Terkini : Tsunami Di Jepun Alasan Naikkan Harga



Salam semua, ini amaran yang dikeluarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga dan pembekal barangan keperluan pengguna agar tidak sesuka hati menaikkan harga barangan dengan alasan gempa bumi mahupun tsunami di Jepun semalam.

Realiti pihak yang bersikap lintah darah akan cuba mengambil kesempatan dari setiap perkara mahupun kejadian yang anggapan mereka dapat mempengaruhi pengguna padahal realitinya situasi tersebut langsung tiada kena mengena dengan faktor pengeluaran dalam negara kita.


Peniaga diingatkan tidak menaikkan harga barang keperluan sesuka hati dengan alasan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, Jumaat lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peniaga tidak ada sebab untuk berbuat demikian kerana kebanyakkan barang keperluan harian tidak diimport dari negara matahari terbit itu.

"Ada negara yang tidak membekalkan barang keperluan kepada Malaysia, jadi tidak ada sebab barang-barang keperluan dinaikkan,” kata Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera kepada pemberita selepas merasmikan penutupan kursus motivasi anak yatim Parlimen Bera di sini, hari ini.

Beliau berkata, ia berbeza dengan kenaikan harga barangan seperti bawang merah, bawang putih dan kentang baru-baru ini yang disebabkan negara pengeluarnya iaitu China dan beberapa negara Eropah dilanda banjir dan bencana alam.

Katanya, pihaknya akan sentiasa memantau harga barang di pasaran bagi mengurangkan beban rakyat.

Mengenai harga minyak, Ismail Sabri berkata, tiada tanda harga bahan itu akan turun berikutan harga minyak global semakin naik yang memaksa kerajaan menanggung subsidi lebih RM4 bilion lagi agar tidak membebankan rakyat.

Katanya, sepanjang tahun lepas, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10.3 bilion sebagai subsidi minyak dan barangan pengguna.

Walaupun subsidi itu membebankan, namun kerajaan belum bercadang menghentikannya, sebaliknya berusaha mencari kaedah lain bagi mengurangkan bebanan itu, kata beliau. - Bernama



Ermmm..ngerikan tengok jalan sampai jadi terbelah sebegitu,bersyukurlah kita di Malaysia ni masih aman dan jauh dari malapetaka gempa bumi.Tapi kuasa Allah siapa yang tahu?Setidaknya orang Jepun dah bersedia dengan semua ini.Bagaimana kita agaknya jika di takdirkan berlaku di sini?Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Mac 13, 2011

18 Komen:

  1. Ngambik kesempatan atas kejadian yang berlaku la ter...

    BalasPadam
  2. Assalam, semoga bala bencana seperti ini tidak terjadi di negara kita. Perlu diingat sama tidak akan turun sesuatu malapetaka itu tanpa ada sebabnya, tentu ada hikmah tersendiri dan allah amat mengetahui.

    BalasPadam
  3. eeelok pulak terbelah ikut line...

    deme ni kaya atas kesusahan orang lain je

    BalasPadam
  4. semoga negara kita di jauhkan dari bencana spt ini..

    BalasPadam
  5. mmg x patut jadikan alasan.. mungkin perlu recovery dari kejadian ttp harap guna pendekatan lain.. :)

    BalasPadam
  6. semoga semuanya akan okay nanti,

    selamat berhujung minggu bro,maaf broadband dirumah agak slow.. komen pun sangkut2

    BalasPadam
  7. menangguk di air keruh pulak diorang ye..mana boleh gitu...bersyukur la kita kat malaysia ni masih selamat semuanya..bebas dari bencana besar mcm ni..jangan lah amik kesempatan naik harga barang..huhu

    BalasPadam
  8. salam
    hidup bertuankan duit
    apa saja berlaku semua nak untung je

    BalasPadam
  9. huh..x relevan lngsung
    ape kaitan plak..hurmm

    BalasPadam
  10. Memang menyusahkan....bilalah peniaga Malaysia nie
    nak rasioanal...kerajaan kena ambil langkah awal...(tapi biasanya kita terkena ajer!)

    BalasPadam
  11. kalau harga minyak dinaikkan,
    lagi cepatlah harga barang melambung

    BalasPadam
  12. tengoklah teknologi pembuatan jalan mereka.. kena gempa bumi pun masih elok jalan tu..
    kat negara kita.. kena hujan dan lori pun dah hancur jalan..

    BalasPadam
  13. rasa takut bila duduk di mana jua...

    BalasPadam
  14. kita patut bersyukr sb di malaysia kita slmt..jauh dari bla tersebut...

    BalasPadam
  15. salam..

    Peniaga yg tamak cuma tunggu peluang & alasan nak naikkan harga brg..

    BalasPadam
  16. Tsunami kat Jepun, barang kat malaysia pulak yang naik harga? Ni tak adil betul lar....

    BalasPadam
  17. lorh..ada lak cenggitu, x adil la..x suka

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama18 Mac, 2011

    Kalau barang dari jepun mungkin la kite boleh terima, tp klau barang kite pun nak naik..mane leh..

    BalasPadam