Apabila syariat Islam sudah mula dipraktikkan, menjadi tanda tanya di kalangan para remaja bagaimana seharusnya mereka lakukan terhadap pasangan masing-masing. Apakah diputuskan sahaja hubungan yang sudah terjalin? Atau kalau diteruskan bagaimana pula dengan hukuman Allah nanti?
Sebenarnya dalam persoalan cinta ini, memang tidak dapat dielakkan, bila sudah timbul keinginan terhadap seseorang, cinta itu akan datang sendiri. Perasaan itu adalah fitrah semulajadi yang tidak perlu diajar atau didatangkan. Sebab itulah Islam amat melarang pergaulan bebas kerana ia boleh merangsang fitrah dan keinginan kepada jantina lain itu.
Apabila seseorang sudah ada keinginan terhadap seseorang yang lain, ada jalan penyelesaiannya yang telah ditentukan oleh Islam. Jika ia mampu untuk berkahwin, digalakkan ia terus berkahwin. Jika tidak ia harus berpuasa untuk melawan keinginannya itu. Bagi mereka yang sudah mampu untuk berkahwin,waktu itulah diharuskan pihak lelaki meminang si anak dara tersebut.
Sewaktu majlis pertunangan itu kedua-dua pasangan teruna dan dara ini boleh dipertemukan dengan ditemani muhrim mereka. Dalam ajaran Islam, harus ditemukan supaya kita tahu apakah mereka setuju untuk meneruskan perkahwinan atau sebaliknya. Waktu kali pertama pertemuan itulah timbul rasa cinta antara mereka. Bila sudah berjumpa dan ada rasa hati, kahwinkan segera agar kehangatan cinta mereka itu boleh merangsang kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
Tapi apa yang berlaku di dalam masyarakat kita, setelah lebih tiga atau empat tahun bercinta, barulah mereka hendak memikirkan untuk mendirikan rumahtangga bersama. Ini sudah terlambat. Ibarat tebu yang hilang manisnya; tinggal hampas sahaja. Manisnya sudah hilang sepanjang masa perkenalan itu. Akibatnya bila mereka mendirikan rumahtangga, kasih sayang antara mereka semakin hambar.
Tidak pelik, jika kita dengar ada pasangan yang baru dua tiga bulan mendirikan rumahtangga, terus bercerai. Islam tidak mempersoalkan tentang sama ada perlu bercinta sebelum kahwin atau cinta selepas kahwin. Tapi yang dilarang ialah cinta yang berpanjangan sebelum kahwin boleh menyebabkan kehangatan kasih sayang itu akan terus malap setelah bernikah.
Justeru itu Islam sangat menggalakkan agar pasangan yang sudah jatuh hati antara mereka sewaktu bertunang dicepatkan proses pernikahan mereka agar kasih sayang terus bertaut dan tidak terus malap. Sebaliknya jika sewaktu bertunang, kedua-duanya atau salah seorang dari mereka tidak terpaut antara mereka, eloklah jika pertunangan itu diputuskan sahaja. Begitulah Islam memberi jalan keluar kepada persoalan cinta.
SUMBER:Halaqah.net
assalamualaikum..
BalasPadamsemoga batas pergaulan mereka yg sedang bercinta di luar sana terpelihara
Bercinta2 juga namun batasan dan hukum hakam perlu dipatuhi jika tidak menyesal dan merosak diri.
BalasPadamassalamualaikum
BalasPadamcheqna setuju dengan n3 ini...
memang ada pro n kontranya..
tapi apa yang cheqna baca ni memang banyak benarnya...
moga encik zul sihat sokmolah =)
salam..
BalasPadamterkesannya dgn entri ni cik Zul..sob2..
lmbt lg rasanya boleh mendirikan rmh tangga..hehe
nasihat sy buat remaja di luar sana, jika cinta sudah ada, kemampuan dah ada, keluarga pun dah bersetuju.. cptlah perkahwinan kalian kerana di dalam perkahwinan itu sudah sempurnanya sebahagian agama dan sesungguhnya ketenangan hidup bg seorang manusia akn sempurna dgn perkahwinan..oh, alangkah bahagianya berkahwin..la la la
As salam...
BalasPadamDuit x cukup lagi..lalala :P
ehem..ehem..zulkbo tgh bercintakah??
BalasPadampasangan muda sekarang selalu bagi alasan ingin kenal hati budi dulu sedangkan mereka tak tahu hati budi sebelum kawen tidak selalunya sama dengan selepas kawen..
BalasPadamcinta zaman skuloh... gone nok nikohnya...
BalasPadaminsyaallah...esk2 klu sy dh ada pasangan, sy nk cpt2 bertunang n kawen...
BalasPadamjgn ada yg kata sy gelojoh plak heheheh
السلم عليكم ورحمة الله
BalasPadamPenyusunan yang rapi di dalam penentuan jodoh perlu dirancang sebaik-baiknya agar kepincangan tidak dapat dielakkan.
Alhamdulillah...citer cinta koi tak lama sebab koi bercinta tak sampai sebulan terus tunang...kemudian 2 bulan terus kahwin(01/01/11) ...ermmm itulah yg bagi koi "benda yang haram boleh dihalalkan"..huhu betulkan kalau salah..huuhu
BalasPadamAs salam...
BalasPadamBest ke cinta sebelum kahwin? Mmg berani org yg bercita sblum kahwin. Berani hadapi kecewa...
cinta itu buta.. raban pun ada juga..
