Senarai Calon Imam Muda - 2011







Setelah melahirkan 10 Imam Muda di musim pertama, Astro Oasis sebagai sebuah saluran gaya hidup famili Islam meneruskan tradisi mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintegriti dan berkredibiliti dengan mengumumkan 10 orang calon Imam Muda untuk musim yang kedua. Buat julung kalinya, pengumuman dari Dewan Muktamar, Menara Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) disiarkan secara langsung di Astro Oasis (Saluran 106).

Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah:

1. Ali Khairudin Haji Abdul Marif, 26 tahun, berasal dari Sabah
2. Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 tahun, berasal dari Perak
3. Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 tahun, berasal dari Johor
4. Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20 tahun, berasal dari Selangor
5. Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27 tahun, berasal dari Terengganu
6. Ammar Wan Harun, 27 tahun, berasal dari Kedah
7. Mohd Azlan Zulkarnain, 25 tahun, berasal dari Kuala Lumpur
8. Abdul Fattah Riddzwan, 21 tahun, berasal dari Negeri Sembilan
9. Mujahid Suhaimi, 20 tahun, berasal dari Singapura
10. Zulfadli Haji Awang, 24 tahun, berasal dari Brunei Darussalam. 

Sumber




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, April 21, 2011

2 Komen:

  1. Dua peserta program Imam Muda musim kedua, Nazrul Izwan Zolkiflee (Nazrul), 26, dan Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (Hassan), 26, berjaya mara ke peringkat akhir program tersebut pada 1 Julai ini.

    BalasPadam
  2. Graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran & Hadith) Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, dinobatkan sebagai juara Imam Muda unggul musim kedua 2011.Tahniah

    BalasPadam