Mamak Kasi Potong Pendek aaaa...BIASA !





Salam semua, hari ini saya hendak berkisah tentang kedai gunting yang menjadi kegemaran saya.Rasanya tukang gunting inilah yang paling bertuah dalam dunia.Nak tahu kenapa?Sebab dialah yang bertuah kerana dapat menepuk, dan memegang kepala saya.Kalau orang lain dah kena luku balik kepala dia he he..

Terletak di Taman Sri Watan, kedai gunting mamak ini sudah saya langgani semenjak saya mula datang ke Taman Sri Watan kira-kira 15 tahun dahulu.Ermmm..bayangkan, dari kedai tepi jalan yang bumbungnya serba tak siap sampai sekarang menyewa di rumah kedai berhampiran,layanan dan cara guntingnya memang saya senangi.

Dia panggil saya BOSS..rasanya semua orang pun dia panggil BOSS..biasalah, nak bodek pelanggan gamaknya.Tu yang pandai india ni cari makan.Baik dulu sampai sekarang sama sahaja cara dia gunting rambut.Cuma harganya yang semakin lama,semakin naik..adatlah memandangkan semua barang pun naik, maka beliau pun mengambil kesempatanlah.

Selepas saya kini tibalah giliran Zul jr, anak lelaki saya yang seorang sahaja ini.Dia pun sekarang dah jadi pelanggan tetap kedai mamak ni.Kalau dulu seawal umur 2 tahun saya dah biasakan dia menggunting di kedai ini.Mula-mula dulu menangis jangan cakaplah..siap meraung lagi kerana takutkan "orang hitam" katanya..(memang agak gelap india ni.)


 
Sekarang dah steady..anda lihat lah wajah beliau,dah macam saya pula.Bila masa mamak ni gunting saya pun suka lentok sekejap (asyik) sekarang.."like father like son"...he he..dia pun dah pandai layan juga ye?Wassalam.





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mac 22, 2011

23 Komen:

  1. Hello Zulkbo,
    like father like son betul bro..hehe.

    BalasPadam
  2. org india memang hebat bab² gunting rambut ni..
    merata tempat mesti ada punya.. hehehe..

    BalasPadam
  3. As-salam bro zul..

    ada mirip bro zul jugak kan..mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan...:)

    nasib baik lah masih belum pupus barber india ni..mana2 pun, kedai gunting rambut tradisional jugak yang dicari..kan..stail tuu yg mahal..

    BalasPadam
  4. Perkara yang paling saya tak suka ialah pergi ke kedai gunting. Tetapi tetap kena pergi juga kerana mahu nampak kemas..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum sdra..

    Moga sihat hendaknya..tak pernah lagi gunting rambut di kedai orang india & kat sini memang sukar nak cari..:)

    BalasPadam
  6. heee koi sendiri pegang kepala, sendiri potong, sapa pon tak bley pegangg

    BalasPadam
  7. Kala dapat kedei yang tau citarase kite memang tak ke lain dah

    BalasPadam
  8. Salam Zul, supa kedai gunting india kat bandar kawan nie rege naik tiap bulan terkini 8 hinggit sekepala x campo cukur dll :(

    BalasPadam
  9. As salam..
    Abg Ipar saya kerjanya gunting rambut la.
    Katanya, mengikut beberapa org pelanggan tetap, mereka tak boleh gunting dgn tukang kain sebab akan rasa pening dan sakit kepala. Sudahnya kedai gunting abg ipar saya yg jadi pilihan. Kalau kedai tak buka, pelanggan siap telefon tanya.

    BalasPadam
  10. dulu masa kecik2, suka teman papa ieda g gunting rambut, kite tgk aje :)
    BENGONG! AKU SENTAP TAU! DAH BUAT REPORT KAT ABANG POLIS!

    BalasPadam
  11. en suami sini mari cari org india juga,pas habis d gosok di tepuk pala..kasi gegar..kasi urut tengkuk..depan blkag huuu..

    sampi suami pun sllu jer tdur tiap kali rambutnya d gunting heee

    BalasPadam
  12. klu blik kg ayah dah mmg beli set gnting rambut yang karen tu heee.. lagi mudah dan cepat..jimat ya heee..karg klu ke kedai mau gak klrkan wet rm 10 ke rm 15 huuu

    BalasPadam
  13. untungkan tukang gunting, senang2 je pegang kepala orang...hahaha....

    BalasPadam
  14. salam cik Zul..
    perempuan kalau ptong rambut kat kedai pun puas hati jgk..dpt ikut citarasa :D

    BalasPadam
  15. ayah saya pun ada tukang gunting faveret dia.. walaupun jauh dr umah, sanggup pegi sebab dah serasi dengan mamak yg potong rambut tu heheheh

    wah...dh besar dh anak en.zul ni erk... ;)

    BalasPadam
  16. kalau servis terbaik.. harga naik pun tak kesah

    BalasPadam
  17. samalah dengan orang2 di sini...gi kedai india yang satu itu aje le...kasi gunting pendek! diorang pun dah lali dengan pelanggan tetap ni...2 minggu / paling lama sebulan pergi lah hubby ke sini...anak2 balik pun ke sini jugak! teror orang india ni...orang kita???

    BalasPadam
  18. tread mark kedai gunting dari dulu hingga sekarang ada benda yg berbelang warna-warni yg berputar kat sblh signboard kedai....

    BalasPadam
  19. Ha ha..cangkul borong..

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  21. aku dah 15 tahun Mrs yg gunting sebab ada saloon kecil2an..jimat belanja..kalau ada blogger nak datang gunting rambut mari arrrgh...follower ada discount..hehehe..promosi la ni..

    BalasPadam
  22. salam
    "like father like son" hehe

    saya pulak dah bertahun tak singgah kedai gunting
    guna mesin je, no 4 hehe

    BalasPadam
  23. jarang sangat bro update entri pasal family..saya lebih suka baca kisah macam ni..rasa dekat dengan rakan blogger...T_______T

    BalasPadam