Imam Muda adalah sebuah konsep siri pencarian televisyen yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), bertujuan mencari IMAM muda yang terbaik di Malaysia
Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian mengenai remaja lelaki Islam yang dipilih menerusi uji bakat yang dihimpunkan secara berkumpulan di sebuah asrama selama 3 bulan mempelajari dan memahami tentang hal-hal keugamaan dan kepimpinan Islam dari pemimpin ugama dan pendidik yang bertauliah dan berpengalaman.
Individu terpilih ini bakal menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan ugama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.
Kesemua Individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.
Setiap minggu, pelajar terbaik akan diumumkan dan 3 orang pelajar yang mendapat kedudukan terendah akan diberi tugas kemasyarakatan. Sehinggalah di minggu kesembilan, hanya 2 orang pelajar terbaik akan beraksi di pentas akhir.
Program Imam Muda bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintegriti dan berkredibiliti bagi memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai Imam malah sebagai pemimpin.
Selain itu, program Imam Muda bertujuan memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul seseorang Imam di zaman yang penuh cabaran ini.
Menjadi pemangkin kepada kelahiran IMAM MUDA yang versatil dan relevan kepada komuniti.

Dalam episod ini, penonton bakal menyaksikan bagaimana kesemua 10 peserta yang terpilih mengharungi cabaran mengatasi pelbagai ujian penting mengikut kaedah dan metadologi yang disediakan di bawah pimpinan dan pemerhatian khusus Pengetua dengan dibantu dua orang Mentor.
0 Komen:
Catat Ulasan