Menggogal Binatang Zoo Di Malam Hari





Bagi memenuhi citarasa mereka yang ingin melihat gelagat haiwan liar ‘pada waktu malam’, Zoo Negara akan menawarkan pakej lawatan ‘Gogal Nampak Waktu Malam’ bagi pengunjung.

(Gogal adalah dari perkataan ‘goggles’ dan bentuk alat ini ialah seperti binokular).

Dengan adanya pakej tersebut, Zoo Negara bakal menjadi zoo pertama di dunia menggunakan konsep tersebut.

Pengarah Zoo Negara, Dr Mohamad Ngah berkata gajet gogal waktu malam (night-vision goggles) membolehkan seseorang melihat objek dalam gelap atau pada waktu malam dengan lebih jelas.

Gogal yang akan digunakan dalam pakej lawatan ini kelihatan seolah-olah binokular tetapi fungsinya adalah lebih jitu. Alat seperti ini biasanya digunakan oleh anggota pasukan tentera dalam operasi mereka.

DAPAT IDEA

“Saya dapat idea ini (menggunalan gogal) setelah menonton filem-filem perang Amerika. Dari situ, saya melihat bagaimana alat ini digunakan dan ketika itulah dapat idea untuk mengaplikasikannya.

“Alat ini membolehkan pengunjung meredah kegelapan malam untuk melihat haiwan liar yang aktif pada waktu tersebut tanpa menggunakan lampu seperti sebelum ini,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, Dr Mohamad berkata konsep ‘gogal waktu malam’ yang akan diperkenalkan kepada pengunjung Zoo Negara mulai Mei ini timbul daripada minat mereka yang mahu melihat ‘gelagat’ haiwan liar pada waktu malam.

Kata beliau konsep lawatan yang serupa telah diperkenalkan pada 2003, namun terpaksa dihentikan selepas lima tahun berikutan kos penyelenggaraan yang tinggi.

LAWATAN MALAM

Ketika itu, program lawatan malam adalah bersifat sementara dan diadakan sempena menyambut ulang tahun ke-40 Zoo Negara, tetapi akhirnya program tersebut dilanjutkan sehingga tahun 2007 atas permintaan ramai.

Bagaimanapun keupayaan lampu di Zoo Negara pada waktu malam tidak setanding kapasitinya dengan Zoo Taiping mahupun Zoo Melaka dan ini menimbulkan pelbagai kritikan daripada pengunjung.

“Ketika itu, ramai pengunjung kata suasana gelap. Sebenarnya, program lawatan malam itu adalah untuk sebulan sahaja dan kosnya pun hanya RM30,000. Disebabkan itulah kapasiti kuasa lampu terbatas, tidak setanding Zoo Taiping atau Zoo Melaka.

“Berlainan dengan Zoo Taiping atau Zoo Melaka yang membelanjakan dalam lingkungan RM1 juta bagi menjayakan program lawatan malam itu kerana ia bersifat berterusan dan bukan sementara,” katanya.

Bagaimanapun, disebabkan permintaan orang ramai supaya Zoo Negara mengaktifkan kembali program itu, telah mendorong pengarahnya mencari alternatif terbaru apabila menyedari Zoo Negara tidak mempunyai peruntukan cukup untuk melengkapi kawasan sekitarnya dengan kuasa lampu.

“Kami rasa buat apa bersaing dengan zoo lain? Disebabkan itulah, kami jadikan kegelapan sebagai kekuatan menerusi konsep baru ini. Usah risau, kerana keadaan memang gelap seperti dalam hutan,” katanya.

BAGAIMANA DENGAN KESELAMATAN?

Bagi konsep ‘gogal waktu malam’, pengunjung hanya dibekalkan lampu suluh sahaja dan kemungkinan ada pengunjung yang khuatir dengan keselamatan mereka terutama bagi yang membawa anak dalam lawatan itu.

Mengulas akan perkara itu, Mohamad berkata perbincangan teliti beserta kajian telah dilakukan bagi mengelakkan situasi tidak diingini daripada berlaku.

Katanya, pengunjung akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap daripadanya hanya mempunyai lima atau 10 orang sahaja. Setiap kumpulan akan dibantu oleh seorang pemandu yang bertindak sebagai pengiring.

“Gogal itu pula hanya akan berada di tangan pengiring sahaja kerana kalau diberi kepada semua takut pula pengunjung terlalu leka sehingga tidak sedar keluar daripada kumpulan.

“Tetapi, jangan risau kerana pengiring akan memberikan gogal kepada semua pengunjung untuk melihat aktiviti hidupan haiwan tersebut,” katanya.

