Isterinya Orang Cantik Belaka





Salam semua, pernahkah anda mendengar pepatah cina  "ISTERI ORANG IKAN EMAS,ISTERI SENDIRI IKAN MASIN". Memang panas hati kalau dengar dek si isteri masing-masing seandainya perkataan ini keluar dari mulut si suami sendiri.Tapi itu pepatah cina dan realitinya di dalam kehidupan kita seharian, pernahkah anda terfikir sedemikian?Jika ada , mari kita kongsi apa yang ingin saya utarakan di sini.

MENARUH HATI TERHADAP WANITA YANG SUDAH BERSUAMI TANDA PENYAKIT HATI
Salah satu gejala daripada ketidak-normalan jiwa ialah sikap menaruh hati dan berkeinginan terhadap wanita-wanita yang sudah mempunyai suami. Kerana itulah, maka Allah memberi nasihat kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

‘Hai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak sama dengan seorangpun dari wanita-wanita lain jika kamu berbakti. Maka janganlah kamu berlembut kata (kepada lelaki lain), kerana akan menaruh harapan (akan timbul keinginan) orang yang hatinya ada penyakit melainkan ucapkanlah perkataan yang sopan.’

(Q.S. Al-Ahzab, ayat 32)

Di antara ahli tafsir ada yang mentafsirkan pengertian penyakit dalam ayat tersebut sebagai syahwat zina. Keterangan ini logik kerana orang yang normal fikirannya tentu dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang halal dan mana yang haram. Adapun orang cenderung kepada hal-hal yang tidak wajar dan menyimpang dari nilai-nilai moral maka ia dipandang sebagai kelakuan yang tidak normal.

Jadi buat rakan pembaca semua, mulai hari ini sesamalah kita muhasabah diri dan sayangilah pasangan anda seadanya.Ada masaalah bawalah berbincang dan selesaikan cara baik agar kebahagiaan di kecap hingga ke akhir hayat.Wassalam.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Mac 02, 2011

46 Komen:

  1. Ikan masin sedap weh..nak pulak kalau ikan talang..masak lemak sama pucuk ubi kayu muda..perghh!

    BalasPadam
  2. tajuk yang saya suka. bukan hanya ikan masin ,ikan pekasam lagi sedap, masam masam masin.. subhanallah.. apa yang saya lihat mereka jatuh cinta lebih dahsyat dari orang muda... mabuk kepayang

    BalasPadam
  3. nafsu memang gitu hok terlarang tu manjang nampak cantikkkk

    BalasPadam
  4. ikan masim lebih mahal dari ikan mas weh deme...

    BalasPadam
  5. ikn masin...?? sedap!!

    BalasPadam
  6. itulah antara kehendak manusia yg tak terbatas luasnya. apa yg ada jarang disyukuri dan apa yg tiada itu yg ingin dimiliki

    BalasPadam
  7. pest time dengar pepatah ni..

    tapi realitinya memang cenggitu la..kalau barang kita sume nmpk buruk..kalau orang punya sumenya cantik..

    tanda2 orang x bersyukur la tu

    BalasPadam
  8. Susah kalau sudah ada penyakit hati.. yang haram akan nampak indah! Semoga dijauhkan!

    BalasPadam
  9. yang penting ikan masin memang sedap dimakan..huhu

    Latest Entry :
    -> Sila Klik Sini

    BalasPadam
  10. ikan masin saya mkn..tp pekasam blh buat saya pitam dan pengsan

    BalasPadam
  11. Ikan pekasam masin, kena dgn nasi panas2... huyyyyooo.. tak pandang kiri kanan doh.. satu pun cukuk doh. huhu..

    BalasPadam
  12. assalam.. betol3 ikan masin sedap pe

    BalasPadam
  13. Salam zul, ada juga org tua2 kita kata.. isteri yang cantik itu isteri orang ramai... kenapanya kawan pun tak tahu :(

    BalasPadam
  14. lawak la pulak bunyi nya pepatah cina tu..hmmm....ikan emas cuma hiasan je la...nampak cantik...:)

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama02 Mac, 2011

    salam zulk..hehe..ikan masin sekarang ni mahal sebab ramai yg suka makan kan..tetapi membanddingkan isteri dgn ikan masin rasanya tak sesuailah kan..kecil hati orang sebelah..

    BalasPadam
  16. huu ada cam tu pulak hiii..tak pernh dgr tul pepatah yg benar2 unik tue :)

    BalasPadam
  17. apa yg ada kita Suri amat bersyukr padaNYA..
    Alhamdulillah..

    BalasPadam
  18. bahaye tu.....kalo takmboh layan takpe...asei dilayan je....tu yg terlampau jadinyer...

    BalasPadam
  19. manusia memang mcm itu

    BalasPadam
  20. ikan mas xleh mkn..leh tgk je..ikan masin mkn ngan nasi panas..perghh..layan :p

    ape pun..bersyukur dgn apa yg ada..kalo waktu mula2 dulu kita leh terima baik buruknya..kenapa leh timbul isu2 ikan masin ni semua kan :)

    BalasPadam
  21. salam,
    ikan emas dibela, diintai, dipandang..
    lebih bernilai si ikan masin..
    :)

    BalasPadam
  22. x pernah dengar.. apapun isteri sendiri juga yang paling lawa ..

