"Kisah Raja Lawak" Tersebar Pula Kini






Salam semua, apa yang tak kena kebelakangan ini  semakin banyak pula isu-isu jelik yang di hidangkan kepada rakyat serata negara. Isu terbaru yang tidak berapa kedengaran di media arus perdana dan hanya di media pembangkang menceritakan tentang satu lagi isu yakni penyebaran karikatur seorang pemimpin pembangkang dalam bentuk komik lucah dan di sebarkan kepada awam.




KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar, atau nama sebenarnya, Zulkiflee Anwar Ulhaque mengecam tindakan segelintir kartunis yang menggadaikan moral mereka dengan melukis karya politik lucah dan berunsur fitnah.

Beliau menyifatkan golongan terbabit sebagai  ‘kartunis pelacur’ kerana sanggup menghasilkan karya yang tidak bertanggungjawab, semata-mata kerana mahu memperoleh habuan daripada pihak-pihak tertentu.

“Kartunis-kartunis yang menghasilkan kartun ini tidak mempunyai tanggungjawab moral kerana tidak berani untuk meletakkan nama sendiri atau nama pena di dalam lukisan mereka.

“Mereka melukis apa saja yang disuruh termasuk kandungan yang mempunyai fitnah dan pembohongan. Bagi saya, kartunis-kartunis seperti ini tidak ada bezanya dengan pelacur,” ujar Zunar dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas isu pengedaran kartun lucah yang disebar di kawasan Lembah Pantai, yang cuba mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naskah komik setebal 16 muka surat bertajuk Kisah Raja Lawak itu, mengandungi imej lucah watak yang menyerupai Anwar dan dihantar kepada pengundi di sekitar Lembah Pantai.

Menurut Zunar, beliau turut mendapat maklumat bahawa kartunis-kartunis terbabit dibayar sejumlah wang yang banyak bagi menghasilkan kartun mengikut arahan pihak-pihak tertentu.

“Kartunis mesti memahami sesuatu isu dari berbagai perspekstif sebelum mengambil pendirian mereka sendiri dan bukannya mengikut arahan orang lain.

“Kemunculan kartunis-kartunis pelacur ini telah menjatuhkan martabat seni budaya dan merendahkan kemampuan berfikir orang Malaysia,” tegasnya yang cukup dikenali sebagai kartunis politik di dalam dan luar negara.

Justeru itu, Zunar mengingatkan para kartunis supaya lebih bertanggungjawab terhadap karya mereka.

“Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan bagi kartunis untuk menyokong agenda mana-mana parti politik dalam kartun mereka, asalkan mereka bertanggungjawab terhadap kandungannya.

“Sesuatu karya yang bertanggungjawab mesti mempunyai tanda tangan pelukis. Nama pena sekiranya hendak digunakan mestilah mempunyai hubung-kait dengan kartunis dan bukan bertujuan mengelirukan identiti pelukis,” tegas beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10091


NOTA KAKI: Perlukah kita di hidangkan perkara sebegini? Belum reda isu video sex seorang yang menyerupai DSAI di tayangkan di sebuah hotel ternama , tak sampai sebulan tersebar meluas sedutan video tersebut di laman sesawang dan You Tube pula. Sehingga akhbar negara jiran mula membahasakan politik Malaysia  POLITIK KOTOR.  Ermmm..agak keras bunyinya kan? Fikir-fikirlah, apa dah jadi politik kita hari ini? Jangan sampai nanti,  " kalah jadi abu, menang jadi arang ". Wassalam.






Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, April 06, 2011

23 Komen:

  1. apa nak jadi dgn politik malaysia sekarang ni???

    BalasPadam
  2. semoga negara kita selamat dari diturunkan bala Allah SWT

    BalasPadam
  3. macam-macam laaa

    untung lembu dapat naik moto

    BalasPadam
  4. hurm.... byk btul isu2 politik dr isu2 utk membangunkan negara dan mendahulukan kepentingan rakyat...

    BalasPadam
  5. bila agama dipisahkan dari cara hidup, inilah akibatnya.. sedangkan islam itu sendiri adalah cara hidup...

    BalasPadam
  6. eh! karikatur tu mcm mana xde gambar ke nk tgk jgk

    BalasPadam
  7. PERSOALAN KENAPA PERLU MENGAIBKAN ORANG?? WAJARKAN WANG YANG KITA PEROLEHI SEDEKIT ITU MEMBERI MAKAN ANAK BINI? MORALNYA POLITIK KITA MAKIN KOTOR!!
    New Entry "Siapa Syed Mohamad Asri | Usop Wilcha | Shy8"

    BalasPadam
  8. bila tuhan beri kelebihan yang ada, gunakan lah sebaik-baiknya, jangan lah menggunakan kelebihan itu dengan memburuk dan menjatuhkan maruah orang lain kerana hanya semata-mata nafsu politik dan wang!

    BalasPadam
  9. lawak bodoh la tu bang zulkbo...

    BalasPadam
  10. bosan la dgn politik kat m'sia ni.... mana betul mana salah pun tak tau...

    BalasPadam
  11. politician yang mengelirukan rakyat ..... menyebabkan rakyat pun jadi keliru.. bikin onar sahaja mereka ini..

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama06 April, 2011

    politik terdesak. apa lagi yang tidak diaibkan Anwar Ibrahim itu. bab klip video hitler, tiga serangkai kata "akan ada fitnah lain lepas ni"

    BalasPadam
  13. salam singgah
    ssh nk paham permainan politik...
    jangan sampai rakyat2 kecil yg terabai...

    BalasPadam
  14. rakyat itu raja..raja itu rakyat.

    err ada kaitan tak dengan entri kat atas.?hehe

    emm politik tak kotor,,tapi tangan tangan kotor tu yang mengotorkan politik.

    BalasPadam
  15. siapa pun kita..... keikhlasan dan amanah dalam pekerjaan itu penting. Kerana...... menyampaikan yang benar itu adalah tuntutan ....

    BalasPadam
  16. Hmmm...politik Malaysia, politik kotor...mmg tak berkenan sesangat!!

    Ade plak kes katun lucah ekk...hmmm macam2 la skg nih...matlamat menghalalkan cara!!!

    BalasPadam
  17. kita menuju kehancuran ummah

    BalasPadam
  18. salam..
    mengapalh di campur adukan perkara itu suri tak paham...

    BalasPadam
  19. bila duit menjadi tuan kita mula kabur pada yang yang Esa

    BalasPadam
  20. As salam..
    Tak suka dgn POLITIK sejak dulu.

    BalasPadam
  21. Salam..

    Makin lama semakin teruk..beginilah keadaannya kalau fanatik sgt dgn politik.Sedihnya antara sesama melayu.

    BalasPadam
  22. pada sy politik itu tidak salah ttpi org2 yg kotor di dalamnya menyebabkan politik itu nampak kotor..politik itu sebahagian drpd iman seperti yang dilaksanakan oleh Rasulullah dan pada zaman khulafa' ar rashidin terdahulu..

    realitinya, politik di negara ini adalah adaptasi drpd politk yahudi..kerana itu ia jadi sebegini kotor..

    BalasPadam