Salam semua, saya tertarik membaca artikel yang di keluarkan oleh mStar hari ini berkenaan kamera tersembunyi yang datang dalam pelbagai bentuk dan mudah di miliki oleh kita, kini berada di pasaran terbuka. Secara tak langsung kita juga boleh mengintai (spy) seseorang tanpa pengetahuan mereka saling tak ubah seperti kisah ajen rahsia.
Ada baik dan buruknya di sini apabila dengan mudah sekali kita boleh mendapatkannya. Khabarnya di sekitar Jalan Pasar , Pudu, Kuala Lumpur anda boleh dapatkannya dengan harga yang murah sekali. Produk ini kebanyakkannya di import dari negara China yang harganya memang murah dan mampu milik oleh sesiapa sahaja.
Keburukkan yang pasti ketara ialah menggalakkan seseorang mengintai privasi orang lain tanpa pengetahuan mereka. Contoh di rumah yang di sewa, bilik-bilik hotel mahupun mungkin di tandas awam. Pembuatannya yang agak unik dan sukar untuk kita menyedari kehadiran kamera kecil ini biarpun di sebelah kita. Adakah anda akan merasa selamat sekarang ini ?
Pembuatannya yang tersembunyi di sebalik bentuk yang lain termasuk butang baju pasti tidak di sedari oleh individu yang di intai. Seolah seperti wayang gambar "Mission Impossible" yang popular satu masa dahulu dan kini teknologi tersebut sudah boleh di gunakan oleh kita semua. Satu gangguan privasi individu pada pandangan peribadi saya jika terkena pada diri saya.
Apa pandangan pembaca sekalian? Bolehkah penjualan kamera tersembunyi ini di jual di pasaran terbuka tanpa pemantauan pihak berwajib? Ini kerana sepatutnya penjualannya di pantau sama seperti penjualan ubat-ubatan yang perlu mendapat kebenaran pihak tertentu dan di rekod siapa pembelinya agar mudah jika sesuatu yang tidak di ingini berlaku di kemudian hari nanti.
Setidaknya kebaikan yang ada di sini ialah; ianya boleh di gunakan untuk memantau keadaan rumah kita seandainya di pasang di rumah untuk pengawasan dari kes pecah rumah mahupun memantau orang gaji kita yang menjaga anak-anak di rumah semasa ketiadaan kita. Sudah kerap sangat kedengaran orang gaji yang berani membuli kanak-kanak semasa ketiadaan majikan mereka. Wassalam.
Sumber:Setidaknya kebaikan yang ada di sini ialah; ianya boleh di gunakan untuk memantau keadaan rumah kita seandainya di pasang di rumah untuk pengawasan dari kes pecah rumah mahupun memantau orang gaji kita yang menjaga anak-anak di rumah semasa ketiadaan kita. Sudah kerap sangat kedengaran orang gaji yang berani membuli kanak-kanak semasa ketiadaan majikan mereka. Wassalam.
teknologi tentunya mempunyai kesan baik dan buruk.Bergantung kepada niat kita bagaimana nak guna tetapi bagi kaki skodeng..peluang makin bercambah la nampaknya...
BalasPadamMemang bahaya tu bro...kena pantau penjulan or kena ada lesen untuk memiliki tu..
BalasPadamBahaya tu...
BalasPadamkena hati2 la pasni...
nak2 kat fitting room..
kalau diharamkan penjualannye di pasaran terbuka
pun tetap ade dijual di pasaran gelap..
susoh nak pantau mende2 gini..
Teknologi ini ada kebaikannya.. tetapi sering disalah guna. Banyak perkara negatif akan berlaku jika disalah guna..
BalasPadamsetiap orang kene ada alat untuk detect bende tu... so that the things is not missused....
BalasPadamgood article... hari tu ppernah keluar dalam malaysia hari ini(MHI)....
stiap teknologi yg diciptakan tu ada baik and ada burukny.. brgantung kpd si pngguna la.. nk halang pon xboleh sbb mkin advance yg baik.. advance jgax la yg jhat.. so, nawaitu tu yg kna btul :)
BalasPadamjemput singgah ANASAURUS :)
Dapat kat orang gila sex alat nie..Jahanam...
BalasPadamKat jamban berok pun mesti diorang pasang..
2 kembar beradik kongsi tarikh lahir
Tadi kome baca blog pasal demotrasi membantah Loji Lyanas tu, tetiba jer semangat Otromen Taro meresap ke dalam badan kome nie..
BalasPadam2 kembar beradik kongsi tarikh lahir
dah le gi out station tiap2 bulan duk hotel, kena berpakaian tutup aurat ni..:)
BalasPadambru2 ni pun jiran kami anak dia kena dera, susah nak cari pengasuh yg baik sekarang..
