Pegawai Kastam Yang Membantu Siasatan SPRM Ditemui Mati Jatuh Bangunan SPRM






Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.


 
Mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Pengarah penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Penahanan itu dibuat di Klang.Ahmad Sarbani kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.

Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrani di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya, kata Mustafar lagi.

 
Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali. Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut pada jam 10.15 pagi.
Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.

Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.
Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya.-MALAYSIAKINI

NOTA KAKI: Berita yang paling gempar di saat penamaan calon piliharaya DUN Sarawak ,  apabila satu lagi  kes jatuh dari banggunan SPRM yang kita semua ketahui masih belum reda kepanasannya berikutan kematian Teoh Beng Hock beberapa tahun dahulu.


 
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, April 06, 2011

32 Komen:

  1. Salam Zul, mungkinkah kes ini ada kesinambungannya pada kes yang sebelumnya sama2 kita nantikan.. rakyat kena tahu juga jgn kes video seks itu aje :)

    BalasPadam
  2. As salam..
    Bunuh diri atau dibunuh atau terjatuh?
    Misteri ni..

    BalasPadam
  3. Bertimpa-timpa masalah seandainya masih enggan berpaksi kepada sunnah dan Al-Quran dalam mentadbir negara.

    BalasPadam
  4. setuju ngan komen2 diatas...kena ambil berat pasal kes nie..

    BalasPadam
  5. hurm..kes teoh beng hock xselesai lg...
    ni kes br lg...
    msti gempar...

    BalasPadam
  6. assalamualaikum..

    saya cadangkan pejabat SPRM dibuat setingkat je mcm rumah teres....untuk elakkan kejadian sebegini

    BalasPadam
  7. hi macam2x pelik pun ader tak kan kat bangunan tu tak der CCTV , dalam ramai2x pekerja kat sana tak kan takder yg nampak aper yg berlaku.... tak kan lah sesuka hati org nak terjun kalau tak salah... atau pun kalau nak bunuh tak kan dia nak terjun dari tingkat 3 bangunan SPRM tu ... tentu waktu dia bebas tu dia boleh g bunuh diri kat tempat lain... entahlah MANUSIA rambut sama hitam hati lain-lain...

    BalasPadam
  8. salam..

    Biarlah siasatan dijalankan dulu..jgn cepat sgt buat spekulasi atau menuduh sana sini..." berbaik sangka ".

    p/s-cepat2 up traffic hehehe..

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama06 April, 2011

    Saya kenal mangsa.. 'bunuh diri', InsyaAllah bukan dalam kamus hidup dia.

    BalasPadam
  10. anak selangor06 April, 2011

    subhanallah....apa dh jadi dengan iman...atau dibunuh?....

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama06 April, 2011

    Salam..
    rasuah x knal siapa, bila akal sudah dihenyak bermacam tekanan, semua boleh jadi.
    Sy terkejut bila baca laporan yg mengatakan ramai forwarding agen berdemo kerana arwah. Satu perkara yg agak memeranjatkan bila kes yg arwah disiasat membabitkan forwarding agen. Wallahualam, biarlah arwah tenang disana, dan doakan sekirany betul arwah dikambing hitamkan utk menutup perilaku pegawai kastam yg lain, biarlah arwah mendapat pembelaan sewajarnya. Salah guna kuasa dan rasuah pegawai kastam bukan baru, cuma ketika ini SPRM terlalu excited utk cegah rasuah tanpa fikir kemungkinan akan ada pihak yg betul2 tertekan bila periuk nasi berbilion ringgit diganggu. Jadi akan wujud cubaan menghalakan tekanan ini kearah lain.
    Cuma satu sahaja yg sy benci di Malaysia ini bila ada pihak yg menangguk di air keruh, lebih2 lagi ahli politik yg nyatanya mereka ini berhidup penuh agenda....

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama06 April, 2011

    assalamualaikum... entahlah nak kata mengenai politik di malaysia nie....

    kes teo beng hock n kes pegawai kastam.....

    kalau nak diikutkan logik wajarkah mereka ditolak mati di bangunan sprm sendiri???
    sbb bak kata pepatah... takkan lah kita nak berak kat dalam rumah sendiri.....serius tak logik......

    bukan nak sokong sesiapa... tapi cuba pikirlah... sekarang nie politik di malaysia dah macam kat dalam filem-filem hindustan atau omputih..... kalau melibatkan politik dah main bunuh bunuh....

    ya allah... murah sangat ke nyawa manusia sekarang nie.....

    janganlah nak tutup salah sendiri... main bnuh2........epr nak jadi ngan malaysia nie????

    BalasPadam
  13. Kes ini mmg wajar di siasat dulu TETAPI apa yang berlaku amat MEMALUKAN SPRM dan tentunya ada something wrong bila tempat jadi tempat org bunuh diri. Kalau kawe jadi PM bagus check balik operasi SPRM dan staff mereka. Kalau terpaksa buat pulak FBI Malaysia utk check SPRM pula.. :D

    BalasPadam
  14. Al-Fatihah utk arwah....

