SEJAK lagunya yang berjudul Friday menjadi popular di dunia maya, si penyanyi, Rebecca Black tampil membuat kenyataan dengan menzahirkan rasa sedih dan kecewa terhadap kritikan yang dilemparkan pendengar terhadap lagu tersebut.
"Semua komen yang pedas-pedas dilemparkan kepada lagu Friday itu membuatkan saya terkejut dan sedih. Kadang-kadang saya rasa dijadikan bahan umpatan di dunia maya," ujar Rebecca yang dipetik dari The Daily Beast.
Sebelum ini, lagu tersebut dikatakan sangat tidak berkualiti dan mempunyai lirik yang buruk. Bagaimanapun, Rebecca menyatakan bahawa dirinya sama sekali tidak terlibat dalam pembikinan lirik lagu Friday itu.
"Lagu-lagu yang berkaitan cinta-cinta dewasa yang lain saya belum mengalaminya, jadi saya memilih menyanyi lagu friday yang menceritakan tentang kehidupan remaja.
Biarpun, Rebecca diberi pilihan untuk mengeluarkan video tersebut dari laman Youtube, namun dia memilih untuk membiarkan sahaja dan beranggapan sukar untuk memuaskan hati semua pendengar.
Sebahagian pengkritik memberikan komen yang mengatakan lagu tersebut sangat teruk kualitinya.
NOTA KAKI: Biarpun seteruk itu komen di lemparkan oleh kebanyakkan orang terhadap video beliau, jumlah penonton video ini sudah mencecah 40 juta orang dan bertambah dari sehari ke sehari.Selamat menonton.
Mania ngat orgnya yak :)lagu tak best nombor 2 dah kabor dek org tu... hak penting manis :)
BalasPadamMemang ada yang tidak kena dengan kualiti lagu tu.. Kurang memuaskan. Tapi ramai orang suka!
BalasPadammanis ada... koi tak dengo lagu, nengok orang je dah la
BalasPadamBaru nak dengar ni...
BalasPadamtapi peminat ramei takpe lah!
BalasPadamAs salam...
BalasPadamku bukan peminat sesiapa....hehe..
suara tak ada tak apa, tapi paras rupa ada..
BalasPadamitu kan grend barat....