Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2010 | Di Kuatkuasakan Mulai 1 April 2011




Akta baru yang dinamakan Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2010 yang memberi kuasa kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengheret peniaga yang menaikkan harga barangan atau makanan secara sembarangan ke mahkamah akan mula berkuatkuasa mulai Jumaat 1 April.

Di bawah akta ini, individu/peniaga yang didapati mengenakan harga yang ditafsirkan sebagai ‘melampau’ ke atas pengguna boleh dicaj di mahkamah dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda sehingga maksima RM100,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Jika disabitkan bagi kesalahan kedua pula, mereka boleh dikenakan hukuman denda maksima sehingga RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Bagi mana-mana syarikat pula, jika didapati bersalah di bawah akta baru ini boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000 bagi kesalahan kali pertama dan RM1 juta bagi kesalahan kali kedua.

Akta baru ini diwujudkan bagi mengantikan Akta Kawalan Harga 1946 yang dahulunya memerlukan barang-barang yang dikawal harga digazetkan terlebih dahulu sebelum tindakan dapat diambil ke atas mereka yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

Tetapi kini dengan wujudnya akta baru ini, kita tidak perlu lagi menunggu sesuatu barangan itu digazetkan terlebih dahulu sebagai barangan kawalan untuk di ambil  tindakan.

Di bawah akta yang lama, mana-mana individu yang didapati bersalah menaikkan harga di atas para munasabah atau dibenarkan boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM15,000 atau dua tahun penjara bagi kesalahan pertama atau kedua-duanya sekali dan bagi kesalahan kali kedua pula boleh dikenakan denda sehingga maksimum RM25,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Untuk syarikat pula, mereka boleh dikenakan dengan bagi kesalahan pertama sehingga maksimum RM25,000 dan RM50,000 bagi kesalahan kali kedua-M-STAR


NOTA KAKI: Contoh apa yang dimaksudkan sebagai “harga melampau”: Seandainya seorang peniaga menggenakan caj minuman ais kosong sehingga RM1.20 atau RM1.00 segelas kepada pengguna sedangkan kosnya tidak sampai tahap itu, mereka boleh dikenakan caj atau didakwa di mahkamah di bawah akta ini sekiranya terdapat aduan daripada pengguna dan hasil siasatan mendapati aduan itu benar. Para pengguna juga boleh membuat aduan kepada kementerian menerusi talian 1-800-886-800.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, April 01, 2011

11 Komen:

  1. salam ziarah

    selamat dtg ke blog sy dan menjadi follower sekali k

    BalasPadam
  2. buat akta macam-macam, pantau kurang buat juga.. orang yang kat luo bando yang teruknya

    BalasPadam
  3. Sama la nak ckp mcm Cemomoi San ter..
    Gubal akta berpuluh2 akta sehari pun kalau
    xde penguatkuasaan jd sampah gak semua akta2 tu..

    BalasPadam
  4. hurm...penguatkuasaan tu paling penting...

    BalasPadam
  5. Salam Zul, baguslah ada akta seumpama ini pengguna tidak ditipu sewenang-wenangnya.

    BalasPadam
  6. bagus lah...slaraskn harga..x lah lain kedai lain harga...mcam milo ais..ada rm150..ada rm180..

    BalasPadam
  7. assalamualaikum..

    nak salahkan penguatkuasaan tak boleh juga..saya tak berapa setuju kalau 100% diletakkan kepada penguatkuasaan kerana bilangan mereka cukup sedikit dibandingkan bilangan peniaga..

    sepatutnya peniaga kita kena jujur..kekadang saya terfikir juga..sebab itu usahawan melayu kita tak maju2...sebab banyak yang kelentong..kontraktor alibaba...mintak milo dia baginya ovaltine ingat kita nie tak tahu rasa ke? huhuhuhuhhh

    BalasPadam
  8. kalau nasi dagang sepinggan caj rm12, boleh tak buat repot?

    BalasPadam
  9. ooohh, mmg byk kedai makan yg suka hati naik harga mknn mereka atau mengurangkan kuantiti makanan dgn suka hati..mentang2lah tak ada penguatkuasaan..hrp lepas ni semuanya terkawallah..

    BalasPadam
  10. Saya belum baca lagi berita ni, jadi susah nak komen. Anyway agak menarik utk melihat bagaimana ia dilaksanakan pada barang2 yang tak di gazette sebagai baranga terkawal dan isu harga melampau.

    Dalam kedai makan, biasanya byk beza harga pada kedai makan berbeza. Setiap pekedai ada taktik sediri bagi memaksimakan untung dan kita sebagai pelanggan ada pilihan samada mau makan ditempat mereka atau tidak bagi memaksimakan upah yang diperolehi. Kalau tak pun, masak dirumah :D

    Mungkin kuatkuasa kan lebih ditekankan kepada barang-barang makanan yang belum dimasak atau harian pengguna. Will be interesting. info yang menarik.

    BalasPadam
  11. kalau barang overcharge dibeli sebelum 1 april, cthnye 1/3/2011? tp kes cuma bawa pada 1 may? law ni apply tak pada situasi ni?

    BalasPadam