Penyalahgunaan Internet | Geng Mudah Dot Com Pantai Timur Tumpas





"Geng Mudah Dot Com Pantai Timur" yang menggunakan laman sesawang untuk menjual komponen kereta curi dengan keuntungan mencecah RM60,000, berjaya ditumpaskan polis menerusi dua serbuan minggu lepas.

Dalam serbuan di Seri Kembangan dan Puchong itu, enam orang termasuk sepasang kekasih yang kesemuanya berusia antara 20 dan 30 tahun berjaya ditahan.

Mengulas modus operandi geng yang aktif sejak Januari lepas itu, Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias berkata kumpulan tersebut mencuri kereta di sekitar Lembah Klang sebelum meleraikan komponen yang kemudian diiklankan menerusi laman web. ​

"Gambar komponen-komponen kereta itu akan dimasukkan ke dalam laman web untuk disebarkan kepada pelanggan. Selain itu mereka turut menjualnya kepada pelangggan di kawasan Pantai Timur dan untuk kegunaan sendiri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengulas serbuan pada Isnin itu, Abd Razak berkata tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki kira-kira pukul 4 petang di sebuah rumah di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan.

"Dalam serbuan itu kita rampas satu enjin kereta yang dicuri di kawasan Bukit Jelutong, pelbagai peralatan yang digunakan untuk kegiatan meleraikan komponen kereta dan komponen-komponen kereta yang telah dileraikan dipercayai untuk dijual kepada pelanggan," katanya.

Abd Razak berkata sejam kemudian, polis menyerbu sebuah rumah di Bandar Saujana Putra, Puchong dan menahan dua lelaki serta merampas satu komputer riba, peralatan untuk mencuri kereta dan nombor pendaftaran kereta yang dicuri.

Setengah jam kemudian polis menahan dua lelaki dan seorang wanita di hadapan rumah itu serta merampas satu paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu dan sehelai baju pantulan cahaya tertulis perkataan "POLIS".

Hasil tangkapan kesemua mereka, polis menemui semula empat buah kereta jenis Mazda, Proton Saga, Wira dan Satria yang telah dileraikan komponennya dan ditinggalkan di kawasan Bukit Jalil, Seri Kembangan dan Puchong.

Abd Razak berkata perintah reman ke atas mereka juga telah dilanjutkan tujuh hari lagi bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. 

BERNAMA

NOTA KAKI: Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Pengajarannya janganlah mencuri, kemudian jual pula barangan curi tersebut menggunakan laman sesawang. Kepujian harus di berikan pada pihak polis yang berjaya menumpaskan kumpulan ini yang nampak semakin berani menggunakan laman web untuk kegiatan urusan jual beli mereka.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Mac 30, 2011

13 Komen:

  1. Sesungguhnya perbuatan jahat akan dibalas dengan kejahatan jua.

    BalasPadam
  2. bijak tak bertempat..

    BalasPadam
  3. As salam..

    Owh..rupanya barang curi yg dijual..
    my hubby rajin jgk tgk2 brg2 kereta kat mudah tu tp tak pernah beli lg, takut tertipu..

    BalasPadam
  4. jarang nak beli barang kat mudah, takut tertipu..tp licik kan penyamun tarbus ni..dia da rembat2 pastu jual kat mudah..bijak2..

    BalasPadam
  5. Huhh...besor ngat dh untung deme tu...bijak2 penjenayah skg, tapi lagi bijak pihak polis!!
    Tahniah PDRM.

    BalasPadam
  6. sungguh tak terjangka
    laman web mudah juga digunakan oleh mereka ni
    [apa kata relaikan pula anggota mereka]

    BalasPadam
  7. terbaik punya...

    nih yang dah kantoi... yang belum?

    BalasPadam
  8. alhamdulillah, abg zul..

    saya percaya pada polis kita dari dahulu lagi..mereka memang cekap..syabas untuk PDRM...

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama31 Mac, 2011

    laman web mana pun boleh digunakan oleh sesiapa - jangan jadi 'narrow minded' dengan mengaitkan perbuatan ini dengan laman web. Manalah orang tahu benda ni benda curi? bukanya nampak dari iklan pun

    BalasPadam
  10. As salam...

    Mewah sekejap,dok 'dalam' lama..huhuh

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum...

    Benda yang tak berkat, pasti akan mendapat balasannya

    BalasPadam
  12. wah..wah..terbaiklah..cekap juga polis Malaysia ni.. :D

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama17 Ogos, 2011

    jgn disumpah deme tu seme...kesian kat budak2 tu..mgkin tersalah pilih jalan..harap deme tu dah insaf

    BalasPadam