Didikan Akhlak Itu Perlu | Renungan


Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash, katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berkata: “Dari pada dosa-dosa yang berat; seseorang memaki ibu bapanya.” Bertanya orang yang hadir kepada beliau; Ya Rasulullah s.a.w. adakah orang yang memaki ibu bapanya? Jawab beliau: Ya, dia memaki-maki bapa orang lain, orang itu memaki bapanya pula, dan dia memaki ibu orang lain, orang itu memaki ibunya pula.” (Muslim)

Huraian Dan Pengajaran:

Elemen akhlak dan pekerti mulia tetap diberi perhatian dalam Islam. Keluhuran peribadi seperti bersopan-santun, berbudi bahasa dan suka membantu perlu dipraktikkan sentiasa.

Dalam hal ini sememangnya keluarga memainkan peranan yang besar dalam mendidik, membimbing dan mencorakkan keperibadian seseorang individu semenjak dilahirkan.

Ia mampu mempengaruhi persekitaran dan mewujudkan suasana aman tanpa sebarang pergaduhan. Hadis di atas mempamerkan betapa dari aspek budi bahasa mencerminkan budi pekerti seseorang.

Mencaci maki, menyumpah seranah dan yang seumpama dengannya tidak membawa kebaikan kepada sesiapapun malah ia memalukan sesiapa yang menuturkan, begitu juga ia akan memalukan ibu bapa yang berkenaan.

Justeru dalam membentuk masyarakat yang baik dan beradab semuanya bermula daripada didikan akhlak yang betul. Salah asuhan menjadikan masyarakat kacau bilau dan di antara satu sama lain tidak terjalin persefahaman dan kasih sayang.



Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Mac 11, 2011

16 Komen:

  1. kalu nak orang hormat, kena la hormat orang dulu

    BalasPadam
  2. Salam Zul, terima kasih berkongsi info yang amat berguna utk kita semua.

    BalasPadam
  3. bab caci dengan maki ni bebudak senang beno dapatnya wlopun kita tak ajo..

    BalasPadam
  4. Assalamu'alaikum Zul

    Sebab itulah Allah utuskan Nabi kita (SAW) supaya menyempurnakan akhlak.. dan ibu bapalah contoh teladan buat anak-anak.

    BalasPadam
  5. As salam..
    Anak ni kalau tak bercampur gaul dgn kawan2 ok la tp bila dah mula berkawan, ada je perkataan baru yang tak enak didengar.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama11 Mac, 2011

    walaupun tiada didikan yg sempurna .. seseorang individu yg telah matang perlu menanam sikap sayang menyayangi sesama insan, saling menghormati perlu di tanam sendiri & mengukuhkan nye kerna Rasulullah s.a.w tidak pernah leka membimbing umat nya.

    BalasPadam
  7. jngan buat prangai buruk mcamtu.
    bila kita maki hamun ibu bapak org lain
    dengn x segaja mgajak org lain makai hamun ibu bapak kita balik

    BalasPadam
  8. setuju dgn en.zul dlm mendidik, membimbing dan mencorak keperibadian diterap dr awal. kekadang orang ambil mudah dalam hal2 mcm ni. nak suruh anak2 tahu sendiri yg mana buruk dan baik?

    BalasPadam
  9. betul tu... lgpun kita perlu hormat kat diri kita dahulu,br lah org boleh hormat kat kita...sbb tu perlu diajar pd anak2 dr kecil lg....

    BalasPadam
  10. Kemane kuoh kala tak tumpoh ke nasi.Ibubape kene la tunjuk teladan yang baik untuk anok2....

    BalasPadam
  11. setuju!

    ibubapa memainkan peranan yg amat penting dlm membentuk institusi kekeluargaan yg bahagia. tapi, bagaimana pula dgn anak yg tidak mempunyai ibu atau bapa atau kedua²nya sekali?

    BalasPadam
  12. @cikgu isza,banyak puncanya yang buatkan anak-anak terpengaruh.Dari tv,majalah,persekitaran dan kadang-kadang mungkin dari ahli keluarga sendiri.

    BalasPadam
  13. Kebanyakkan ibubapa skrg lebih utamakan pendidikan duniawi..nak suh anak lulus cemerlang dlm xm,dapat keje bagus2..lupe nak bg didikan akhlak..cemerlang dlm hidup tapi rendah akhlak pun x guna yek..Moga dijauhkan keluarga kita semua dr akhlak yg rendah mcm nih..

    BalasPadam
  14. jika ingin hormatkan kita, hormatilah diri kita sendiri dulu..bila dah hormati diri sendiri, kita pasti akn menghormati org lain, kemudian org pun akn menghormati kita.. :)

    BalasPadam
  15. salam
    setuju sangat
    setiap kebaikan kita memberi kebaikan pula kepada ibu bapa dan keluarga
    begitulah juga kalau sebaliknya

    BalasPadam
  16. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam