2 Minggu Dah Boleh Cash Out : Bukti Nuffnang Masih Yang Terbaik



Salam semua, rata-rata ramai blogger yang mengeluh pasal Nuffnang kebelakangan ini. Ada yang sampai merajuk dengan membuang iklan-iklan nuffnang di blog mereka dan memasang iklan dari syarikat lain sebagai jalan terakhir protes mereka. Saya sebagai seorang blogger turut merasa simpati buat rakan-rakan blogger tersebut.

Pada saya Nuffnang ada alasan tersendiri dalam memilih blog mana yang di rasakan layak menerima BE.  Selalunya berdasarkan trafik dan keunikan sesuatu blog itu bergantung pada pasaran yang di kehendaki oleh pengiklan. Anda juga kena selalu kemaskini blog anda selain informasi di kehendaki Nuffnang sendiri.

Kesabaran juga perlu ketika menanti BE tiba di blog anda. Saya sendiri ada masanya ketiadaan langsung pendapatan dalam seminggu. Mood memang hilang tetapi kesetiaan kita pada mereka pasti mereka hargai apabila akan dapat jua walau satu iklan BE di berikan satu hari nanti.

Bercerita bab kesetiaan, pendapatan saya pernah di potong dari cash out saya yang ke-2 tahun lepas bukan puluhan ringgit malah ratusan ringgit, alasan Nuffnang "fraud clicks". Mulanya saya memang tidak berpuas hati dan saya sendiri ke pejabat Nuffnang.

Jawapan pihak Nuffnang agak kukuh apabila mereka sanggup seandainya laporan polis saya buat terhadap mereka,  kerana mereka ada bukti transaksi klik tersebut melalui web crawler mereka sendiri ( hebat Nuffnang nih!) . Ermmm..maka saya mencari kesalahan saya.

Puncanya bila kita nampak iklan baru di blog kita maka kita klik . Itu sudah di kira penipuan kerana pihak Nuffnang tahu IP internet kita. Salah satu lagi,  jika dahulu setiap jam 12 tengah malam adalah aktiviti BW dari blog ke blog dan saya pun terperangkap sekali,  jadi saya akur..




Ini bukti iklan terbaru Nuffnang di blog saya yang menghasilkan pendapatan yang membolehkan saya untuk cash out dalam masa 2 minggu. Buat rakan semua sekiranya anda mendapat sebarang iklan BE,  keraplah kemaskini blog anda untuk menghasilkan trafik baru setiap masa.

Nasihat saya pada yang masih setia dengan Nuffnang bersabarlah menanti  BE dari Nuffnang. Seandainya masih tiada BE yang boleh menjana pendapatan blog,  anda boleh menghubungi Nuffnang melalui email mereka, insyaallah pasti di jawab apa alasan menyebabkan kebuntuan tersebut. 

NOTA KAKI: Sebagai seorang blogger sebaiknya wang bukan segalanya. Ini kerana bukan semua blog menghasilkan ribuan RM sebagai pendapatan bulanan. Jadi bergantung pada niat asal kita berblogging, tapi saya akui setiap sen yang kita jana dari blog kita adalah kepuasan individu dalam berblogging. Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, April 04, 2011

44 Komen:

  1. tahniah bro zul! setiap org ada rezeki masing2 kan :)

    BalasPadam
  2. saya harap blog awk dpt jadi inspirasi kepada blog sy

    BalasPadam
  3. Salam Zul, betul berblog bukan kerana wang kalau ada kira bonus le tu kan... kadang tangan nakal juga nak klik iklan yang ada di blog kita sendiri nak tahu apa ke halnya... namun salah tu :)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum...abg zul..

    kalaulah saya berblog kerana nuffnang, dah lama saya tutup blog saya nie..
    saya cume boleh memberitahu saya sekadar suke2 berblog.meluahkan sedikit rasa hati.buktinya, saya hanya buat entrri sehari sekali sahaja dan sabtu ahad saya jarang ada entri..
    kalaulah saya berblog kerana nuffnang dah pasti saya buat entri sehari lima kali...baru trafic berganda huhuhhuhh
    org tanye abes nape ko letak semua nuffnang churp2 lah dan sebagainya.saya jawab apa salah letak..kalau korang nak klik ..klik la..kalau taknak takde masalah...
    sekadar pandangan...

    BalasPadam
  5. apepun, tahniah utk abg zul..blog abg zul mmg hebat....

    BalasPadam
  6. dua dalam satu, bule juga bayo bil yea

    BalasPadam
  7. mantap tu.
    50++ 1 kempen.
    good job bro.

    BalasPadam
  8. wah, satu BE sahaja sebanyak rm50.. jarang dapat yang banyak macam tu :D


    Pendapat anda?
    Musim durian dah tiba!

