Siapa Miera Leyana Kasmi





Miera Leyana ni merupakan seorang pelakon wanita yang berasal dari Johor. Usia masih muda lagi, 18 tahun (8 Ogos 1993). Miera juga merupakan pelakon wanita utama bagi drama bersiri dalam talian (d.b.t.) Luna Fantasiku dan drama ini merupakan merupakan kemunculan sulung beliau di dalam dunia lakonan.

Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya.

Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.

“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.

“Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.

“Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,” katanya kepada mStar Online.



NOTA KAKI: Ermm..realitinya saya bukanlah penggemar tegar drama melayu(minta maaf) sekadar terpanggil untuk memberi pandangan peribadi terhadap isu ini.Pandangan blog ini sebagai pelakun baru dan meningkat naik, bakat biarlah datang dari kualiti lakunan yang berkesan dan menjadi "role model" buat remaja lain bukannya dari kontroversi panas yang membuatkan semakin hari semakin saya jadi tidak berminat untuk menonton drama mahupun filem melayu.Sebagai seorang melayu dan islam,kita perlu tahu siapa diri kita?Tidak kira apa bidang pun yang kita ceburi sebelum membuat sebarang kenyataan di akhbar yang kadang-kala kelihatannya amat dangkal sekali kenyataannya.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mac 21, 2011

25 Komen:

  1. rasanya dia pernah berlakon drama kamelia katrina ngan elyana dulu...

    BalasPadam
  2. persoalannya...???

    takde ape yang nak disoal hehehehe..

    selamat kembali ke kuala lumpur , abg zul...buatla entri pasal lik kampong erk....

    BalasPadam
  3. Dah tgk gambar dia yg pakai seksi tu hmm...

    BalasPadam
  4. entahlah baru sehari dua ni kome kenal budak nih...

    BalasPadam
  5. Pelik juga kalau dia kata... dia tak perasan baju yang dia pakai tu seksi :(
    Entri berkaitan disini : "Miera Leyana - Tak Sedar Baju Terlampau Seksi"

    BalasPadam
  6. no komen.
    kalo komen sure paannnnnjang sangat nanti..
    hehe..

    BalasPadam
  7. hurm...tu la...tgk gak gambar tu...tp cara dia bg alasan tu mcm org xfkir sblm bcakap....

    BalasPadam
  8. "Statement" yang sangat kurang bijak!

    BalasPadam
  9. Tak payahlah bagi kenyataan terhadap isu tersebut.
    lagi bertambah muak jadinya.Macam abg zul cakap,biarlah bakat tu datang dari keupayaan diri,bukannya dengan melakukan perkara yang bukan-bukan.

    Saya sendiri pun memang semakin tak berminat denga filem apatahlagi drama melayu ni.

    BalasPadam
  10. he he he... dah lama kami maafkan dan dah tenguk pun

    BalasPadam
  11. da tgk gambar dia.
    komen?memang tak logik langsung.da tahu
    seksi pilih juga.then kata xlawa pakai tube la
    xperasan la..senang je nak naik nama.dgn cara koto
    pun sanggup.tp pas tu buat mcm xbesala.
    manusia.kan?huhu

    BalasPadam
  12. Tak kenal pun..tapi popoleriti beliau naik mencanak sekarang..

    BalasPadam
  13. salam.

    pandangan awak itu serupalah dengan pandangan saya.

    kiranya budak tu baik sikit. ada sesetengah tu marah kita balik "tak payahlah nak besar2kan" kata mereka.

    saya pernah buat entri mengenainya baru2 ini di sini. kalau ada masa jengahlah !

    http://al-lavendari.blogspot.com/2011/02/tak-payahlah-nak-besar-besarkan.html

    BalasPadam
  14. Pengarah dan penerbit jangan pulak ambil kesempatan kat perempuan yg masih mentah mcm ni. Bantu la pelakon muda dengan teguran yang membina.

    BalasPadam
  15. apabila menceburi bidang glamour ni mudah sangat tepengaruh dengan budaya-budaya negatif..
    yang membimbang kan anak2 kita yang menonton tv melihat aksi mereka.
    moga dijauhi dari perkara sebegitu..

    BalasPadam
  16. koi tak kenal pun sapa dia ni tapi koi rasa dia memang suka pakai macam tu. sbb tu statement dia pasal baju nmpk belakang tu macam tu.

    :)

    BalasPadam
  17. As salam..
    hehe..tak kenai pun...popular ke dia?
    Suka jgk tgk drama melayu kalau dah tak ada pilihan chanel lain tp tak pernah dgr pun tajuk drama tu...

    BalasPadam
  18. assalam..

    ckp n nasihat le camne pun, dia msuk kiri kuar kanan.. katanya disebalik kamera.. 'ada aku kesah!'

    BalasPadam
  19. dia sendiri pun dah boleh agak apa org akan cakap sekiranya dia tetap memakai pakaian begitu di khalayak ramai...

    tp nak buat mcm mana, terlajak perbuatan dah...

    BalasPadam
  20. dia ni mmg seksi la sy tgk dlm paper... aduh! sakit mata tgk.. hehe

    BalasPadam
  21. mudah2an dia sedar ..

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama21 Mac, 2011

    Make this as a lesson for you next time

    BalasPadam
  23. Gambar tersebut sudah diperdagangan didalam internet dan tidak dapat ditarik balik. Lain kali perlu lebih berhati-hati dimasa akan datang

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama25 Mac, 2011

    nobody perfect

    BalasPadam