Alternatif Kepada Gula




Salam semua, harga gula pasir (tebu) naik lagi 20 sen berkuatkuasa hari ini dari Rm 2.10 kepada Rm 2.30. Mungkin jumlah itu kecil pada setengah orang, tapi besar pada sesetengah orang yang lain. Paling membebankan apabila peniaga mula menaikkan harga barang berasaskan gula. Teh tarik, kuih- muih sudah tentu akan mula di naikkan oleh peniaga atas alasan harga gula naik.

Seperti yang kita ketahui gula tebu adalah pemanis yang di gunakan jika berlebihan akan mengakibatkan penyakit kencing manis pada yang tidak mengawalnya. Kandungan gula yang terlalu banyak dalam darah memberi risiko yang tinggi untuk seseorang  mengidap penyakit yang di ketahui amat merbahaya ini. Jadi apa kata kita tukar gula kepada alternatif pemanis yang lain.

Tumbuhan stevia 200 kali lebih manis berbanding gula tebu. Satu-satunya alternatif kepada pengganti gula dan penjagaan kesihatan badan selain dari menjadi bahan pemanis dalam makanan. Jika daun stevia ini diamalkan, ia dapat menurunkan kadar gula dalam darah, melawaskan kencing dan sistem perkumuhan, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh bakteria, membunuh kulat, membunuh virus, mengurangkan keradangan.



Stevia adalah sejenis tumbuhan agak baru di negara ini biarpun hakikatnya sudah lama digunakan di sesetengah negara sebagai bahan pemanis. Tumbuhan yang nama saintifiknya Stevia Rebaudiana, digunakan masyarakat Asli Red Indian Guarani di Amerika Selatan sejak 1,500 tahun lalu sebagai pemanis bagi ubat pahit.

Ia turut dikenali sebagai makanan tambahan dan herba merawat penyakit berkaitan kencing manis, obesiti, menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Namanya bagaimanapun mula menjadi sebutan penduduk tempatan kira-kira lima tahun lalu apabila khasiatnya sebagai pemanis yang sesuai di ambil pesakit diabetes heboh diperkatakan dan akhir-akhir ini dilonjak sebagai berpotensi menjadi tanaman komersial di negara ini.

Selain di masukkan daunnya ke dalam masakan sebagai pengganti gula tebu kini estrak stevia pula telah mula berada di pasaran sebagai pengganti gula tebu. Estrak stevia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid. Tidak mengandungi toksid serta boleh menurunkan tekanan darah juga baik untuk pengidap diabetis. Selamat mencuba, wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mei 10, 2011

21 Komen:

  1. stevia mmg manis. lebih bagus dari gula!

    BalasPadam
  2. owh...sy pn ade bc tentang pokok ni...
    mmg bagus utk menggantikan gula...

    BalasPadam
  3. bagus ni bro, saya baru tahu, thanxx :)

    BalasPadam
  4. susah nak dapat kot..

    BalasPadam
  5. mana nak dapat daun nie zul :) kang kos lagi tinggi utk mendapat daun nie :)

    BalasPadam
  6. betul tue, abg zul..cepat je peniaga makanan naikkan harga..kopi o pun dh naik..kne buat dari rumah la huhuhhhh

    BalasPadam
  7. ikut cam iklan tv..."air suam satu!!!~" hehe...^_^'

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama10 Mei, 2011

    teh tarik guna gula ke? guna susu kan.. mana nak dapat ekstrak gula daripada tumbuhan steva ni? dah ada end produk ke?

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama10 Mei, 2011

    Saya pun baru tahu hal ni. bagus untuk orang yang mengidam kencing manis.

    BalasPadam
  10. @Hisyam Muhibah

    Teh tarik guna susu berkrim ada gula di dalamnya..di jadikan alasan nak naik harga juga oleh peniaga..
    :)

    BalasPadam
  11. puas dah maniskan dalam senyuman tapi bila minum nak kena manis gula juga

    BalasPadam
  12. @baincardin

    Betul tu..
    terbaikk
    pengganti yang
    sihat
    :)

    BalasPadam
  13. @akuanakpahang

    Ermmm..mahal sikit reganya kut
    tapi berbaloi lah sihat untuk
    badan..makan gula banyak pun
    tak baik..molek juga naik reganya
    :)

    BalasPadam
  14. @cemomoi
    Tak pe wehh..
    teruskan senyuman anda
    dalam kesakitan jiwa
    sebab gula nak rega..
    he he..

    BalasPadam
  15. salam..
    dalam fikiran telah set sure daun ni manis :)

    BalasPadam
  16. gula dah naik maka semua brg yg berasaskan gula mesti naik bro..

    cam tak biasa tu le Malaysia..naik melampau2 ada gak bro huu..

    baik kita munum air suma jer, skrg musim panas heeee..

    BalasPadam
  17. Assalam..
    Ek eh...macam kenai je daun tu..
    pokok tu mmg byk kat rumah kg. sapa yg datang, mestu kutip bawak balik utk buat ulam, tp tuan punya pokok tak pernah mkn...
    lupa la pulak apa nama pokok tu di kg...

    BalasPadam
  18. salam
    berminat pulak kawe nak tanam barang sepokok
    sekadar kegunaan sendiri
    boleh ke?

    BalasPadam
  19. mmg daun stevia dah jd alternatif utk gula..bertukarlah kpd yg lbih berkhasiat.. :)

    BalasPadam
  20. Kebetulan saya menanamnya sebagai hiasan taman dan terkadang juga dipetik untuk mmebuat teh..

    BalasPadam
  21. Dapatkan daripada kami bekalan Gula Stevia yang paling murah di Malaysia. Gula Stevia di proses di kilang tempatan dan di edarkan oleh syarikat islam bumiputra, di jamin halal. Bebas dari rasa pahit.

    Harga: 1/2 KG -> RM45

    Untuk Maklumat Lanjut:
    call/sms 013-431 2808 (omar)

    http://www.facebook.com/pages/Pemanis-Stevia-Rebaudiana-Paling-Murah-Di-Malaysia/350979478353752

    http://steviasentral.wordpress.com/

    BalasPadam