KardioMate Pengganti Garam Berkhasiat Tinggi Ciptaan UPM


Menerusi penyelidikan selama sembilan tahun dengan geran berjumlah RM500,000, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan produk alternatif kepada garam.

Dinamakan KardioMate, produk yang dihasilkan daripada tumbuhan laut dan darat itu mempunyai ciri-ciri antioksida yang tinggi, kandungan natrium yang rendah serta kaya dengan serat dan mineral penting seperti magnesium dan kalsium.

Salah seorang penyelidik, Prof Dr. Suhaila Mohamed berkata, KardioMate sesuai untuk semua pengguna berusia empat tahun ke atas, terutama bagi penghidap tekanan darah tinggi serta masalah kesihatan lain seperti obesiti, diabetes, kanser dan kolestrol tinggi.

“Produk ini membantu mengawal tekanan darah yang berlebihan, membantu pengurusan berat badan serta melindungi mata, hati, jantung, ginjal, tulang, kulit, otak dan saluran darah serta melawan kerosakan mengunkai (degenerative) yang terbukti kesannya melalui kajian terhadap haiwan.

"Selain itu, ujian makmal juga menunjukkan ia berjaya membunuh kanser sel manusia terutama kanser payudara,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - Bernama

NOTA KAKI: Ermmm..harapan bila masuk di pasaran nanti tidaklah terlalu mahal harganya dan mudah di beli selain mudah di dapati. Masakan tanpa rasa garam memang tak sedap, jadi harapan saya pengganti garam ini nanti, selain sihat dapat dibuat alternatif dalam masakan Malaysia akan datang.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mac 29, 2011

13 Komen:

  1. salam..
    emmm..salah satu alternatif yg baik nih..
    harap pun begitu lah..kalau harga terlampau tinggi tak guna jugak..wait n see..

    BalasPadam
  2. Wahh penemuan menarik tu! Syabas kepada para saintis tempatan!

    BalasPadam
  3. Gamaknya tak dpt sepeket 80sen zul :)

    BalasPadam
  4. UPM tu U saya dulu tu...ceh ayat nak tumpang semangkuk...

    BalasPadam
  5. Harap harap cepatlah di kormesialkan...

    Asam Rom

    BalasPadam
  6. slalu dengo orang kita cipta n produce macam2 tapi nak cari kat pasaran payoh bebeno

    BalasPadam
  7. huh memang menarik nih

    harap2 regenye lebih kurang garam biasa sekarang nih

    BalasPadam
  8. As salam..
    Wahh...Lagi entry berkaitan garam..
    Harap2 tak la mahal dan boleh dibeli..

    BalasPadam
  9. salam
    pilihan yang sangat bagus ni
    agak2 bila masa akan masuk pasaran?

    BalasPadam
  10. wahh... terbaeklah prof aku.. bangga menjadi anak muridmu.. peace..

    BalasPadam
  11. salam ziarah

    selamat dtg ke blog sy dan menjadi follower sekali k

    BalasPadam
  12. A'kum Prof, If this is true i would like to purchase this product. Where can i buy this. Can u please email me (mohd.ijam78@gmail.com) the details and if possible more info on this product. Also is this product suitable for a person that's already undergoing chemo treatment. Would this product react to any medication or chemical. Hope u will reply back to me with ur contact info. Thank you. Salam..

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama06 Mei, 2011

    ALHAMDULILLAH TAHNIAH MEMANG SY KAGUM DGN UPM DALAM SOAL PRODUK YANG BERKUALITI MACAM INI MOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA KALIAN. SELAIN MEMBINA PRODUK BARU DAPAT JUGA MEMBANTU MENYELAMAT HAYAT INSAN DI MUKABUMI INI...........INSYALLAH

    BalasPadam