Video Sex Terbaru Khabarnya Tulen | Polis






Salam semua, terpanggil untuk menulis lagi tentang kisah video sex yang heboh sekarang ini. Menurut ketua polis negara hasil siasatan pakar polis adalah video tulen. Pelaku dan aksi yang di dalamnya adalah betul dan tulen. Persoalan saya kini, betul ke pelaku yang di khabar angin kan dahulu adalah pemimpin pembangkang?

"Dengan ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu. Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit. Ismail berkata kertas siasatan berhubung kes itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya - MALAYSIAKINI

Boleh jadi orang lain juga? Saya sendiri belum berkesempatan menontonnya (sound good). Realitinya saya tak akan tonton dan jauh di sudut hati saya ini adalah permainan politik semata-mata. Kenapa timbul di saat pilihanraya Sarawak yang bakal menjelang tak lama lagi.

Ditambah lagi Sarawak sekarang teruk di hentam dari dalam dan luar negara berkenaan isu alam sekitarnya. Khabarnya hutan-hutan di Sarawak habis di togelkan sumber balaknya sehingga sedikit sahaja yang tinggal berdasarkan bukti gambar satelit Google   ( sumber) . Adakah ini salah satu cara hendak mengalihkan isu tersebut?

Harapan saya biarlah isu sex dalam politik kita kebelakangan ini segera di selesaikan segera kerana terasa mual pun ada bila membicarakannya. Sepengetahuan saya pemain politik dan isu sex kerap sangat dah kedengaran dari dulu hingga kini. Main isteri orang, isteri orang curang dengan orang ini, macam-macam dah.

Seolah lumrah dalam dunia politik, hari ini engkau kenakan aku, hari besok aku kenakan engkau. Siapa cepat dia hebat, dia kuat dan berkuasa. Sebaiknya sebagai pemimpin bila berkuasa kita aktif buat kerja demi rakyat , bukannya "kerja" kan perkara yang lain demi kepentingan peribadi. Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, April 01, 2011

18 Komen:

  1. Assalamualaikum,
    Betul kata en Zul tu, politik sekarang dah semakin kotor, macam bukan negara islam pulak dah, yang kecil diperbesar-besarkan, yang tiada diadakan. memang jelak mendengarnya.

    BalasPadam
  2. Moralnya jemu juga rakyat di hidangkan dengan kisah sedemikian :(

    BalasPadam
  3. ini semua keje politik kotor! euw!

    BalasPadam
  4. teringat kata seorang ustaz sy, politik di Malaysia ni asalnya drpd Yahudi, lihatlah hasilnya hari ini..sob2..

    berdebar lah plak pasal video ni..mcm2lah manusia ni buat demi nak menjatuhkan org lain..huuu

    BalasPadam
  5. Ada duit apa pun boleh buat..fitnah sana sini..

    BalasPadam
  6. politik biase la tue..:)

    BalasPadam
  7. ngeri muak dgr kisah ini..artis bgtu juga..terasa bgtu mual sekli..

    BalasPadam
  8. peliknya manusia kt dunia ni bukan main byk pkra yang baik awat pkra yg buruk juga mau d tonjolkan jua huuuu

    BalasPadam
  9. As much saya mahu kita adil pada tertuduh, kita juga harus be fair pada yang menuduh juga. Jika video itu benar authentic dan benar bagai dikata, sedikit sebanyak yang menuduh menyelamatkan negara kita dari dipimpin oleh pemimpin yang rendah moralnya.

    Diversion, sub-issues dsb adalah perkara biasa dalam politik di seluruh dunia sejak berkurun dulu lagi. Hanya tiada teknologi utk membuatnya lebih hangat seperti sekarang.

    Sebagai rakyat kita harus peka dan buat keputusan berdasarkan penilaian kita sendiri tanpa dipengaruhi oleh org2 politik. Saya tak tahu dengan yang lain, tetapi dalam isu pemilihan pemimpin isu morality sama beratnya dengan isu2 yang lain seperti korupsi, transparency, rule of law dan sebagainya.

    As for sex video, rasanay biarlah pihak yang berkuasa teruskan siasatan dan charge mana2 pihak yang berkenaan berdasarkan peruntukan undang-undang negara.

    BalasPadam
  10. Inilah padahnya apabila mengamalkan fahaman sekular.Agama dipisahkan dari kehidupan.

    BalasPadam
  11. salam
    isu yg cukup hangat sekarang ni

    BalasPadam
  12. video dah disahkan tulen..cuma menunggu..pengesahan identiti. nak kata malas nak dengar kisah politik & sex...pun tak boleh..sebab mana2 pergi pun isu ni je jugak yang hangat dibincangkan. penting jgk untuk kita tau...hal masa depan negara neh..

    BalasPadam
  13. Patutnya kerja tuk rakyat...jangan le kerjakan rakyat pulak...
    Bosan dgn cara politik diMalaysia...x sudah2...

    BalasPadam
  14. Tak terkata dan tak boleh nak berkata!Allah sajalah yang tahu :)

    BalasPadam
  15. salam
    politik ni memang kerja dia menjatuhkan lawan
    cuma saya lebih suka fokuskan kepada salah tadbir dari salah laku sex

    mual je rasa
    malu dengan budak2 sekolah

    BalasPadam
  16. la kome nie.. pada dasarnya politik mmg kotor.. pandai2 la nk idup dan pndai2 la cari jalan nk jd PM yer..

    BalasPadam
  17. politik mana kotor, politik tu satu seni pemerintahan, pentadbiran..satu cabang sains sosial

    yg kotor politikus, manusia pemain politik

    isu org politik dan video nih bukan baru, sebelum nih pun dah ada pemimpin BN yg jatuh sebab isu video..sama ada vk atau CSL. adakah yg membawa dan menyebar video nih didakwa?

    sebelum nih, isu video jugak dah mengeruhkan hubungan diplomatik (video ketuk ketampi) bila ada YB yg tayang video tu dan menuduh rakyat China telah dianiaya dalam tahanan polis. adakah yg membawa video ni turut didakwa?

    sebagai org atas pagar, aku x percaya pun ngan video terbaru nih. sbb pemimpin tersebut bukan sebarangan orang. Bodyguard dia pun terlatih, dia pun cukup hati2. tp tak boleh la tak siasat, jgn sebelah pihak je kena. kena batang idung sendiri, tak nak di siasat.

    BalasPadam
  18. setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. yang pasti kebenaran akan terbukti jua..
    terbaruMATA DAN OTAK ANDA LEMBAB DAN SLOW?? JOM KITA UJI

    BalasPadam