Berlainan dengan hutan di Taman Negara, haiwan liar di Zoo Negara hanya berada di tempat yang dikhaskan dan pengunjung bebas bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain tanpa perlu risau dan takut.

SERONOK?

Bagi peminat haiwan liar, mereka mungkin mempertikai sejauh mana tahap kepuasan yang boleh dicapai menerusi program ini. Mungkin ada yang berpendapat program pengenalan gogal ini tidak akan memberi satu kepuasan seperti apa yang boleh dialami dalam hutan.

Sebaliknya situasi di Zoo Negara memberi peluang terbaik kepada peminat haiwan liar merasai keseronokan seperti di Taman Negara tanpa perlu merentasi jarak yang sangat jauh dan menempuhi bahaya semata-mata untuk melihat haiwan liar aktif pada waktu malam.

Apatah lagi, perjalanan jauh ke dalam rimba belum tentu menjanjikan haiwan liar muncul pada waktu yang diingini.

“Kadangkala ada pengunjung (rimba) balik dengan kecewa kerana sepanjang malam menunggu untuk melihat haiwan tersebut, tetapi langsung tidak keluar. Sudahlah perjalanan jauh, (haiwan) yang ditunggu tidak tiba pula.

“Tetapi menerusi konsep ‘gogal waktu malam’ ini pengunjung Zoo Negara boleh merasai dan melihat kehidupan haiwan tersebut serta mendengar bunyi nafas haiwan pada waktu malam. Itu sudah pasti,” katanya.

Kata Dr Mohamad lagi, caj bagi program lawatan tersebut adalah antara RM150 hingga RM180 seorang kerana ia bersifat pakej dan disertai pelbagai aktiviti seperti barbeku. – BERNAMA



NOTA KAKI: Ermm..sesuatu yang menarik pada sesiapa yang berminat hendak menyaksikan apa yang di lakukan oleh binatang di waktu malam tanpa kehadiran sebarang cahaya. Mesti  sesuai pada mereka yang suka mengkaji  cara hidup binatang selain menambah ilmu pada kita semua. Selalunya waktu siang, ada binatang di zoo ini  hanya tidur sahaja tetapi apabila malam baru mereka aktif. Selamat melawat  Zoo Negara.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, April 07, 2011

17 Komen:

  1. pnah masuk zoo melaka memamlam tapi tak semua tempat dorang bawak.. tido juga gamaknya binatang ni maklum le bukan habitat asal dah

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama07 April, 2011

    tiket masuk zoo berapa sekarang? mesti dah mahal naik berganda2..

    BalasPadam
  3. salam bro zul. lama betul tak pi zoo ni.

    BalasPadam
  4. Jangan ada yang bawak lari bender nama gogal tu dahlah mehel juge tu :)

    BalasPadam
  5. lamanya sy x ke zoo negara....

    BalasPadam
  6. semoga kegelapan malam tidak menggelapkan terus sang pengunjungnya hehehe

    BalasPadam
  7. Dalam stor peralatan kerja kome ada banyak google..tapi untuk unit mesin rumput punya..

    BalasPadam
  8. as'salam bro..
    wahh...best tue tengok...lama tul tak singgah ke zoo negara..last pun time sekolah tadika dulu hehehee

    BalasPadam
  9. ingatkan google kat internet je kat zoo pun google jugak...tu la kehidupan seorang blogger hehehe...semua google

    BalasPadam
  10. dah macam night vision nih...

    BalasPadam
  11. Baru je melawat zoo negara hari tu..tp waktu sianglah..smua haiwan nak tidur..rakun je yg tak tidur..hehe..rakun mmg sgt comel..bergerak ke sana ke sini sentiasa dlm kecemasan.. :D

    BalasPadam
  12. As salam..
    Harap2 boleh diperluaskan lagi penggunaannya pada zoo2 lain. Belum pernah lagi ke Night Safari Taiping sbb terfikir, kalau malam mesti tak nampak apa2, siang ok la...

    BalasPadam
  13. as-salam bro..
    zoo taiping night safari yang dekat pun saya tak sempat nak pegi lagi...apatah lagi zoo negara..
    tapi baik la untuk yang berada dekat2 sana...:)

    BalasPadam
  14. best ni kalo dpt tengok dengan gogal ni!

    BalasPadam
  15. Lama gila x ke zoo negara..
    Kecik2 dulu pantang turun kL msti ayah bwk gi zoo...Smpai driver kami pggil koi anak rimau sbb
    suke sgt tgk rimau..hihik :P

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama08 April, 2011

    ait tu.. p0n nk tiru ke????????dah sah peniru...

    BalasPadam