Petua Menghilangkan Letih Dan Penat Seharian Bekerja






Dalam menguruskan kehidupan seharian, kita terpaksa menghadkan aktiviti akibat kepenatan. Kepenatan juga menjadi halangan kepada kita untuk mempertingkatkan amal ibadah.  Kepenatan juga menjadi alasan yang kukuh bagi kita untuk mengelakkan diri daripada membuat kerja-kerja amal kepada masyarakat.

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas harian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada puteri kesayangannya, Sayidatina Fatimah RA sebagai penawarnya.

Pada suatu hari, Sayidatina Fatimah mengadu kepada suaminya, Sayidina Ali bin Abu Talib, tentang kesakitan pada tangannya kerana terlalu letih gara-gara menggiling gandum untuk membuat roti. Sayidina Ali berkata "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu".

Sayidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun, Rasulullah sallahu'alaihi wasallam tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.

Lalu Baginda pergi menemui puterinya serta menantunya itu. Baginda berkata "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripada ku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah Subhaanallaah 33 kali , bertahmidlah Alhamdulillah 33 kali dan bertakbir Allaahuakbar 33 kali. Ia lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam"

Inilah penawar ringkas yang Nabi ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saiyidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah itu. Katanya "Demi Allah, aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepada ku".

Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Subhanallah 33 kali, bertahmidlah Alhamdulilah 33 kali dan bertakbir Allahuakbar 33 kali pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah, InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan hidup harian kita. Akan terserlah keceriaan di wajah anda pada keesokan harinya dengan senyuman. Selamat mencuba.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, April 22, 2011

27 Komen:

  1. as-salam bro zul...

    ada jugak buat walaupun bukan tiap2 malam....
    nice sharing bro!

    BalasPadam
  2. thanks for sharing en.zul...
    baik utk kita amalkan ;)

    BalasPadam
  3. Hehe...owh, boleh mengurangkan kepenatan ye? Selalu baca time sebelum nak tidur je..tapi pasal takut, nak baca ayat kursi, tak reti, panjang sangat nak kena ingat..hehe

    BalasPadam
  4. pencapan harus di manfaatkan bersama :)

    BalasPadam
  5. amalan yang banyak manfaat.. terima kasih untuk info ini..

    BalasPadam
  6. betul tu pernah juga baca mengenai ni, amalkan lah!

    BalasPadam
  7. Salam Zul, terima kasih berkongsi info yang baik.

    BalasPadam
  8. assalamualaikum abg zul...

    trime kasih atas semuanya..semoga ukhwah sesama blogger yang terjalin kan semakin erat lagi....

    BalasPadam
  9. bagus jugak ni.... thanks
    saya kalau letih
    tarik bantal, tido terus.. hehe

    BalasPadam
  10. salam
    amalkan petua ni sebenarnya lebih baik dari sekilo pil dan ubatan
    hehe
    selamat mencuba dan beramal buat semua

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum...

    Moga sdra sihat hendaknya..
    PAsti apa yang Rasulullah s.a.w. ajarkan itu punya kebaikan yang sangat banyak

    BalasPadam
  12. Assalam..
    Masa sekolah dulu pernah amalkan zikir ni....
    nak kena mula amalkan sentiasa ni...
    Mmg letih la skrg ni, byk tidur je...
    Terima kasih krn mengingatkan..

    BalasPadam
  13. hello Zulkbo,
    memang penat betul minggu ni..busy gila2.tq for the tips :)

    BalasPadam
  14. As salam...

    Mmg dah amalkan sblm tido tp xtau plak
    boleh menghilangkan beban/penat..Mekasih
    sharing..Semoga dalam rahmat ALLAH sentiasa..Aminnnn

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama22 April, 2011

    wah..nice info...tQ cik Zul...

    sllu sblm tdo bc 3 Qul ja.hihi~

    BalasPadam
  16. Terima kasih Bro...
    Memang amat memerlukan nya disaat ini...
    Insyaallah akan diamalkan selalu
    Terima kasih sekali lagi

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum.Terime kaseh mengingatkan kembali...

    BalasPadam
  18. insyaAllah...sangat mudah mengamaklannya.

    BalasPadam
  19. Baguslah saya dah tau caranya. Saya memang selalu penat dan letih setiap hari. Perangai pelajar memang buat saya penat berkali ganda dari sepatutnya

    BalasPadam
  20. Terima kasih atas perkongsiaan ini. Ya lebih baik jika dapat tubuh badan yg sihat dan bertenaga dari mengharapkan bantuan orang lain melakukannya utk kita. Jimat wang dan puas hati pula :D

    BalasPadam
  21. Biasanya sambil layan anak yg kecik baca selawat kuat2...si kecik tu mmg suka kalau dengar nasyid/selawat...
    kalau kat tv9 tu 9(biasanya pas maghrib)...tak kelip bijik mata nengoknya...

    BalasPadam
  22. Terima kasih atas info ini. Bagus untuk diamalkan.

    BalasPadam
  23. Ada kesilapan info kat komen saya diatas...yg sebenarnya Astro Oasis bukan tv9...minta maaf.

    BalasPadam
  24. Info yg sangat baik.. tahniah blog anda banyak info. Jemput jalan2 di www.yatiadam.com

    BalasPadam