Anda Mahu Masuk Blog List Saya?




Salam semua, hari ini saya ingin membicarakan soal trend terkini blogger yang menawarkan blogger lain masuk dalam senarai blog list mereka.    Apa tujuan dan apa kebaikkannya? Selalunya mereka akan mengenakan syarat-syarat tertentu contoh membuat satu entri berkenaan blog mereka.

Di sini pada saya, seolah mereka ini blogger hebat dan tersohor. Nak masuk blog list pun siap ada sesi temuduga la pulak?he he..hebat!! Setakat ini ada 2 blogger wanita yang saya hormati sebelumnya, tapi sudah mula melakukan perkara yang sama.Apabila kita tidak buat apa yang mereka pinta, blog kita di cantas dalam senarai blog list mereka.

Pada anda sahabat sekalian,apa niat kita berblogging?Perlukah kita melakukan ini?Sila beri pandangan anda pada saya blogger yang masih kurang ilmu dalam berblogging ini?Bukan niat mengata sesiapa sekadar meluah apa yang terbuku di kalbu.Wassalam.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Mac 03, 2011

41 Komen:

  1. Tanpa Nama03 Mac, 2011

    Assalamualaikum,

    Sebenarnya semuanya utk promosi blog yg menganjurkan.. Tu bagi persepsi aku la..

    Bagi aku, Siapa2 yg follow blog aku dan mana2 blog yang aku follow secara automatik masuk dlm bloglist aku.. Tiada pilih bulu........

    sekian.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum,

    ada juga begitu ye?

    apa motif ?

    BalasPadam
  3. assalamualaikum akhi Zul...

    ala berblog suka-suka aje . jgn berat2kan sangat syarat2 nya .

    apatah skrg nie akak pun dah jarang2 menyapu sawang kt tratak sendiri....

    BalasPadam
  4. knp perlu nk buat mcm tu...hurmmm...sy xrasa benda tu perlu....xyah la nk pilih2...

    bg sy berblog bkn sj sekadar menulis... blog juga tmpt bertemu n menjalinkan persahabatan di alam maya...

    happy bila bersahabat dgn tuan blog ni...hehehehhe ;)

    BalasPadam
  5. Hehehehehehe...


    ckLah cuma mampu gelak ajelah ya, sebab dalam blog ckLah, blog list pun tak ada. Macam jual blog pulak dah ya...hehe.

    BalasPadam
  6. uhukuhuk
    motif?????
    berblog ni just cheqna nak sharing
    disamping memperoleh ramai lagi kawan..
    kalau seperti yang di atas tu..tak kawan pun tak pela..boleh gitu???

    BalasPadam
  7. hurmmm..
    bagi saya tak perlulah benda2 tu sume..
    yg penting ikhlas dan menghargai rakan2 blogger yg mengikuti blog kita..

    BalasPadam
  8. promosi punyai pelbagai cara..blog yang tak mempunyai kekutan tersendiri ataupun Aura terpaksalah buat kalau nak follower..bagi yang tak peduli tentang follower atau bloglist..tak ambil pusing menda ni..nak masok contest kene ikut syarat penganjur walaupun respon terhadap trafiq belum tentu lagi.Bagi aku blog perlukan kekuatan tersendiri dan tidak terlalu bergantung kepada promosi..

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. saya terpadam lah..

    pendapat saya, mungkin niat blogger yg buat bloglist ni untuk membantu blogger lain yg kurang followernya, macam saya :)

    Tetapi jika sampai remove bloglist yg lain hanya kerana x ikut contest dia, saya tak setuju lah kan..

    BalasPadam
  11. pada pendapat Sop, ia bertujuan untuk sama-sama mendapat backlink. Biasa yang diguna ialah link exchange yang mana sama2 letak. Terdapat blog yng trafik tinggi atau PR tinggi mengambil peluang ini untuk menambah backlink. Jika ia memberi syarat2 yang terlalu susah/banyak, rugi kepada blogger tersebut sendiri kerana ramai yang tak join.. tp kalau blog yg femes, letak apa syarat pun masing2 sanggup..

    hanya pendapat :)

    BalasPadam
  12. Assalamu'alaikum Zul,

    Kakak tak kisah mana kakak suka baca walau tak dalam list kakak baca. Kalau nak tinggal sepatah kata tinggal kalau tak baca je....

    Sama juga yg tak suka blog kakak pun tak kisah sebab kakak memang tak rajin pun. Hehehe....

    BalasPadam
  13. entahla..abg zul..

    mungkin sebagai salah satu strategi kot..mcm saya plak sy letakkan pd mereka yg selalu berkunjung dan tinggal komen di blog saya..sebagai satu penghargaan kpd mereka termasuklah abg zul..

    sy dpt byk ilmu dr blog abg zul ini...

    trime kasih..

    BalasPadam
  14. Salam Zul, saya pun lama juga dah duk perati bender nie...ada yang mengenakan macam2 syarat tertentu... lepas tu ada yang letak senarai blog kita sebulan aje huhuhu... pada pendapat saya kalau buang terus blog list kekawan sebelumnya... pas letak yang baru mmg tak kenalah kan... siapa sebenarnya kawan karib kita kalau duk ganti gitu sokmo :)

    BalasPadam
  15. entah le bro zul, saya pon tak tau pasal buat blog list ni, tapi yg saya tau, blog yg semua saya follow semua dalam bloglist saya :)

    BalasPadam
  16. As salam..
    Memang blogger glamer ni, kalau nak masuk bloglist pun nak kena buat n3 dulu...
    Pada saya, nak juga masuk bloglist blogger lain kalau boleh tanpa syarat sebab kegunaan bloglist bg saya, utk kita tahu perkembangan atau up date terkini sesebuah blog. Kalau sekadar tersenarai dlm bloglist orang tp tuan punya blog langsung tak prihatin ttg update bloglistnya sendiri, tak guna juga. Sekadar perhiasan je la bloglist tu...

