Gambar Sekitar Projek Besar zulkbo



Salam semua, pulang ke kampung halaman Jengka 3 Jumaat hingga Ahad lepas atas tanggungjawab memeriksa projek besar keluarga untuk menaiktaraf rumah ayahanda bonda.Projek ini telah lama di rancang kami adik beradik,masaalah kesibukan untuk menyelia projek membataskan kami merealitikannya.

Seramai 8 adik beradik kami berpakat untuk menyiapkan projek ini sebelum tibanya hari pernikahan adik perempuan saya yang terakhir cuti penggal persekolahan akan datang.Pada yang mungkin tidak menyumbang dari segi kewangan cukuplah sekadar memberi pandangan ataupun tenaga mereka untuk projek ini yang agak tinggi juga kosnya.

 
Tiba di Jengka sekitar 2.30 petang di sambut dengan hujan lebat.Kelihatannya barangan untuk projek ini telah separuh di beli,antaranya batu-bata,pasir dan simen selain kayu dan sebagainya.


 
Keesokkannya jentera penggali di panggil untuk meratakan tanah belakang rumah yang agak tinggi berikutan akan ada penambahan rumah belakang nanti.



 
Operasi sedang berjalan,memang cekap operator jentera penggali ini.Seorang Indon yang sudah lama menetap di Jengka.


 
Rumah bawah yang telah siap di ikat batu-bata dan di simen hampir 40% siap cuma menanti di pasang mosaic, siling dan kerja-kerja elektrik.



 
Siling yang sudah di beli, macam tak cukup je nih..?Ermm..menurut tukang rumah semua harga barangan asas untuk di buat rumah telah naik harga..adehhh!!



 
Sisi rumah yang juga telah siap di pasang batu- bata dan cuma menanti cuaca agak kering sedikit untuk di lakukan kerja-kerja melepa simen di permukaan dinding.



 
Rumah asal Felda di bahagian atas yang pernah di ubah suai terpaksa di angkat 3 kaki ke atas untuk membuat bahagian bawah rumah tersebut..ermmm,semuanya kos nih..!!


 
Anak panah,kelihatan adik ipar saya yang merupakan ahli baru keluarga kami (pengantin 2 tahun lepas) sedang melakukan kerja memotong pokok limau tambun yang agak hampir dengan rumah menggunakan gergaji berantai kerana di kuatiri akan menimpa rumah satu hari nanti (nasiblah..gini lah bila jadi adik ipar ye..kes buli nih..?he he..)Wassalam.



NOTA KAKI: Ada tawaran kerja di sini buat sesiapa yang di sekitar Jengka 3 yang pandai melakukan kerja elektrik kerana buat masa ini saya masih mencari sesiapa yang dapat memberi sebut harga yang paling munasabah. Sesiapa yang berminat bolehlah meninggalkan contact anda di ruangan komen.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Mac 24, 2011

26 Komen:

  1. Salam Zul, mau ribu riban juga kos projek mega aok nie.. lepas nie bestlah sikit yak rumah dah besor mudah budok berlari :)

    BalasPadam
  2. wah.. puasnya hati dpt berbakti pada ayah bonda....

    semoga semuanya berjalan lancar... ;)

    BalasPadam
  3. salam

    ermm... kenduri kawin besar2an ni.. sbb yang bongsu ye!
    rumah pun baru di ubah suai... memang meriah lahh..

    BalasPadam
  4. alhamdulillah..
    mesti bangga ibu bapa dpt anak2 begini..
    tahniah..erkk..nanti buat kenduri leh la jemput rakan2 blogger..hehe

    BalasPadam
  5. kerjasama adik beradik mmbawa keserasian bersama :)

    BalasPadam
  6. rasanya hasil kerja buat sama2 akan di ingat sampi bila2 :)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah,untung kalau adik beradik semuanya sepakatkan.Orang kata sejuk perut ibu mengandung.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama24 Mac, 2011

    caya la..terkejut tengok umah baru xsabar orang penang nk balik kg.insyallah ada kesempatan syarin blk myb tunggu anak sihat.

    BalasPadam
  9. Salam...fuyoo...tak lama lagi kene buat appointment nampaknya kalau nak jumpa hang..

    BalasPadam
  10. Koi kalu nak buat plaster simen boleh je...letrik tak boleh takut tangga patah ..

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, semoga ini menjadi pelaburan utk kita bawa ke sana kerana berjasa pada ayah ibu..insyaAllah

    BalasPadam
  12. Assalam..
    Kat umah ni ada seorang pakar bab pendawaian elektrik tp hehe..jauh sgt la pulak.

    BalasPadam
  13. Projek mega ni, harga barangan naik berikut kerajaan melonggarkan syarat pembelian rumah pada golongan muda. sabo je la.

    BalasPadam
  14. org tua bahagia kita tumpang gembira...

    BalasPadam
  15. salam bro zul.

    Jengka 3? dulu bain penah tinggal jap kt Jengka 2...mcm2 kenangan...

    BalasPadam
  16. Kerjesame adik beradek ter banyok berkatnye....

    BalasPadam
  17. Moga semuanya berjalan lancar dan selamat...ameen

    Moga mendapat rahmat Allah jua atas kesungguhan saudara zul adik beradik membesarkan rumah ibu bapa...

    pssst..kalau di terengganu, sudah pasti saye berikan seorang wireman utk saudara zul.. :D

    BalasPadam
  18. Seronok bila ramai2 buat kerja.. :)

    BalasPadam
  19. Assalam Zul,

    Baguslah tu..smentara ada budget lebih ni.Keluarga masing2 pun dah makin besar & yg penting mak ayah seronok dgn rumah baru yg lebih selesa.

    BalasPadam
  20. itu la untungnya duduk rumah bertanah ni..especially kat kampung dan felda...senang nak extend rumah ni..siapkan RM je. Ayahanda dan bonda pun senang dan bahagia..anak2 tolong menolong projek mega ni...:) hehe

    BalasPadam
  21. mega projek sungguh ni!!! puas hati!! pas ni boleh main boa sepak dalam rumah..hehehehe

    pandai juga bro main buli2 erk?? ish ish ish..hehehehe

    BalasPadam
  22. salam
    wah, memang projek besar ni
    harap2 harga barang tak akan naik lagi dalam masa terdekat ni

    BalasPadam
  23. bestnya kalau kawin rmai org sponsor....hahahaha

    BalasPadam
  24. wah projek beso tu...tahniah

    BalasPadam
  25. seronok bila projek berjaya

    BalasPadam