"Terus-terang saya sendiri tak suka dengan apa yang telah berlaku ini. Saya juga rasa seperti diaibkan bila melihat kembali gambar itu. Apa tidaknya, ia melibatkan maruah saya, sudah tentu saya rasa rasa kesal. Tapi, tak banyak benda yang saya boleh lakukan.
"Jika saya boleh ulang kembali masa, saya memang mahu perbetulkannya. Tetapi, kini tak banyak yang saya boleh lakukan selain mengambil pengajaran atas apa yang berlaku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
"Mengenai maruah sebagai seorang yang beragama Islam pula, saya tak mahu bercakap apa-apa kerana ianya sangat sensitif. Bagi saya semua itu hak masing-masing. Saya tak mahu mengulas lanjut saya juga tahu akan hukum-hakam Islam.
"Bagi saya, Tuhan sahaja yang layak untuk mengadilinya bukan orang lain yang sudah tentu tak mengenali diri dan hati budi saya. Cuma saya nak beritahu orang ramai jangan judge saya hanya dari pakaian saya semata-mata tetapi kenal hati budi saya dahulu sebelum mengkritik," jelas pelakon drama Kemalia Katrina ini.
Apabila ditanya, bagaimana reaksi ibu bapanya tentang kontroversi yang melanda dirinya, Miera Liyana memberitahu, dia bersyukur kerana dia dianugerahkan keluarga yang sangat memahami dan sentiasa menyokongnya.
"Alhamdulilah, ibu bapa saya memahami atas apa yang berlaku, biarpun pada awalnya, mereka agak terkejut. Kini mereka terus memberi sokongan terhadap diri saya supaya saya tidak terlalu tertekan dengan apa yang berlaku.
MURAI.DOT.COM
NOTA KAKI: Alhamdulillah jika ada rasa penyesalan dan insaf dari empunya diri. Selalunya pengalaman mendewasakan sesorang, harapan blog ini tiadalah lagi gossip sebegini dalam dunia artis. Masyarakat Malaysia memang kaya dengan adab sopan dan nilai moral di pentingkan. Sebagai remaja dan personaliti yang di tatap di media sepanjang masa adalah tanggungjawab artis tersebut menjadi contoh buat remaja yang lainnya. Bukan niat para blogger hendak membuka aib seseorang, cuma teguran dan harapan akan ada perubahan demi kebaikan semua orang.
Entri Berkaitan
lailahaila anta subhanaka inni kuntu minazzolimin
BalasPadamRasa kekesalan itu juga sebahagian daripada iman.
BalasPadamkalau anak saya pakai camtu, saya takkan diam....xkan nak cool dan memahami..atleast tegah lah..semoga dia x ulang lg kesilapan yg sama.
BalasPadammenyesal biar bersudah.... jangan sekerat jalan...
BalasPadamx kan nak kata teraniaya?dia boleh menolak utk pakai pakaian tu kan?
BalasPadamsalam,
BalasPadamsaya dpt email pasal artis pompuan ni...
memang seksi giler baju yg dia pakai...
ini artis suam2 kuku ni kot
tak kenal la...
huhu seksi gitu..
BalasPadambest best......gamabar dah terkeluar,, cerita dah habis... tonton sajalah simpan buat kenangan
BalasPadamapasal tu sgn kes atas sy kurg faham huu...
BalasPadamjarang pulak bli surat khbar huuu
hoo pakai seksi..rasanya mmg kbykanb artis suka pakai seksi...
BalasPadammudah2an kalau sudah mengaku tahu hukum hakam islam, jangan hanya pada mulut. kalau tidak, sama sperti persendakan hukum Tuhan
BalasPadammasih muda.. masih boleh mperbaiki diri ingat trlajak perahu boleh diundur tlajak kata .trlajak
BalasPadampbuatan myesal x sudah...
ayat nak popular le tu...
BalasPadamsalam zul..
BalasPadamcara mudah utk meraih publisiti..mustahil dia tak tengok dulu baju tu sblm pakai & masa pakaipun mesti dia dah boleh nampak bagaimana keadaannya.
tak taulah nape artis kt Malaysia ni selalu bg komen yg menampakkan kebodohan diri sendiri..kalau dah tahu bab Islam tu sensitif, apsal buat jgk perkara yg boleh menyentuh sensitiviti Islam tu..lps dah buat barulah terhegeh2 ckp menyesal lah..pk lah masa nak buat tu..haiiiiyaa..rasa nak pelempang je..marah ni. :D
BalasPadam