    Saya setuju dgn cadangan Sahrom San..
    Elok buat setingkat jer... :P
    Ketatkan pengawasan org keluar masuk di SPRM tu..
    Pasang cctv pun ok gak..

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama06 April, 2011

    kadang-kadang penin dengan apa yang belaku..bila ada elemen politik yang salah pun kadang2 jadi hero...bukan aku nak salahkan orang yang dah meninggal..tapi kita tengok la dari sudut.kenapa dia disiasat...

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama06 April, 2011

    Rasuah Malaysia..Terrrbaek!!!

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama07 April, 2011

    salam...

    aku baca komen dari atas ke bawah. tapi tak ada yang nak komen berkenaan...

    i. arwah dah dilepaskan dari reman dan bukan dalam jagaan pihak sprm
    ii. arwah datang semula ke pejabat sprm selepas dua hari dibebaskan
    iii. arwah tidak dipanggil atau diminta hadir oleh sprm

    aku ada baca laporan akhbar berkenaan perkara ini. so...

    dalam konteks ini, sprm tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan, kerana arwah tidak dimina hadir atau tidak dipanggil. sebaliknya arwah yang hadir ke pejabat untuk bertemu dengan pegawai yang menyiasat kes beliau.

    aku rasa biarlah pihak polis yang lebih arif dalam perkara ini menyiasat dan menentukan apakah punca kematian arwah.

    cuba letakkan diri korang sebagai pegawai sprm, adakah korang akan menjadi orang yang bodoh untuk melakukan perkara tersebut di pejabat sprm sementara kes TBH pun belum selesai lagi? renung2kan ya.

    wallahualam. wassalam.

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama07 April, 2011

    kadang2 kita tak sedar di sekeliling terdapat skuad elit yg menyamar utk menghapuskan saksi.mereka dpt arahan dr pihak atasan utk menghapuskan bukti kesalahan yg dilakukan oleh pihak2 'tertentu'..cuma rakyat yg 'naif' tak nampak sandiwara ini..mereka semua syaitan yg bertopengkan manusia-rakus,tamak,dan sanggup membunuh agar agenda mereka tidak trbongkar..fikir2kanlah..semoga Allah membalas segala kekejaman ini dgn seberat-berat azab kpd mereka yg mendalanginya...Allahuakhbar!..

    BalasPadam
  19. pada saya trakyat kena bijak berfikir bukan buat serkap jarang. SPRM pun kalau boleh saya rasa takkan nak berulang lagi kejadian TBH berulang. Bodohlah kalau dia nak bunuh Sarbani di pejabat SPRM. Ada logikkah?

    Kes TBH berbeza, dengar Sarbani orang baik2 jadi imam tp bila tercalit rasuah susah lah.

    Kita kalau tertekan pun boleh jadi macam2 benda berlaku kat kita bila kita tak rasional. So rakyat kena sama2 fikir, mungkin ada kelemahan SPRM sana sini tapi tidaklah sampai mereka sanggup bunuh sesama manusia....

    Ada kekeliruan di sini bila saya juga dapat tau ramai forwarding agent yg piket perjuang kematian beliau, kenapa, mereka ni semua ada kepentingan ker dengan simati? Atau ada sesuatu dosembunyikan so elok mati jer..mungkin kasar saya cakap tapi mari sama2 kita fikirkan?

    Apapun kes rasuah memang perlu dibanteras habis2an...SPRM berjuang dengan bersungguh2 dan jangan anggap kejadian ni sebagai ancaman...

    BalasPadam
  20. kes yang sama berulang di SPRM!ditinggalka sendirian lepas tu hilang dan ditemui mati!apakah ini?pengalaman pertama sudah ada tp berlaku juga kesalahan yang kali ke dua?kenapa mangsa ditinggalkan sendirian?ada hantukah di bangunan SPRM?kenapa tidak ada orang lain yang menemani mangsa kerana keadaan sama pernah berlaku pada kes yang pertama?x mungkin org islam berumur 56thn ingin membunuh diri.manusia akan hilang iman pada harta benda tp hal berkaitan hidup dan mati iman seorang muslim masih kuat.apa nk jadi dgn negara malaysia ini?kes sex,bunuh diri?

    BalasPadam
  21. bukan bunuh diri ni.. mesti ada sesuatu yang tersembunyi..

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama07 April, 2011

    pertama kena siasat kenapa arwah pergi semula ke pejabat SPRM selepas dua hari dibebaskan, sedangkan dia tidak dipanggil pun untuk dtg ke pejabat SPRM...pasti ada sesuatu yang mendorong arwah pergi ke sana dan meminta utk berjumpa pegawai penyiasat kes beliau.. Polis kena check handphone arwah dan kesan semua panggilan serta SMS utk lihat siapa individu terakhir yg contact dgn arwah..
    Dari logik akal, saya tidak setuju jika dikatakan arwah dibunuh pegawai SPRM.. Membunuh di tempat sendiri supaya mudah digelar pembunuh? semudah itu, main campak je? ingat pegawai SPRM tu semua bukan manusia yang ada hati perasaan mcm kita ke? Kita tak sedar mungkin ada pegawai SPRM tu merupakan sahabat handai atau kenalan kita sendiri..