    BalasPadam
  9. wah tahniah ye.. 2 minggu dah boleh cashout.. trafik kencang ni.. hehehe

    BalasPadam
  10. maknanya nuffnang tak bagi klik iklan di blog sendiri ye

    BalasPadam
  11. @Jieda

    Jangan sesekali klik
    iklan anda sendiri..
    pasti di ketahui Nuffnang

    BalasPadam
  12. kagum..tq for sharing

    BalasPadam
  13. *boleh cash out dalam tempoh 2 minggu tu adalah luar biasa bagi saya. :)

    BalasPadam
  14. Tahniah cik Zul..hehe..
    tp xpelah, sy skrg selesa dgn advertets..mmg puas hati drpd nuffnang yg mmg tak peduli dgn blog sy :D

    BalasPadam
  15. bukan xnak setia dan bukan xsabar..

    cuma terasa sedikit.. sedangkan bro rasa layak untuk mendapat lebih dari itu.. sebab itu bro bertukar angin...

    nuffnang masih juga setia.. tetapi di blog bro yang lain :)

    BalasPadam
  16. Dapat tu .. jangan lupa belanja-belanja kita makan ye ! :D

    anastasyea's latest post .. Amy Search Pengetua AF9 | Akademi Fantasia 9

    BalasPadam
  17. semangat tengo yang orang punya..bila tengok yang sendiri punya..sindrom menyampah kat Inchik Nuffkembali berMaharaja Lawak di hati.Nak beli pisau cukur pun tak cukup.habis semak satu badan...atoooooi...

    BalasPadam
  18. salam bro zul.

    bain setuju dgn NOTA KAKI ^_^

    BalasPadam
  19. salam,
    saya pun masih setia dengan nuffnang..

    BalasPadam
  20. wah..tahniah en.zul...
    murah rezeki n thanks for the tips ya... ;)

    BalasPadam
  21. Tahniah bro zul atas limpahan rezeki.
    Setuju dengan nota kaki. Tak sangka kesetiaan dibalas dengan be.
    Status gli sop dah kena tarik sbb pasang iklan lain. Huhuhu

    BalasPadam
  22. As salam..

    wow, betul2 masyuk ni..
    Tahniah..
    syg betul Mrs N kat en. Zul...

    BalasPadam
  23. wahh..Alhamdulillah..bunga tak pernah dapat..tapi entah la bunga xkisah sangat..mybe sbb mmg nuf tahu niat bunga kot..hahaa..cuma nak cuba2 haha..

    BalasPadam
  24. assalamualaikum.

    sebenarnya, saya baru saja tahu mengenai BE apa semua tu. tanpa saya sedari ada 3 iklan kategori BE dalam akaun nuffnang saya. mungkin sebab saya jenis malas ambil tahu. update blog pun base on mood.

    btw tahniah untuk saudara. :)

    BalasPadam
  25. saya punya pendapat la kan.. pengiklanan di blog adalah win win win situation antara Nuffnang, advertiser, dan publisher (blogger).

    sebgai blogger kita memang ada hak untuk terasa kecik hati sebab bila kita siarkan iklan tu, tapi apa hasil pun tak ada..

    tapi ye la.. kalau siarkan iklan tapi tak ada kebaikkan untuk advertiser.. pun tak jadi juga

    BalasPadam
  26. Salam Zul..

    Berapa ppun yg kita terimalah dgn hati terbuka.Kalau usaha lebih insyaallah dpt lebih..lama2 nanti byk la tu.

    BalasPadam
  27. wah bos kita dapat be Nuff ar...

    BalasPadam
  28. benar kata org klu kena pada kesabaran dan usaha tnpa jemu pasti hasil tu akan dpt kita perolihi kelak :)

    BalasPadam
  29. Tahniah bro..just nak tanya sikit bro dh cashout yg ke berapa nih?
    Gua pun still sayang kat nuffnang nih..dan setakat ni mmg boleh dah cashout yg pertama, tapi malas nak claim lagi...saja dok biar kat dalam tu..hehehe

    BalasPadam
  30. @Yastro

    Tahun lepas saya dah cash out 2 kali
    tahun ni belum lagi..nantilah tunggu byk sket..
    :)

    BalasPadam
  31. x rugi kalo rajin ngadap komputer yak...andainyer ade masyukkk

    BalasPadam
  32. Apa pun tahniah diucapkan kerana ada sumber pendapatan tambahan yang terhasil dari aktiviti berblog :)

    BalasPadam
  33. tahniah bro...dapat cash out dan tak jemu2 dengan nuffy..saya punya nuff tu tak bergerak2..hehe...

    BalasPadam
  34. salam
    syukur alhamdulillah
    rezeki ni kita tak tahu nak datang dari arah mana

    tahniah, bro

    BalasPadam
  35. mesti trafik belog die tinggi ni..yelah 2 minggu boleh dpt cenggituh...:)

    BalasPadam
  36. biasanya sistem pengiklanan tak detect ip address sebab ip address sentiasa berubah-ubah apabila kita connect disconnect. yang tidak berubah & fix & unik adalah MAC address pc kita. dari situ mereka dpt detect fraud clicks

    BalasPadam
  37. @zulkbo

    Taun lepas ngan taun ni lom cash out lagi...hehehe

    Pelan2 kayuhhhh.....

    BalasPadam
  38. salam bro zulkbo... taknak komen pasal nuffnang tu sebab akan menyebabkan rasa bengang kembali bermaharaja lela..hahah....

    apa yang nak disebut adalah... tahniah kerana dah tukar domain...yezzzaaa...hehehe...

    baru perasan bro dah tukar domain ya??

    tahniah bro...

    BalasPadam
  39. Assalammualaikum

    Informasi terbaik ketika saya menunggu BE yang tak kunjung tiba...alhamdulillah kata2 awak memberi semangat Insya Allah

    BalasPadam
  40. rezeki seseorang adakalanya sukar untuk diduga.. kena berusaha untuk mendapatkannya..
    tapi jangan menipu pulak..
    tahniah bro..

    BalasPadam