Definasi Cinta






Salam semua, saya telah di tag oleh saudara Azrai untuk menyertai contest yang di anjurkan miszpathetic atau di kenali "si gadis berkaca mata",  memperkatakan tentang soal cinta (DEFINASI CINTA). Terima kasih buat Azrai dan empunya blog yang menganjurkannya, tanda ukhwah sesama kita semua.

CINTA sesama manusia, siapa insan yang di lahirkan di dunia ini tidak pernah mengalami ataupun sukakannya. Hanya yang tidak normal pada pandangan saya tidak mahu bercinta berpasang-pasangan. Naluri insan yang di lahirkan sejak dari zaman Nabi Allah Adam AS, cinta itu telah ada. Bercinta lah kerana Allah pasti anda akan mendapat keberkatannya baik di dunia mahupun akhirat.

CINTA harta, dalam dunia yang serba moden ini harta benda di jadikan kayu pengukur tanda kejayaan seorang manusia itu. Tanpa harta kekurangan banyak di rasakan. Kurang dari segi memikat cinta manusia, begitu juga rasa rendah diri yang menyaluti jiwa insan bernama manusia. Tapi tahukah anda harta dunia hanya sementara? Maka pergunakan sebaikkan ke jalan Allah jua agar di berkati hidup mu dunia akhirat.

CINTA akhirat, cinta yang kekal abadi dan yang terpilih pada mereka yang mengetahuinya. Mudah mengatakan tapi mampukah kita melihat dan memahaminya? Dekat dengan Pencipta mu, insyaallah segala cinta yang di nyatakan sebelumnya akan berjalan seiring dunia  dan akhirat yang akan kekal  dan nyata kita menghadapinya.

Naluri CINTA adalah anugerah Alllah, berpadalah dalam menghadapinya dan yang pasti kembali pada Nya dalam segala nilai CINTA yang kita cari, cipta mahupun dapati. Sebelum terlupa saya panjangkan tag ini buat 3 rakan blogger dan saya akhiri dengan Wassalam.

  • http://cetusanhati.com/
  • http://www.gadisbunga.com/
  • http://abadiromeo.blogspot.com/





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mei 30, 2011

9 Komen:

  1. cinta mengubah segalanya ;)

    BalasPadam
  2. Cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan.. Walau pedih hingga mengalir air mata namun tetap dimakan jua...he3..

    p/s : Lagu dari filem ntah.. da lupa.... :)

    BalasPadam
  3. hihi..topik elergik. tapi takpe, nanti kite ceciter cemana. anyway thx for the tagging. dalam next entry saya akan buat. :)

    BalasPadam
  4. aku sahut jua cabaran contest tu.Pening juga memikirkan camne nak buat entry tu..namun aku hasilkan juga sebab nama aku dah kena tag.T.q kerana masih memberikan input traffiq buat aku.

    http://abadiromeo.blogspot.com/2011/05/definasi-cinta.html

    BalasPadam
  5. salam. saya dah buat tag ni. :D

    http://www.gadisbunga.com/2011/06/hati-bergetar-hebatjantung-berdetak.html

    BalasPadam
  6. Zulkbo pun mood romantik rupanya. [",]

    BalasPadam
  7. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam