Sila Sahin : Bila Berbogel Di Anggap Satu Seni (Gambar)






Salam semua, terpanggil juga hendak memperkatakan tentang seorang model berasal dari Turki dan menetap di Jerman bergambar bogel dalam majalah lelaki Playboy. Bukan setakat mendedahkan separuh badan  malah semuanya terdedah. Tidaklah saya sengaja melihat gambar bogelnya, dalam carian saya hendak mencari gambarnya yang tidak terdedah, nampak gayanya yang terdedah terlalu banyak.

Bergambar bogel satu hal , membuat kenyataan yang saya anggap "bodoh" sebagai seorang islam, benar-benar memalukan seluruh umat islam. Menjadi bahan ketawa negara barat apabila membaca kenyataan dangkal beliau tersebut. Beliau berbangga bergambar bogel seraya menyalahkan orang lain pula apabila di templak oleh orang ramai, malah oleh kaum saudaranya sendiri.

"Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak."-Harian Metro-

Inilah kenyataan "bodoh" pada saya , kenyataan yang tidak mendapat rujukan dan membawa kebaikan langsung. Jangan cakap agama islam yang syumul menghalang tingkah laku sebegini malah saya yakin, semua agama di dalam dunia sekalipun pasti tidak membenarkan seseorang bergambar tanpa seurat benang dan di jual di khalayak umum  seolah-olah barang seni.

Sudahlah begitu, beliau tanpa berfikir panjang juga turut menghasut supaya kaum wanita islam yang lainnya agar  seperti beliau juga bertindak sesuka hati kononnya demi kebebasan hidup dalam mencari pasangan hidup. Hidup seandainya tanpa panduan atau garisan sempadan, bukannya nama hidup bertuhan pada pandangan saya.

Malah saya rasa, manusia yang tidak mempercayai tuhan sekalipun pasti ada nilai malu dalam jiwa mereka untuk berbogel dan menjual hasil gambar bogel mereka untuk tontonan awam. Kita sendiri ketahui kecantikan yang Allah kurniakan pada seseorang adalah satu bonus sahaja pada mereka, malah amanah dalam memeliharanya adalah yang paling berat sekali. Wassalam.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, April 21, 2011

40 Komen:

  1. Hmm..makain rendah akhlak orang islam skarang..

    BalasPadam
  2. dah tau sal die. buat malu je orang Islam. Semoga die mendapat petunjuk..

    BalasPadam
  3. aish.. x taw la nk jadi per skung ni..

    BalasPadam
  4. Itulah bahayanya kalau nak BEBAS sangat ... ia boleh mengundang tradisi kejahilan kembali semula pada zaman melenium ni ...

    Kalau iapun nak jadi jahat janganlah menghasut golongan lain jadi jahat ... biarlahseorang-seorang je .... b3njy juga terfikir mungkin kerana duit (dibayar tinggi oleh playboy) ia sanggup lakukan apa saja walaupun merosakkan nama baik islam .... mungkin ini satu cara golongan barat yang anti-islam memperlekehkan islam dengan mengumpan wang sebagai ganjaran...

    dashyat ...

    BalasPadam
  5. dah takde kerja lain agaknya minah nih..

    BalasPadam
  6. Nak buat mende teklok gitu jgn la kaitkan agama Islam...memburukkan imej agama jek...

    BalasPadam
  7. Nama Sila.. Sila Sila..Sila masuk sila keluar.. Sila apa saja pun boleh..

    BalasPadam
  8. memang rosak!!
    kebebasan tu telah disalah tafsir

    BalasPadam
  9. assalam zulkbo.

    Ni yg dikatakan 'Kebebasan' diletakkan ditempat yg salah.


    ps : bahaya main 'keyword' ni. Kalau x banyak, ckit pun dapat saham tu nanti ...

    BalasPadam
  10. popuan islam skang style pon da mengalahkan chinese.maken lme maken sexy.

    BalasPadam
  11. Macam nielah jadi bila islam itu telah dipesongkan oleh pemimpin terdahulu.

    BalasPadam
  12. I'm not sure "Sila Sahin" what is religion, if he was muslim why he was willing to strip naked. whether money is more important than self-respect as a muslim. Islam does not teach to be successful with dignity abandon religion.

    BalasPadam
  13. saya pun pernah berbogel gak... masa keluar dari perut mak saya...huhu

    BalasPadam
  14. mesti penduduk Turki di Germany marah dan malu dgn perbuatan dia ni. dulu time study kt Germany, saya sewa rumah org turki. mmg baik dan diorang pasti marah dgn minah ni

    BalasPadam
  15. memalukan dri sndri je buat kenyataan mcm tue kan..

    BalasPadam
  16. huh moga Allah memberi petunjuk...amin

    BalasPadam
  17. memalukan umah islam je!!!
    geramnya tgk org mcm ni...

