Gambar Sekitar Tsunami Jepun 11-March-2011


TOKYO: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter (30 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan.

Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.

Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.

Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian.Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun.

SEMENTARA itu, Jabatan Kajicuaca Malaysia menggesa orang ramai menghindari kawasan pantai Labuan dan Sabah ekoran kebimbangan ombak besar dan kenaikan paras air laut akibat gempa bumi di Jepun.

"Paras air dijangka naik di pantai sekitar Labuan dan Sabah menjelang jam 6 petang hingga tengah malam ini," kata jabatan berkenaan.Dalam pada itu, Bilik Operasi Wisma Putra berhubung gempa bumi di Jepun telah diaktifkan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian-talian berikut;
03-88874570
03-88892746
03-88892830
03-88892380
03-88884770










Entri Berkaitan:


Sumber:
  • m Star
  • www.theglobeandmail.com



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Mac 12, 2011

19 Komen:

  1. Tanpa Nama12 Mac, 2011

    salam zulk,apa khabar..gerun makcik melihat rakaman gambar2 tu..berbanyak syukur kita pada Allah yg kita tidak mengalami keadaan sebegitu.

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum Zul

    Jika dibandingkan kesukaran di sana nanti ibarat secubit kek yang dirasa daripada sebiji kek.. begitulah perumpamaan yang selalu dibuat.. em takutnya!

    BalasPadam
  3. kun faya kun ..

    syukur negara kita tidak terlibat. bukan sahaja tsunami tetapi juga lain2 bencana alam.

    sesungguhnya bumi kita memang di rahmati Allah.

    p/s: nak tanya sikit PR checker tu reliable ke ?

    BalasPadam
  4. Allahuakbar! Moga segalanya baik2 saje..

    BalasPadam
  5. mlm td tgk berita...gerun tgk air yg menenggelamkan smuanya.... kebakaran dan juga gempa...

    semoga Allah melindungi kita semua..amin...

    BalasPadam
  6. @al-lavendari

    PR checker tu memang di gunakan semua blogger..rasanya boleh di harapkan...bila kita dah dapat yang terbaik kena maintain..tidak google akan penalti dan jatuh balik ranknya..(lagi besar PR lagi baik)

    BalasPadam
  7. As salam...

    Tsunami terburuk kan..
    Sikit sebanyak kita akan terjejs gak nt dr segi ekonomi...

    BalasPadam
  8. risau jugak..
    kami berada di sabah ni..

    BalasPadam
  9. Mus-kt doa sama2 biar tak smpi ke sabah bah
    tsunami mmg berasal dari jepun.. baru je bc paper pasal aceh nak bangkit semula lepas tsunami tetiba jepun pulak kena tsunami.. jauhkan lah

    BalasPadam
  10. Aku dah ramal dah tapi 19hb Mac..cepat sikit..tak sempat nak lari naik pokok kelapa nampaknya org Jepun walaupun masa mereka datang Tanah Melayu habis Melayu naik panjat pokok kelapa.ketakutan..munkin termakan sumpahan org kita 1941...

    BalasPadam
  11. salam
    satu bencana yang sangat dahsyat
    harap tempiasnya tak akan sampai ke sabah

    BalasPadam
  12. As salam..
    Takut tgk..
    Nauzubillah...

    BalasPadam
  13. Di Sabah, kena tempias hujan lebat. Semoga hujan reda esok nak ke Kota Marudu.

    BalasPadam
  14. Pasti ade sesuatu yg Allah ingin beritahu kepada kita mengenai trajedi yg terjadi

    Terkini dari AUC dot com: JANGAN korbankan nyawa rakyat PAHANG!

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama12 Mac, 2011

    di Pahang pon ade tempias hujan lebat gak..hampir2 nk mnenggelamkan KMTPh..

    BalasPadam
  16. hamba Allah16 Mac, 2011

    Inilah kebesaran Allah, kita tidak boleh melawan Allah.Setiap negara ada malapetakanya, cuma kita tak nampak.Kepada Pemimpin2 negara islam, ikutilah ajaran islam, laksanakanlah hukum2 Allah supaya dunia nampak keamanan dalam islam.

    BalasPadam
  17. assalamualikum....
    drpd bencana ini,ALLAH S.W.T. baru tunjukkan sikit gambaran pd hari kiamat....ini baru sikit..bayangkan lah...pd hari kiamat nnt,segala bencana akan berlaku serentak dlm waktu dan masa yg same...oleh itu,byk iktibar yg perlu kita ambil drpd ini...bencana ini adalah peringatan drpd ALLAH untuk kita..renung2 kanlah...

    BalasPadam