Analisis Deoxyribonucleic acid (DNA) yang dijalankan oleh Jabatan Kimia ke atas empat sampel telur ayam dari Pulau Pinang mendapati telur berkenaan adalah tulen.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan analisis itu mendapati kandungan protein sampel telur berkenaan adalah sama dengan telur ayam.
"Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Beliau mengulas mengenai isu "telur tiruan" yang disiarkan media baru-baru ini.
Liow berkata, menerusi penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh dan berterusan di pasaran tempatan dan setiap pintu masuk utama negara, Kementerian Kesihatan memberi jaminan tahap keselamatan serta kualiti makanan yang dibawa masuk ke negara ini adalah pada tahap terkawal.
Beliau meminta orang ramai supaya tidak bimbang dan memohon kerjasama mereka untuk tampil membuat aduan jika meragui ketulenan telur berkenaan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Daerah yang berdekatan atau melalui laman sesawang di http://fsq.moh.gov.my. - BERNAMA
NOTA KAKI: Alhamdulillah, apabila ada pengesahan sebegitu dari pihak berwajib. Saya sendiri dah jadi fobia nak makan telur di kedai sekarang akibat daripada kekecohan terdapatnya telur tiruan dari China di pasaran negara kita baru-baru ini. Ternyata orang Malaysia memang prihatin berkenaan isu ini apabila carian di Google berkenaan isu ini mendadak dengan tiba-tiba, biarpun satu ketika dahulu isu ini pernah timbul tetapi hanya di pasaran negara China sahaja.
Entri Berkaitan:
maksudnya blom dipastikan lagilah komposisi kimia telur tiruan tu eh? tersilap ambil telur rupanya. huhu
BalasPadamDah kata dah. Ni semua kerja CAP nak dapat publisiti jer. Dorang ada makmal sendiri tu, kenapa tak check dulu sebelum buat statement kat paper?
BalasPadamApa pun jika ada yang meragukan memang kena buat sesuatu.
BalasPadamCuma CAP perlu lebih bertanggung jawab terhadap sebarang isu yang ditimbulkan.
nasib baik la telur tu tulen
BalasPadamriuh gak aritu sana-sini cerita pasal telur tiruan ni
Sekarang Malaysia mmg cukup prihatin bab2 makanan.. Mna x nya, macam2 isu timbul.. Kjap kes susu, makanan takut dijangkiti bahan radioaktif, telur. Jangan lepasni ada org tiruan sudah..
BalasPadamMolek amat la ter....
BalasPadamPemantauan mesti di teruskan...
BalasPadamBimbang masa akan datang teknologi telur palsu itu menular di Malaysia pula.
Tandas segera
Assalamualaikum...
BalasPadamMoga sdra sihat hendaknya..
Alhamdulillah, hilang rasa kegelisahan di hati kita semua..:)
kita tunggu penjelasan balas daripada CAP pulak..
BalasPadamnasib baik xde yg palsu....
BalasPadamgempar btul psl telur ni hehehhe
Tidak keharuan skg nie macam2 bender palsu :(
BalasPadamHello Zulkbo,
BalasPadamlega sikit ati ni bila keputusan keluar,kalau x memang x membeli telur lepas ni..
Aku rasa telor aku pun "Ori" la Zulkbo...
BalasPadamLega...boleh makan telur balik...
BalasPadamMenu wajib pepagi tu...huhuh
Harap2 mmg betul2 xde la telur palsu,jgn
hanya buat statement utk jaga kebajikan peniaga dan pengeluar telur yg tgh rugi skang ni...
kalau DNA cpt je keluar ye..kalau DNA melibatkan politik lama sungguh kputusan nak kuar :D
BalasPadamngeheheh...harap2 tidak terjumpa telur tiruan ni..macam2...
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamDNA telur tersebut telah dikenalpasti dari telur ayam yang cacat - bukan telur tiruan....cuma masih menjadi tanda tanya DNA yang satu lagi tuh.
salam,
BalasPadamsaya makan telo hari2 ni... ish bila dgr kes tiruan ni, terus cari telo ayam kampung jer
tapi lega bila semuanya dah settle. hehe
lepas ni apa pulak yg tiruan ye?!
saya nk mkn telur pun dok pikir dua tga kali heeee
BalasPadammmg perihatain sb semua mkan tu msuk dlm perut pastu klr dn buang ke tandas heeee
BalasPadampulak da...
BalasPadamkalau betul ok...Alhamdulillah..Kekadang tu kena wat kalut jugak sbb zaman sekarang ni org dok balun semua benda...nak kena tegur baru tau...
salam,
BalasPadamsemoga berbahagia selalu..
:)
skang ni mcm2 org nak menipu, mkanan kat kdai tu byk yg tecemar, patut la zaman skng ni rmai yg sakit2..
BalasPadamkami ayam pun da tak beli,bkn main mahal lg, mkn ikan lg syok.:)
salam
BalasPadamharap2 ada kenyataan balas dari CAP mengenai hal ini
As salam..
BalasPadamMula2 takut jgk pastu kompius napa kbr angin dihebohkan...tp bagus jgk agar kita berjaga-jaga
la pulak dah....haih..macam-macam..confuse saya dibuatnya..kejap tiruan, kejap tulin. apa pun bagus la kalau dah ada keputusan dna tu. saya masih membeli telur ayam dalam pek spesial tu..jenama seri murni atau nutri-plus..dah fobia nak beli yang loose...huhu
BalasPadamAlhamdulillah.. selamattt
BalasPadami ni tulen bang.. :D
BalasPadamkerajaan tolong la pantau kemasukan telur dari negara luar ni. dah tak boleh percaya dah sekarang ni. banyak sangat tiruan.
BalasPadamye Zul..kita punya telor yang Original ..
BalasPadam@Dawa
BalasPadamCap nak glamer lah tu..
@Anif®
BalasPadamya,setuju ngan anif..apa salah mereka mengkaji
Tidak berlaku telur diimport dari luar negara. Ini kerana pengeluaran ayam dan telur di Malaysia sangat lebih dari mencukupi, malahan boleh dieksport. Sekiranya terdapat sebarang maklumat, sila laporkan kepada pihak berkenaan. InsyaaAlah kita sama-sama membanteras perkara ini, itupun jika ia benar-benar berlaku di Malaysia.
BalasPadam