    BalasPadam
  17. Koi masuk belake.Yang tak follow pun kadang masuk bloglist koi.

    BalasPadam
  18. Jangan layan dah blog yang ada cara kemasukan macam tu.. tak pergi blog tu pun trafik kita naik mencanak juge..hahaha!

    BalasPadam
  19. tak tau la nak cakap coz saya tak suka macam ni.... saya kalau minat blog sesapa saya akan masukkan dalam blog lis saya.... dan saya tak mintak pun dilinkkan balik.... dulu mintak juga... tapi sekarang tak lagi.... dah malas... bagi saya sesapa nak linkkan saya linkkan ajer lah... tak perlu mintak tukar... tapi kalau ada yang bagi tahu saya saya akan linkkan dia balik...

    kalau macam ni siap buat peraduan saya tak layan.. kecuali yang saya betul2 suka.... itu lah saya..

    BalasPadam
  20. Masuk senarai bloglist tapi dia tak datang melawat pun buat apa? Sekarang ni link exchange bukan perkara utama yang menentukan PR dari Google.
    Sebab tu ramai blogger yang jatuh rank sebab ada banyak link exchange tapi perkara lain tak buat.

    BalasPadam
  21. ni nak cari trafik bebanyak..then nak wat duit je...ermm..cukup la org dah join tue...pelbagai orang pelbagai masalah mereka ada...poh paleh weh...hihi

    BalasPadam
  22. Apakah tujuan sebenar dia berblogging? :)

    BalasPadam
  23. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga saudara sihat hendaknya...

    Itu masing-masingnya cara dan pendapat kan!

    BalasPadam
  24. salam cik Zul..
    ala cik Zul..layan je lah newbie2 yg minta mcm2 utk msuk bloglist mereka..bg mereka yg dah lama berblogging, lama2 kita akn rasa betapa tak perlunya buat benda tu semua, yg penting ada sesuatu yg kita nak sampaikan... :)

    BalasPadam
  25. mungkin maksud dia lain kot... entahla.. kan..

    BalasPadam
  26. Cantekk ngat aok buat entri nih...koi pun benci ngan org2 yg berperangai mcm tu...Dh top mula la hidung tinggi....berlagak nk m>&*$@s!!!!

    BalasPadam
  27. kome kala rasa blog tu best menarik kome isi lah...

    berblog utk hiburkan hati tiada paksan

    peace no war

    BalasPadam
  28. Assalamu'alaikum

    Abang Zul, pada pendapat saya, perangai sebegini tidak mesra blog.

    BalasPadam
  29. in my opinion, tak perlu lah buat mcm tu. bergantung pada niat kan..klu niat kita nak berkongsi maklumat, berita, info atau sekadar nak buat online journal (macam saya) tak kisah la kalau tak melalui 'prosedur' tu pun...niat biar ikhlas..kan bro kan...:)

    BalasPadam
  30. Salam saudara zulkbo.

    Terpulang pada niat dia untuk berblog. Jangan tersalah niat sudahlah...

    BalasPadam
  31. salam,
    bagi saya.. niat dia.. hanya dia yang tau..
    terpulang..
    yang saya tak gemar ialah blogger yang ajak kita tukar link lepas tu bila kita dah masukkan link dia.. dia remove link kita dalam blog list dia..
    ada ke patut?
    macam-macam kan?
    kita2 ok kan3.. :)

    BalasPadam
  32. Tiori itu ditiru dari zaman Dulu, tolak bongkak riak sombog mesralam.
    Top
    Pinjaman semata.

    BalasPadam
  33. Sepatutnya bloglist di buat secara lebih ikhlas bukannya bersyarat...


    Kapsul gelatin babi

    BalasPadam
  34. nak kasi up trafik lagi kot...

    BalasPadam
  35. satu trend mempromosikan blog masing2

    BalasPadam
  36. bunyi tajuk pun dah macam riak kan tapi mungkin niatnya ikhlas (kalau dah kena buat satu entri, macam tak ikhlas la plak kan) membantu sahabat2 blogger yang lain mendapat kan pembaca. Saya pun suka membaca dr. bloglist kawan-kawan...

    BalasPadam
  37. salam
    saya sendiri belum buat blog list
    ada sesiapa mahu masuk blog list saya?

    BalasPadam
  38. lorh..nak blog list pun ada syarat gak ke? orang blogging ni secara iklas tanpa pakasaan bukannya semata2 nak naikkan nama atau trafik kat blog..

    Latest Entry :
    -> Sila Klik Sini

    BalasPadam
  39. tulah, zida dah rasa dah tren blogging sekarang tak macam dulu. sekarang ni sumenye nak maen paksa paksa. i follow u follow i balik la ntah apa2 benda haram jadah tu. hishhh

    BalasPadam
  40. Salam abg zul,

    Pada pendapat saya itu semua adalah satu trik untuk menarik pelawatlah.Bagi saya itu adalah satu cara yang kurang elok dari segi tanggapan ahli-ahli blogger yang lain.Akkan memberikan imej yang buruk.

    BalasPadam
  41. assalamualaikum saudara,apa khabar
    erm,kalau saya, saya akan link kan blogger yang link back ke blog saya memandangkan blog wordpress saya ni kalau bubuh banyak2 url akan jadi berat.saya ada buat blogspot khas untuk blog yang saya selalu baca.
    sekian,wassalam

    BalasPadam