    BalasPadam
  23. As salam..
    Ikan Emas boleh tgk je...
    Kalau ikan masin/kering, boleh makan dengan nasi, cicah ayaq asam, sedap ooo...

    BalasPadam
  24. jangan makan banyak sangat ikan masin..nanti darah tinggi naik lah..ikan emas bukannya nak makan pun..saja buat perhiasan aquarium..hobi la katakan..memelihara ikan emas..uhuk..uhuk..

    BalasPadam
  25. Dah ramai manusia macam ni skrg..., harta org lain jga yg sedap....

    BalasPadam
  26. Salam Zul..

    Ikan emas mmg cantik tapi utk dibuat hiasan..maintenance pun tinggi, nak kena sediakan pump udara kalau tidak cepat mati..
    Ikan masin tahan lasak jemur tengah panas no hal punya hehe..
    p/s-dah jadi en3 ikan masin dah ni hehe..

    BalasPadam
  27. Ikan masin lagi sedap kalau makan dengan pulut campur kelapa waktu pagi hehehe :D

    BalasPadam
  28. Rasa malu pun ada bila baca berita2 macam ni di surat khabar. Entah apa ada dalam fikiran diorang ni..


    Nauzubillah Min Zalik.



    ikan masin tu yang sedap.Berbau busuk tapi menambat selera. Ikan emas pulak, harapkan rupa aje cantik tapi tak boleh di makan.

    BalasPadam
  29. Assalamu'alaikum Zul

    Bila tak dapat dibendung perasaan seperti ini.. maka fitnah yang lebih besar berlaku.. mudah2an kita dilindungi oleh Allah.. amiin

    BalasPadam
  30. ikan masin gak jadi mangsa. huhuu...^_^

    BalasPadam
  31. ikan masin sedap ape leh mkn..ikan mas x leh mkn..hihihi

    BalasPadam
  32. assalamualaikum,

    ikan masin juga tahan lama...

    i love u my wife...

    BalasPadam
  33. Salam En.Zul,

    Sebenarnya, samaada 'ikan mas' atau 'ikan masin'
    adalah pilihan sendiri.Sebelum kawin, boleh saja buat pilihan.Nak ikan mas, maka, dapatlah ikan mas, kalau dah pilih ikan masin, ikan masin lah dapatnya.

    Janganlah dah beberapa tahun kawin baru terperasan pilihan tak tepat.....

    BalasPadam
  34. mmg saya pernah dgr pepatah ni. dan realtinya mmg betul.

    jika kena pd batang hidung sendiri agaknya br nak insaf,iaitu kalu ada org minat kat 'hak milik' kita.
    tapi kalu jatuh hati kat anak dara orang tak salah kan

    BalasPadam
  35. istilah ini dikaitkan dengan cinta pejabat..sangat bahaya tue..terlebih mesra bila kat pejabat huhuhuhhhhh

    BalasPadam
  36. Ingat hukum Islam bila dh 'terjatuh" hati ngan bini orang....
    pas tu lak, Fikir yg ni...apa perasaan kamu, bila jantan lain lak jatuh hati ngan bini kamu....suka??

    BalasPadam
  37. ingatlah jgn sesekli bermain dgn hati dna perasaan selain dr suami/isteri anda heee

    BalasPadam
  38. org tak berakal jer yang minat dengan bini org ni....

    BalasPadam
  39. salam bro..
    apa khabar?
    kesetiaan & kejujuran tu pting dlm mmbina hubugan..

    terus ingt pasa entri Qis ..blog cinta

    BalasPadam
  40. ikan mas ikan masin?

    best ikan masin boleh makan dgn gulai ade guna nye

    ikan mas? ape ade? habis bagi makan je, nok buat lauk pun x boleh, dah tu gemuk tergedek-gedek je mcm org malas hehehe

    BalasPadam
  41. ikan emas cantik tapi boleh dipandang je..ikan masin hok kecut te la sedaknye..kitnye ikan fresh lagi sedap..manis² je isinya... =D

    BalasPadam
  42. yang baik di jadikan tauladan
    yang buruk dijadikan sempadan ..

    BalasPadam
  43. Err takutnya.. minat kat bini org bahaya sangat tu. Tapi kawe tahu ramai boss2 kat GLC suka bini org sbb kononnya lebih selamat. Dia tak mintak kawin. Byk kes2 sexual harassment berlaku. Bahaya betul mainan diaorg ni...

    BalasPadam
  44. salam
    hanya sesekali je makan ikan masin
    hehe

    BalasPadam
  45. bersyukur dengan apa yang ada.... :-)

    BalasPadam
  46. ikan masin tidak selalu di makan kalau dibandingkan dengan ikan2 lain...

    BalasPadam