السلم عليكم ورحمة الله dan salam sejahtera semua,ramai orang tidak adil dalam mentakrifkan ungkapan “cerdik”. Manusia sering mentakrifkan cerdik sebagai pandai dalam akademik.Apabila seseorang itu mendapat kecemerlangan dalam akademik,orang itu dikatakan cerdik manakala orang yang gagal pula dikatakan bodoh.Apakah seorang professor yang tidak solat itu dikatakan cerdik?Adakah seorang petani atau nelayan yang tidak pernah tinggal solat dikatakan bodoh?
Dari sudut lain, seorang professor belum tentu dapat buat kerja-kerja para nelayan dengan sebaiknya sebagaimana nelayan itu sendiri. Kenapa Rasulullah dikatakan bijaksana(fatonah) sedangkan baginda tidak tahu membaca dan menulis(ummi)? Sudah tentulah bijaksana bukan terletak pada akademik.Rasulullah dikatakan bijaksana apabila pandai memimpin dirinya dengan bertaqwa kepada Allah, pandai menjaga serta mendidik isteri,anak dan umatnya untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhrat.
Mari lihat pula, apa makna cerdik dalam konsep Islam. Nabi muhammad s.a.w pernah bersabda: ”Orang yang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati”. Mengapa pula orang yang banyak mengingati mati dikatakan cerdik? Ini berdasarkan keadaan dimana orang yang banyak mengingati mati sudah tentu takut untuk menghadapinya tanpa bekalan yang mengcukupi.Justeru itu orang yang banyak mengingati mati akan sentiasa terdorong untuk beramal dan membuat kebaikan malah takut untuk membuat dosa dan maksiat.
Orang sebegini sudah tentu diberikan syurga oleh Allah ta’ala.Inilah orang cerdik kerana dia tahu prioriti dalam kehidupan.Justeru itu, seorang nelayan yang tidak pernah tinggal solat sudah tentu lebih cerdik berbanding seorang professor yang tidak solat.Inilah hakikat yang mesti diakui oleh semua sama ada nelayan,guru,professor mahupun pelajar.
Alangkah indahnya seorang nelayan, petani, guru, professor mahupun pelajar yang terdiri daripada orang yang banyak mengingati mati.Sudah tentu merekalah yang berhak mendapat gelaran ”CERDIK”...!Wallahualam.
SUMBER: Halaqah.net
Cerdikkan lah diri kite sebelum kite diperbodohkan diri kite sendiri.
BalasPadamAslmkm.
BalasPadamMohon maaf ya. Kak G BZ sikit.
Mungkin rumusan Kak G boleh diterima pakai:
Cerdik dan bodoh itu pada hakikat kemampuan akal.
Cerdik-pandai lebih dekat kepada amalan bijaksana.
Bijaksana pula pada hakikat amalan terpuji & pintar selaras hukum Illahi.
bila cerdik kini lari dari tafsiran asal dan menjerumus ke arah duniawi maka semakin jauhlah dari akhirat..
BalasPadamtersembunyi?
betul tu...err hari tu teringin jugak nak tulis pasal ni..tapi kurang idea dan rujukan..akhirnya dapat baca kat sini... :)
BalasPadamzaman skang ni byk org cerdik membuat benda2 kejahatan..
BalasPadammereka hanya cerdik sementara kemudian akan jd bodoh selamanya..
seharusnya kecerdikkan kita digunakan kejalan kebaikkan yg diredhai Allah SWT..
salam,
BalasPadamperspektif manusia berbeza-beza mengikut keadaan, namun banyak mengingati mati adalah satu kebaikan bagi seorang islam sejati...
membuatkan saya berfikir sejenak pada awal pagi ni.
BalasPadamtimaseh bro.
* karya emila yusof mmg menarik !kengkadang suka juga ke blog dia.
betul tu org yg paling cerdik adalah mereka yg selalu mengingati mati
BalasPadamSemua orang pun cerdik tapi cerdik pada bidang masing2 lar.... Ada yang cerdik menipu, cerdik buat blog etc.... Hahahaha.... Ya la kot....