BalasPadamSalam zul,
BalasPadamBenar. artikel yg diberitahu adalah utk peringatan kita semua.
Bila dah NIKAH ni rasa tenang dan selamat serta terhindar dr fitnah dan dosa.
"Gigitan si Charlie yg berbisa"
cinta nafsu je tu...tu yang tak kekalnya...
BalasPadambetul tu.. elok dicepatkan perkahwinan setelah bertunang.. untuk elak pelbagai dugaan yang mungkin timbul kelak..
BalasPadamramai jugak y cintan cintun bagai nak rak kat luar, tp kawin baru sebulan dah nak cerai...minta jauh2 la dari keluarga kita
BalasPadamOrang kata cinta itu buta tapi janganlah sampai membutakan mata dan hati kerana cinta.
BalasPadammmg apabila bertunang cabaran dan dugaan nya lebih hebat, bila kita dah cukup dan mampu utk berkahawin wajiblah disegerakan..
BalasPadamsalam malam bro..
BalasPadamhuu becinta haruys waspada..jgn pegang2 huuu..
baik saya tak tunag lama kejap je heee tak smpi setahun pun heeee
BalasPadamKoi tak pandai bercinta...
BalasPadamTatu
kesian jugak kat budak2 arini..deme ni nak nikoh tapi bila fikir pasal duit....aduhaiii....!!Semua menda dah naik harga!
BalasPadamsetakat ni batas pergaulan masih dijaga. dan sentuh pompuan tu kdg2 fikir jg..hmm
BalasPadamsalam
BalasPadamcinta sepatutnya indah tapi sekarang ni dah jadi lain macam jadinya hehe
salam
BalasPadambanyak kes yang menangguhkan perkahwinan adalah kerana duit
tak mahu susah selepas kahwin
saya berpendapat langkah ini amat salah
kenapa perlu fikirkan soal duit?
hidup bercinta juga sedang menghabiskan duit
rezeki dan kesenangan tak akan berkurangan hanya kerana berkahwin secara sah
malah ia semakin bertambah lagi berkat
tak percaya?
mmg betul dan patut cadangan t, kalau dah rasa tak serasi, boleh saja dibincangkan semula semasa masih dlm bertunang kerana perkahwinan adalah sesuatu impak yg besar dlm idop, bukan hanya tempat untuk menyalurkan nafsu di tempat yg wajar.....
BalasPadamikut membaca dulu, sambil menngenal lingkungan
BalasPadamsenang cerita jangan tunggu lama2 kalau dah tiba masanya kan.. huhu
BalasPadamSy bercinta.. niat di hati mmg nk kwen... xnk la buat dosa dn maksiat... tp mksiat yg sy sbutkn di sini bkn la mksiat persetubuhan x hll tu.. Saya banyak bt dosa maksiat. Dosa2 tu saya buat bkn kerana jahil, tapi kerana ikutkan nafsu. Saya tahu apa yang saya buat tu salah, berdosa, dan mendatangkan murka Allah, tapi saya buat jugak. Family n kenalan mungkin xtahu pun dosa2 yg sy bt coz saya ni gadis yang sopan, menutup aurat walaupun masih belum sempurna (xbertudung labuh). Saya ni jugak agak menjaga ikhtilat dengan lelaki. Tapi, itu semua luaran saya. Dalaman saya amat kotor. Kadang2 saya menyesal, dan mohon ampun, berjanji dengan Tuhan untuk tidak mengulangi tapi akhirnya saya ulang lagi dan lagi. Sekarang, saya selalu memikirkan tentang dosa2 saya. Saya nak kembali pada Tuhan. Saya nak bertaubat dengan taubat nasuha. Tapi, bila saya dekatkan diri dengan Allah, saya rasa Allah jauh sangat dengan saya. Saya nak bertaubat, tapi hati saya belum membenci kemaksiatan yang saya lakukan. Saya berdoa supaya allah lindungi saya, matikan niat say untuk melakukan maksiat, tapi saya tewas dengan nafsu saya. Saya tengok ada orang betol2 menyesal atas dosa mereka dan membenci dosa2 mereka. Macammana saya nak adakan perasaan tu? Saya betul2 nak bertaubat, tapi bukan taubat seorang pendusta. Saya nak banyakkan amal ibadat macam solat sunat tapi badan ni rasa malas sangat. Saya ada terfikir nak masuk sekolah pondok, mudah mudahan ada orang bimbing saya dengan agama. Tapi masalahnya, saya skrg bljar lagi, untuk diploma dan ada setahun lagi. Dalam tempoh setahun tu, saya takut saya terus mengulangi dosa2 saya. saya takut saya tak sempat bertaubat. Nauzubillah... Sy dn tmn lelaki mmutuskn hbgn kmi, krna dia ingn kmi brubh... sy juga ingnkan pkara tsbut, tp mslh nya, sy sush utk mlupakn dia... Pnh sy cdgkn utk bkhwin, nmun krana mngnangkn diri yg msh blaja dn sudh tntu ibu bpa akn mmbntah kptsn ini, kmi hnya bdiam diri... Sy brfkir lbh baik bkhwin dpd mlakukn dosa, nmn ibu bp solh2 x mmhmi keadaan ini.. mrka cuma ingnkn kmi bkrjya, bkn brkhwin... skrg, sy brasa amat runsing...
BalasPadam