    Jadi bila bercakap tu fikir2 lah dulu...jgn sampai apa yg kita katakan tu jadi fitnah..bukankah dalam Islam fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh? Renung2kan..

    BalasPadam
  23. Allahuakbar..rancanglah sebaik mana pun rancangan manusia..jgn lupa Allah lebih hebat utk menghancurkan ssuatu rancangan manusia...Malaysia oh Malaysia..

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama07 April, 2011

    sumber terbaru daripada rakan dan juga jiran arwah, laporan post mortem menunjukkan mangsa meninggal dunia sebelum terjatuh.
    wallahualam

    BalasPadam
  25. Tanpa Nama08 April, 2011

    kepada anon Thursday, April 07, 2011 9:22:00 AM...

    paper y awak bace tu boleh percaya ker...jgn tafsir aper y dinampak
    tapi fikir sedalam dalamnyer..

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama08 April, 2011

    aku xtau nak ckp ape..
    pertama - kalau betul arwah bersalah..myb kepala dia dh xpikir pae dh time tu..bukan maslah 20 30k tp berblion rm..kat mna nk cari duit..itu xpe lagi..tp duit dh masuk poket,tp kena dedahkan sape yg bg rasuah tu plak..alamat kat luar kena potong kepala jugak dgn syarikat-syarikat yg merasuah..
    myb kena check lah duit keuar masuk...gaji arwah myb dlm 4k sebagai penolong pengarah..kena siasat duit kuar masuk family dia jugak..kalu mcm xlogik tu, myb boleh percaya yg arwah terlibat dlm skandal ni n sebab tu dia ambik keputusan bunuh diri..myb family dia yg tau tntg ni...

    kedua - jika arwah xbersalah,sape yg bunuh dia..knpa dia dtg semula ke pejabat sprm? n mmg dh ade komplot nk bunuh dia dr awl ke? n kebtulan org yg tukang bunuh tu ade kat pejabat sprm ke? ke ade org yg kol dia minta dtg sprm..

    tntahlah..harap2 rohnya tenang kat sane..aku pn dh remind pd aku+husband jgn terlibat dlm rasuah..nk masuk tender ke, masuk jalan depan jela.. jgn nk suap2..xde rezeki xde lah..byk lagi rezeki lain..

    aku hrap lepas ni , sprm siasat tntg majlis perbandaran pulak.jumpa HR bahgian Gaji diorang n minta keluarkan payslip staf2 diorang.sebab kebanyakan staff majlis perbandaran /bandaraya xlogik gaji diorang..gaji 1500 sebulan.tp potongan gaji dalam payslip 1500 jugak..-negatif! kat mn diorang cekau duit blanja bulan? bila tanya de bisnes partime ke? cakap xde.. kompius2...n kebetulan ramai yg report byk rasuah di kalangan staff ni..mungkin semua ni ade kaitan...

    BalasPadam
  27. x mungkin dia bunuh diri coz terbabit gn rasuah...saya kenal sgt gn arwah..hati dia ckup mulia..pakai kereta pun crv second je..sape yg kenal arwah tau la lifestyle dia camane.hrp kebenaran akn tiba jua..alfatihah

    BalasPadam
  28. Hmmm.....sape yg mkn cili die yg rase pedas...
    sape agaknye yg mkn cili tu ek....huhu...sama2 la kite nantikan kbenarannye....

    BalasPadam
  29. Din BSN Pencen13 April, 2011

    Kita tak gadoh pasai SPRM buat keja tangkap oghang buat salah..tapi kena ingatla sikit..hak yang mati tu saksi..bukan saspek..pasai apa dia pulak nak bunoh diri..sama gak macam kes Teoh Beng Hock..saksi jugak..patutnya SPRM ambik pengajaran hal-hal keselamatan dari kes Beng Hock..ni pisang dah berbuah 2 kali..masih nak dolak-dalik..bila oghang buat spekulasi..jangan la maghah.

    BalasPadam
  30. Kenapa tidak ada pertuduhan di mahkamah bagi pegawai yang ada sampai juta-juta di dalam akaunnya? Adakah kes ini diada-adakan?

    BalasPadam
  31. Tanpa Nama08 April, 2012

    Ternyata semua peguam, doktor, penyiasat,CID, tukang bedah siasat di MALAYSIA 'BODOH' tersangat 'BODOH'... Mahakamah di MALYSIA penuh PENIPUAN... di MALAYSIA, Demokrasi hnya utk mereka yg berkuasa shj... Malaysia diterajui oleh samseng-samseng yg sebenar-benarnya samseng bertopengkan pemimpin... Mahkamah di MALAYSIA (Semua jenis Mahkamah - Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Agung dll) semuanya TDK BOLEH dipercayai, penuh dgn NAJIS, TIADA PENGADILAN, SIAPA yg berkuasa dan kaya raya boleh beli Keadilan dari MAHKAMAH... Dlm Dunia dorg blh buat apa shj... Semoga mereka yg berlaku jahat semasa di dunia akn mendapat balasan yg setimpal di akhirat nnti... Dorg Puasa la beratus Tahun, Takkan blh hidu pintu syurga pun...

    BalasPadam