Semakan Panggilan Ujian MEdSI Dan Panduan Mendudukinya







Semakan Panggilan menduduki ujian MEdSI bagi program pendidikan boleh dibuat mulai 22 APRIL 2011 melalui laman sesawang Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my


PANDUAN UJIAN MEdSI

1-Calon boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman sesawang www.mpm.edu.my mulai 22 April 2011.

2-Tarikh Menduduki Ujian MEdSI untuk seluruh negara adalah pada 30 April 2011.

3-NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman sesawang upu.mohe.gov.my

4-SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman sesawang MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia).

5-TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

6-MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line.

7-Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

8-Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.

9-JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.

10-Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.

11-Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.

12-Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI(Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).






Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, April 26, 2011

13 Komen:

  1. Good luck buat mereka yg bakal menduduki ujian MEdSI..

    BalasPadam
  2. Untuk yang komited ingin menjadi guru selamat menduduki ujian tersebut.

    BalasPadam
  3. pernah apply nih dulu tapi tak dapat.

    Latest Entri :
    Kembali Berblog, Poco-Poco dan Obesiti

    BalasPadam
  4. wah cma besr je amik pekse bila ada pilihan ya dan tidak..heeee... rasanya lagi mudha dipilih :) berbanding jawab soalan esay hiiii

    BalasPadam
  5. as'salam bro...

    apa pun angah ngak wish good luck tuk mereka semua...

    BalasPadam
  6. eeelok le tu bio orang yang minat jadik cekgui je masuk takle jadik nasib macam tentera, dah takde kija join je askar

    BalasPadam
  7. agak2 saya boleh tak mohon ISMP ni... hehhehe

    BalasPadam
  8. aku tengok dari jauh je la...

    BalasPadam
  9. good luck kepada yang mengambilnya..

    BalasPadam
  10. salam
    banyaknya soalan, bro
    orang lama tak pernah pula duduki ujian ni
    hehe

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama29 April, 2011

    gul luck tuk sape2 yg bakal menduduki medsi same jgk ngan saye...

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama29 April, 2011

    selamat menempuhi ujian medsi tuk sume yg ingin bergelar seorg pendidik pd mse hdpn..

    BalasPadam