Blog Sebagai Wadah Menyampaikan Pesanan Demi Kebaikan Ummah





Assalamualaikum WBT. Berpesan sesama muslim demi kebaikan ummah amatlah di tuntut islam, tetapi dalam kita menyampaikan pesanan atau dakwah, seharusnya kita terlebih dahulu memahami masalah yang dihadapi mereka. Gunakanlah budi bicara yang sesuai dan penuh dengan kata hikmah. Pesanan yang dicampuri dengan nada sinis dan caci maki amat dibenci oleh mereka.

Jangan ada unsur paksaan yang melampau. Jangan terlalu keras dalam meletakkan hukum agama pada mereka, cukup sekadar memberi penerangan yang mudah difahami dan membuatkan mereka kembali berfikir. Kerana perubahan yang kita mahukan adalah dari keikhlasan hati mereka, bukannya kerana orang lain.

Ketika berpesan-pesan, jangan terlalu mengharapkan reaksi positif. Anda harus lebih bersedia dengan reaksi negatif mereka. Jangan terlalu ambil hati jika dimaki semula, anggaplah ia sebagai satu ujian dan cabaran yang harus ditempuhi. Paling penting harus bersikap sabar, bersabarlah seperti baginda Nabi  Muhammad SAW.

Biar dihina dengan pelbagai cara, namun Baginda tetap tiada dendam dan membalas dengan perkara kebaikan. Sebab itu, syarat untuk berpesan itu harus memiliki kesabaran sekaligus memasukkan diri ke dalam golongan soleh seperti mana ayat al-Quran yang bermaksud " kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh ".

Bersyukurlah pada Allah sekiranya anda berada dalam kelompok kecil yang dipelihara Allah dari kerosakan generasi remaja. Peringkatkanlah pesanan dan dakwah kepada mereka yang tergelincir dari landasan kebenaran. Gunakanlah apa juga cara selagimana dihalalkan syarak untuk menarik mereka.

Berdoalah supaya Allah berikan ketabahan dalam diri anda dan tetap di atas jalan-Nya jua di samping mendoakan semoga Allah memberikan petunjuk kepada mereka semua dan bertaubat sekiranya telah melangkaui batasan agama. Semoga kita semua jadi hamba-NYA yang bertaqwa. Wassalam.


Entri berkaitan:




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Mei 27, 2011

14 Komen:

  1. Semoga mereka mendapat hidayah..

    BalasPadam
  2. Benar,

    Sabar menjadi bekal utama.
    Biarlah salah di mata mereka....
    dan kita perlu berbincang mencari kebenaran...itu sebaiknya daripada terus bermusuhan.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah...belog saya tak kena lagi komen cenggitu..harap ia terus suci

    BalasPadam
  4. semoga kita semua dibawah lindungan Allah

    BalasPadam
  5. assalam en zul...
    mcm tu la hakikatnye manusia...ade bermcm2 jenis ragamnye...

    semoga kite semua diberkati allah didunia dan akhirat...

    BalasPadam
  6. Allah tanya nanti apa hasil kerja tangan kita selama idop kalu berblog pon takleh nak sampaikan dakwah, kerana dakwah menjadi kewajipan seluruh orang islam

    BalasPadam
  7. Sallam,

    Membentuk menusia ni seperti menarik rambut dalam tepung, rambut mesti tak putus, tepung mesti tak berselerakan.

    BalasPadam
  8. hati akan terbuka kelak..klu ada yg cuba marah2 atau tegur makna setip entri kita mendapat respon yg baik :)

    BalasPadam
  9. bukan mudah nak betulkan org..lebih2 lagi dri sndri..

    semoga hidayah akan terbuka..Dia Maha MengetahuiNYA..

    BalasPadam
  10. Hahahahaha....
    kalau tak suka apa orang cakap, tutup jer mata n telinga tu. Berani plak nak komen.... [",]

    BalasPadam
  11. Assalamu'alaikum Zul

    Setuju dengan nasihat ini.. bersabar dalam menulis dan berdoa agar mereka kembali kepada fitrah.

    BalasPadam
  12. Lain orang ,lain pandangannya...tetapi kalau perkara salah tetap salah...

    Jus Katak

    BalasPadam
  13. Bila kita beri nasihat ke arah kebaikan dan meninggalkan kejahatan mereka akan berkata

    "ahhh..kubur lain-lain...!"

    apakah jawapan yang sesuai buat mereka.

    "aku takut kubur engkau sebelah kubur aku,asyik dengar kau minta tolong kat sebelah sebab kena tibai..mengganggu ketenteraman"itu jawapan sesuai buat mereka.

    BalasPadam
  14. Mende betul ni ramei tak suke

    BalasPadam