Salam semua, kemenangan BN dalam pilihanraya DUN Sarawak semalam menyaksikan ramai para YB baru yang telah memenangi kerusi masing-masing. Ini termasuklah juga calon di kalangan parti pembangkang, ada yang di menangi oleh muka-muka baru.
Lagu dan lirik ini amat sinonim buat para YB, nyanyian ND Lala. Dalam seloka lagunya ada maksud mendalam sesuai buat para YB semua untuk selalu mengingati bahawa mereka adalah selaku pemimpin yang ada tanggung jawab tak putus untuk di laksanakan sampai bila-bila. Selamat bekerja YB!
Lagu dan lirik ini amat sinonim buat para YB, nyanyian ND Lala. Dalam seloka lagunya ada maksud mendalam sesuai buat para YB semua untuk selalu mengingati bahawa mereka adalah selaku pemimpin yang ada tanggung jawab tak putus untuk di laksanakan sampai bila-bila. Selamat bekerja YB!
Lirik Diari YB - N D Lala
Bangun pagi-pagi
Tamu dah menanti
Bukan nak cari kopi
Nak tanya pasal subsidi
Hai belum sempat sarapan
Dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan
Nak mintak surat sokongan
Jam baru pukul 8
YB kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan
Pengundi tahan mintak bantuan
Disambut dengan kompang
Ayam itik pun banyaklah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh YB segera timbang
Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi
Silap-silap nanti kurang undi
Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk
Poket tetap YB kena seluk
Ketika awal petang
Ada satu sidang
YB tak boleh tak datang
Takut nanti kerusi terbang
Sebelum senja ke padang bola
YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya
"Jersi baru kami hai macam mana"
Bila malam tiba
Ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia
Kena tanya mungkin ternganga
Bila habis berceramah
Kampung lain YB singgah
Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah
Walau dah lenguh badan
YB balik ke cawangan
Di tanya orang harapan
Apakah strategi lawan
Lewat malam di gerai tepi jalan
YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan
Sambil tu kena lah belanja makan
Sewaktu YB balik
Burung hantu pun rasa pelik
Isteri sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pulak dah lama tergolek
Selepas YB mandi
YB belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri
Cari jalan nak tolong pengundi
Hingga dinihari YB tak tidur lagi
Esoknya pagi-pagi
Dah ada tamu menanti
"Assalamualaikum YB.."
NOTA KAKI: Walaupun rakyat masih mahu mengekalkan BN, namun secara tidak langsung mereka memberi ingatan kepada kepimpinan parti itu terutama dari sudut transformasi yang dilaung-laungkan. Bagi BN sendiri, idea transformasi seharusnya dilihat dari pelbagai sudut bukan sahaja untuk mentranformasikan rakyat selari dengan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), namun ia juga perlu diamati dari aspek kepimpinan. Kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud seharusnya sudah merasai getaran kehendak rakyat terutamanya bagi melihat generasi baru diberi kepercayaan memimpin Sarawak agar terus 'mansang' atau maju.
Isyarat dah tu dari rakyat sarawak...YB OH YB...
BalasPadamAssalam..
BalasPadamMencari YB berjiwa rakyat...
Semuga rakyat semakin sedar...
BalasPadam6 Bom Tangan di temui di Brickfields
pentanda dah nie... apepun banyak habis duit kerajaan kali ini... isk2..
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamTerima kasih en Zul,
Saya suka sangat lagu ni,
dengar sampai habis..
Transformasi yang paling
pentingnya ialah transformasi
diri sendiri dulu,
barulah rakyat dan negara boleh
ditransformasikan.
Harap dapat tunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya.. Kalau sebelum undi rajin tunjuk muka, harap dah menang, janganlah menghilangkan diri supaya kepercayaan rakyat tu kekal..
BalasPadamsalam cik zul..sedap lagu ni..
BalasPadambyk makna dan smpai mesej nya..
lagu dulu2 mmg best lah!
Assalamu'alaikum Zul
BalasPadamBeratnya amanah yang ditanggung YB.. mudah2an dapatlah dilaksanakan sebaik-baiknya.
Dalam bandar BN tak dapat menguasi..
BalasPadamsalam, zul
BalasPadamkalau diikut kata nd lala ni
tak sanggup kawe nak jadi yb
takut burung hantu jeles
hehe
وعليكم السلام ورحة الله
BalasPadamTerima kasih semua kerana
sudi singgah dan mencoretkan
komen anda di sini..amat saya
hargai..jazakumullah khair..
Lagu bodoh...lagu projek,bodek...
BalasPadam