    BalasPadam
  18. Turki mmg dh terkenal dgn idea sekular...politik dan agama dipisahkan waima sehingga ke dlm jabatan2 kerajaan sekalipun..rasanya tak heran bila ada warga Turki yg menjadi begini. Ujian tuk org Islam disana lebih hebat dr kita disini...tambah lagi jika dh berpindah kenegara yg lebih terbuka sistem sosialnya...

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama21 April, 2011

    As Salam
    org Islam skang berjihad bukan krn agama & Allah! Berjihad utk kepentingan sendiri & duniawi semata.....

    Tp komennye sendiri tak melambangkan dia menganut agama Islam... Nmpk sgt dia tak tahu dosa & pahala... ---> sekadar berkongsi :-)

    BalasPadam
  20. Assalam..

    Memang mencemarkan nama islam dgn perbuatan mcm ni ishhh..

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama21 April, 2011

    Aslmkm Zul.
    Hakikatnya banyak orang yang masih mengaku Islam amat jahil tentang Islam itu sendiri.
    Islam mereka hanya pada nama & keturunan saja!
    Kak G jumpa banyak orang yang mengaku Islam tetapi sentiasa berpakaian terdedah, minum arak, bersosial tahap maksima melebihi batasan etc.
    Teringat pula kata Shah Rukh Khan, "Im a non practicing Muslim." Maksudnya?

    BalasPadam
  22. brasa molek beno le tu boleng di khalayak

    BalasPadam
  23. BUAT MALU ORANG ISLAM JE DIA NI!ASTAGHFIRULLAH!

    BalasPadam
  24. wah sesuka hati dia je ckp cenggitu...kurang asam jawa betul sila ni..Mencemarkan agama islam dgn kata2 mcm tu..

    BalasPadam
  25. seni ka bangang...... artis biasa la... nama ja islam... pakaian telanjang sana tunjuk sini... tengok artis malaysia la....

    BalasPadam
  26. eiii...geram haih...bangang nyer statement dia. bikin malu je.

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum,
    Zul, lama tak jengok kat sini yek. Sila ni kita tak perlu hairan sebab dari kecik didedahkan dengan idea sekular dan menetap di Eropah. Kita kena hairan org kat Malaysia ni cantik bertudung tapi baju ketat, kain ketat, kekadang tu bertudung tetapi baju dan kain jarang. Persoalannya Adakah ini yg dikatakan lebih Islam daripada si Sila Sahin ni?

    BalasPadam
  28. Dia perempuan bodoh dan bangang....


    Robot halus

    BalasPadam
  29. Tanpa Nama21 April, 2011

    As salam cik zul

    amat memalukan agama sungguh la Sila nih

    tolong la jgn nak kaitkan dgn agama islam.

    Agama lain pon rasanya xsuruh penganutnya bt cmni.

    setuju dgn cik zul.hihi

    BalasPadam
  30. Aik kalau mahu suka-suka - takde agama lah tu. Agama ada peraturannya dan wajib dipatuhi. That's why kat negara Barat pun depa question kenapa gay perlu kawin? sedangkan gay tak diiktiraf oleh agama. Kalau tak de dlm agama, buat apa lak susah-susah buat upacara agama? Hmmmm....

    BalasPadam
  31. Islam Turki berbeda dengan Islam Di Malaysia kerana mereka mengganggap mereka adalah sebahagian dari Eropah,banyak liberalisasi terpaksa dilakukan disana bagi memastikan mereka dapat masuk EU menjadikan nilai keislaman semakin merosot.

    BalasPadam
  32. Memalukan tapi itu yang dia fikir ~ aptodet

    BalasPadam
  33. sy rasa dulu dia tak belajar pendidikan seni kot, abg zul...heheheeee

    BalasPadam
  34. erkkk....^_^'

    *watch my 1st sketch via Moleskine in iPad 2! ^_^

    BalasPadam
  35. ada member bain study art kt oversea pun penah lukis sambil merujuk kpd org bogel. mmg trcabar iman btul! ^_^'

    BalasPadam
  36. hihihi..apa nak jadi la dunia zaman sekarang ni...

    BalasPadam
  37. Orang Barat memang nak sangat membogelkan orang Islam.Kepuasan melawan jilbab,burkha,purdah dan aurat.
    Si Pelacur Sila Sahin ini mengambil kesempatan sebagai "fifth column". Di dalam sejarah memang banyak wanita pembelot bangsanya macam ini. Lihat hikayat Samson dan Delilah,Lihat Strategi Joshua menceroboh kota musuh nya,ingat ketika saorang wanita nusantara berenang ke kapal Portugis memberi maklumat yang menggalkan rancangan Sultan Melaka Menyerang Portugis...
    Tekti Sila sahin merobah dirinya ke imej perjuang untuk menutup sifat pelacurnya.

    BalasPadam
  38. huhuhuuu.mcm nie pye manusia pun ada kn.hasil air tangan negarawan ulung kamal antartuk.terima la saham2 smpai ke keturunan hari ni.

    BalasPadam
  39. Bogel = Seni? atau ALASAN?

    BalasPadam