Oh, itulah yang amat menakutkan saya kalau ke mana-mana. Benda ini sepatutnya diharamkan sebab memang akan mengganggu privasi orang lain. Bahayalah...
BalasPadamKesimpulannya atas niat seseorg itulah apa niat dia nak buat ngan kamera kecik nie... kalau tujuan baik baguslah jika sebaliknya sendiri mau ingatlah kan :(
BalasPadammemacam....
BalasPadammmg kene extra careful lepas ni. semakin canggih teknologi itu, semakin ramai suka menyalahgunakannya. kalo utk kebaikan, takpe.
BalasPadamSaya pakai masa ada bibik dulu. Sekarang dah tak guna lagi. Memang banyak dijual di Low Yat Plaza.
BalasPadamBerguna betul. Nampak segala aktiviti dia seharian.
bro, saya dah boleh komen guna embedded box bila tukar guna Mozilla.. ;0)
Makin lama makin hebat teknologi skg nih...pas tu jual open lak tu...bale..bale...
BalasPadamkalau digunakan untuk tujuan yg baik, pasti faedahnya lebih banyak..
BalasPadamkena pandang kiri kanan atas bawah dahulu.. kena sentiasa berwaspada
BalasPadamsangat bahaya....untuk tujuan baik,,baguslah kan,memang misi tu akan berjaya lah.tapi kalau yang tak baik...orang lain yang naya...ish!
BalasPadamem,ada buruk dan baiknya..dua2 seimbang..bergantung kpd niat si pengguna lah mcamana..
BalasPadamNgeri kamera begini.. senang untuk kaki2 skodeng beroperasi..
BalasPadambahaya lah en.zul...
BalasPadammmg ada manfaatnya tp takut org yg niat jahat tu yg lebih dr org yg gunakkannya utk niat yg baik...
as'salam bro
BalasPadamada kebaikkan & keburukkan...
apa yg perlu berhati2
Walaupun teknologi ini ada kebaikannya tetapi penjualannya harus dipantau kerana ianya boleh membawa keburukkan andainya ianya digunakan untuk mengaibkan orang lain.
BalasPadamAssalam...
BalasPadamWaduh..waduh...bahaya ni...
saya selalu jgk check dulu waktu masuk toilet, kot2 ada lubang tersembunyi yg disorokkan kamera tp kalau kamera tu seperti skru atau butang baju spt di atas, mmg tak perasan langsung...
canggih!
BalasPadamrisau saya...hanya Tuhan yg tahu.baru2 ni d kejutkan pasal cermin tembus pandang tu kli ni pasal spy intai plk huuu..rasa nak kemna2 hati tak tenteram...
BalasPadamnasiblah klu org yang baik terkena olh org perbuatan jahat mmg malu..d btkan rakan dan d siarkan video tempat umum mmg malu besar..
BalasPadamSebenarnay teknologi moden adalah untuk kegunaan yang baik,... ia memudahkan siasatan... malangnya masyarakat malaysia lebih cenderung menggunakan camera tersebut untuk tujuan memburuk2kan orang lain ... kalau tak , tak kanlah video 3GP terselindung banyak menayangkan filem2 tidak baik berunsur lucah ... kalau golongan tidak bertanggungjawab terjumpa special tool ini ,... mamposlah slah dalam masa 2 tahun lagi ada muka c b3njy terpampang dalam melayu 3gp sedang ********* (laaa c b3njy ni nak buat kasiat ke ? ... dahlah tu b3njy kau dah tua dahh..)... bukan maksiatlah .... sedang berek di tandas awam dengan mimik muka yang pelbagai kerana sembelit ... hehehehe
BalasPadamp/s: setuju dengan brother Zulkbo... penjualan camera ini patut dikawal oleh KDN dan lesen dikeluarkan oleh PDRM.
tapi jgn lupa kamera yg Maha Canggih dari segalanya tu, memerhati setiap saat hidup kita
BalasPadamNaluri manusia akan lebih menuju kepada kejahatan, maka bagi kawe patut diHARAMkan penjualannya. Maksud kawe yg kecik2 dan mobile lah. Yg besar2 utk pasang dirumah ok. Tapi yg kecik2 ni mmg boleh disalah gunakan... Hmmm.....
BalasPadamish....canggihnye skarang...bhye btol..
BalasPadamMmg bahaya sungguh bila teknologi di salah guna
BalasPadamsalam
BalasPadamkalau nak haramkan, macam rugi pula
rasanya baik saja kawalan penggunaan diutamakan