status halalnya.

Khabarnya juga, dari berita 2 di atas sebuah syarikat gergasi di Malaysia yang menjalankan perniagaan pasaraya hyper, TESCO turut mengalami masaalah tergunakan produk tidak halal dalam masakan di kedai roti  mereka. Tetapi syarikat ini benar bertanggungjawab dengan menutup sementara premis roti mereka untuk melakukan proses  menyamak sehingga mendapat pegesahan halal kembali dari pihak berwajib.

Bagaimana agaknya dengan kedai roti yang lain yang berkemungkinan besar menggunakan produk yang sama dari pembekal tersebut. Alahai, amat susah rupanya mendapatkan yang benar-benar halal walaupun berada di negara Malaysia ini yang islam adalah agama rasminya. Dan anda jangan terkejut jika sebuah kedai kek yang popular di bandar juga ada menjual produk yang di ragui halalnya LINK. Wassalam.


Entri berkaitan:

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Mei 21, 2011

13 Komen:

  1. Sekarang ni ssh nak bezakan makanan halal dan haram.. Apa yang halal diselitkan yang haram.. Minta2 lah dijauhkan..

    BalasPadam
  2. Salam Zul, nasib saya bukan pengemar kopi boleh dikatakan langsung tidak suka minum kopi.. pun begitu skrg nie mmg kerja org kapir nak memunah org islam :(

    BalasPadam
  3. nasib kome x berkenan amat nok makan kat mana2 kedai kopitiam...tak tau laa kenapa

    betullah seperti yg pernah saya baca dulu dikatakan umat islam sekarang hanya islam pada nama sbb hati jadi gelap utk menerima kebenaran kerana kita telah makan benda yg kotor tanpa kita sedari

    ni salah satu cara org2 kafir nak lemah dan jatuhkan umat islam...ni salah satu sebabnya

    dan ade saya cerita kepada kwn saya yg memang tegar sgt dengan kopitiam ni apa2 minum kat kopi kopitiam, sikit2 kopitiam, punya la marah dia. apalah ko ni x ikut perkembangan semasa balik2 minum kat warung mak timah tu...apa kelass

    jadi fikir2kanlah lepas ni

    BalasPadam
  4. sekarang ni kena jaga bab makan.ada yang tak halal tapi letak tanda halal =(

    BalasPadam
  5. salam cik zul..sbb tu kalau kita ckp kat org cina kita org islam tak makan babi,diorg gelak besar..sbb diorg yg kuasai bhgian mknn, diorg tahu apa yg diorg buat..

    BalasPadam
  6. Huh.. ! selalu juge minum kopi ni..

    BalasPadam
  7. salam
    memang payah
    maklumat halal haram sukar untuk diperolehi oleh rakyat biasa
    sangat payah ni, bro

    BalasPadam
  8. kedai kopitiam...! dan lain lain kedai dimana mana pun, ramai pelanggan melayu.. walaupun kat surat khabar dah cerita berapa kerat saja yang ada sijil 'Halal'.... macam tak de pilihan lain.. dok kerumun kedai yang tak pasti setatus 'Halal'nya tu.. heran aku la.... tak kan sanggup sokong kedai penipu cam tu, walaupun ada internet free! dah tentu tuan punya kedai tu bukan Islam, dia nak lakukan jualan saja, dia ambik pebantu melayu.. wal hal.. siapa uruskan bahan bahan makanan kat situ... kita yang pegi kat situ tu buat apa..? pegi le tempat lain..

    BalasPadam
  9. erkk.. sangat menakutakn... tapi jarang2 minum kopi nih....

    BalasPadam
  10. salam cikgu.
    kedai kopitiam di johor (kluang & JB) sudah disamak. pinggan mangkuk lama dah dibuang/ dilupuskan dengan dipantau (eskot) jab agama johor dan juga jab halal J-Corp.

    di Kluang, boleh hubungi ustaz khalil dari bahagian penguatkuasaan, jab agama. di johor, boleh hubungi ustaz (imam) akmal dari jab halal, johor corporation (j-corp)

    terima kasih.

    p/s- saya tahu dan ambil berat kerana selalu minum di kopitiam yang di JB kerana berdekatan masjid kotaraya. solat dan makan/ngeteh. mudah.

    di kluang pula, kerana bersekolah menengah (hostel) di sana selama 5 tahun. selalu minum di kopitiam tersebut. sekarang pun akan sesekali ke kluang untuk melepas rindu. maklum, tempat bermain dan terjatuh..huhuu

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama24 Mei, 2011

    Sila baca - http://www.ceritaindahkami.com/2011/05/sila-baca-status-halal-secret-recipe.html

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama26 Jun, 2011

    Tiap tahun kita training puasa untuk kawal nafsu tapi tak dipraktikkan dalam kehidupan harian. Bukanlah kita nak puasa hari-hari, cuma menahan nafsu dari melantak segala macam benda. Kita baca Qulya...Qafirun dalam sembhyang sb org kafir ni mmg musuh kita. JAKIMpun mrk tipu. Nk dpt sijil halal mrk ikut peraturan, bila dah dpt, kok balik asal. Ramuan ada babi ni mmg murah sb babi beranak sekali 4 ke 6 ekor brbanding lembu. Mungkin psl tu produk muslim mahal sikit. Janganlah mudah percaya sangat pada yang sedap, cantik dan mewah lalu kita menabur duit mengayakan org kafir.

    BalasPadam