BalasPadambtul tu en.zul...
BalasPadamkdg2 manusia terlepas pandang bila asyik mentafsir cerdik tu hanya diukur dr sudut duniawi...
Orang yg cerdik adalah org yg tau menggunakan akal yang ALLAH anugerahkan..Ade ijazah x semestinya cerdik..takat men hafal subjek,pastu masuk pasaran keje gagal!
BalasPadamsalam en zul...
BalasPadamsalam jumaat...semua org cerdik ikut kebolehan masing2...
tak semesti tak ade pangkat tinggi atau tak sekolah tinggi tak cerdikkan...mungkin dia pandai bahagian lain...
salam
BalasPadamcikgu yang salah ajar kerana salahnya keperluan masyarakat kini?
ramai yag keliru
salam jumaat bro. terima kasih kerana mengingatkan Bain tentang mati. :)
BalasPadamassalamualaikum,
BalasPadamJangan jadi cerdik tak boleh diikut.
cerdik pd sy, seseorg tu tahu mengaplikasikan ilmu yg dia ada. sama ada ilmu tu kecik ke bsr ke.. yg buat dia jd x cerdik, apabila dia x tahu guna or menyalahgunakan ilmu tu..
BalasPadamBetul tu Zul.. pendek kata orng yang paling bodo adalah mereka yang lupa pada kematiannya :(
BalasPadamorang yang cerdik adalah orang yang pandai menggunakan akal fikirannya..
BalasPadamLatest Entry :
-> Sila Klik Sini
cerdik dan berilmu
BalasPadamZul..
BalasPadamSang kancil dikatakan binatang yang sangat cerdik tetapi selalu kenakan binatang lain..
kalau manusia yang bersifat macam tu, boleh kah ia digolongkan sebagai orang yang cerdik..
assalamualaikum abg zul..
BalasPadamustaz saya pernah bercakap..jika ada org ckp mcm nie dia tersilap " awak org beriman, tak pernah tinggal solat." ustaz sy ckp tak tinggal solat tue wajib..beriman ke tak mesti kene solat tetapi org itu dikira beriman jika dia mempersiapkan dirinya dengan amalam sunat sebagai bekal menghadapi mati nanti...
sekadar copy paste je...
terdiam jugak baca entri.. terimakasih mengingatkan
BalasPadambanyak yang cerdik dalam memutar-belit
BalasPadamassalamualaikum abg zul,
BalasPadamjust nak tanye mana blogger annfrendly..lama dia tak muncul?? ada apa2 berlaku pd dia ke????
As salam..
BalasPadamOrang yang sentiasa ingat mati adalah org yg cerdik. Maksudnya professor yg tak solat belum boleh dikatakan cerdik.Hmmm...setuju sgt2.
Kdg kala org yg dikatakan cerdik pandai tidak menggunakan kecerdikannya ke arah kebaikan..
assalam.. cerdik atau tidak sama di sisi Allah
BalasPadam@sahromnasrudin
BalasPadamWaalaikumsalam wbt Shah..
Ann..saya pun selalu ingatkan
beliau..ada alamat rumahnya..
segan pula nak pergi tanya mak
ayah dia..nanti ada masa saya
ke sana..dekat je ngan rumah saya
sebenarnya..
jadinya ingat mengingati merupakan satu elemen untuk memastikan kita ingat cerdik itu datang dari Allah S.A.W
BalasPadamAssalamu'alaikum Zul
BalasPadamSemoga sihat di sana.. begitulah yang selalu ditekankan.. dunia disangka kekal jadinya perlu cerdik untuk dapatkan dunia, akhirat tu kemudian kira (semoga kita dilindungi)dan semoga kita dapat didik anak cucu kita akan perkara ini.. supaya pentingkan dua-dua sekali
sy bukanlah manusia yg cerdik kerana sy sering hanyut dgn kemanisan dunia...
BalasPadamAl-Quran & Sunnah.
BalasPadam