Tip Menjadi Wanita Cantik



Salam semua, hari ini tertarik dengan article saudara Jaz,   Idea-Think-Shares, berkisar permasalahan wanita yang selalu mengkritik diri mereka sendiri kerana tidak cukup cantik,CANTIK dan cantik lagi.Persoalan saya buat wanita semua, demi siapakah kecantikan itu di tujukan?

Pandangan saya ada baiknya seandainya kritikan di tujukan demi kebahagian rumahtangga dan buat suami. Tetapi jangan sampai terlupa bahawa segalanya datang dari Allah jua.Semoga tidak  sampai sanggup membuat pembedahan plastik (contohnya) kerana ini benar-benar melanggar hukum Allah(mengubah kejadian-Nya).

Kecantikan sejati datangnya dari hati yang bersih. Hati yang bersih datangnya dari iman yang luhur. Hati yang bersih tidak mudah dikotori dengan zarah-zarah kotor yang datangnya daripada sumber yang kotor. Hati yang bersih adalah hati yang datangnya dari insan yang mempercayai qada’ dan qadar ALLAH, tidak menyampai-nyampaikan perkara yang buruk, tidak menyebarkan fitnah, tidak suka melaga-lagakan sesama manusia, meninggalkan debat walaupun ia benar, nampak kesalahan diri, mudah meminta maaf, suka melakukan kebaikan, suka bersedekah, sentiasa berusaha dan bersangka baik dengan ALLAH. Bersangka baik dengan ALLAH yakni mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa segala apa jua yang berlaku ada hikmah yang besar di sebaliknya. Setiap kali menghadapi apa jua dugaan, ianya hanya sekadar untuk menguji sejauh mana cinta dan keimanan kita kepadaNya. Sesiapa jua yang berjaya menghadapi setiap dugaan dengan tabah, ikhlas dan redha, dialah yang paling CANTIK dan INDAH di pandangan ALLAH.

Kesimpulan: Seorang wanita itu cantik jika dia mentaati PenciptaNYA, baik kata-katanya dan mentaati suaminya.






Sumber


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Februari 13, 2011

28 Komen:

  1. Salam...

    Pendek kata kena cantik luar dan dalam la yek,
    Rohani dan jasmani bersih maka akan terpancar
    kecantikan tu di wajah...Yang paling penting adalah kelihatan cantik di pandanganNYA...

    BalasPadam
  2. yup .nely setuju ..
    perempuan cantik itu tambah cantik pakai tudung .
    =)

    BalasPadam
  3. yes....setuju, sangat setuju.
    Kecantikan sebenar datang dari dalam diri, hati yang bersih, insyaallah akan terpamer seri wajah..:)

    BalasPadam
  4. Assalamu'alaikum Zul,

    Sebagai lelaki memang patut menasihati wanita seperti kakak ini. Malangnya masih ada yang lupa dan sengaja lupa. Moga menjadi pedoman wanita termasuklah kakak juga.

    BalasPadam
  5. Salam...
    Mulu2 terbaca tajuk bloglist td, tiba2 terfikir:
    "Eh, napa hari ni asyik keluar entry cantik je dan pastinya ditujukan pada wanita". Hmmm...
    Semua wanita di dunia ini memang dilahirkan cantik dan terserah pada diri sendiri untuk mentafsirkan kecantikan dan menyerlahkannya dari segi luar dan dalam.

    BalasPadam
  6. Semua suka yang cantik cantik...

    BalasPadam
  7. Assalamu'alaikum Zulkbo

    Setiap makhluk Allah, Allah cipta dah cantik/baik.. cuma kita manusia memandang tidak sebagaimana yang Allah suruh pandang..

    Allah kata : "Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (cantik, elok), dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; (As-Sajdah 32:7)

    Jadi eloklah kita cuba berusaha menerima apa yang telah diberitahu oleh Allah SWT kepada kita..

    Jadi setuju sangat dengan quote ni :"Seorang wanita itu cantik jika dia mentaati PenciptaNYA, kata-katanya baik dan mentaati suaminya" tambah, dengan syarat suaminya tidak bercanggah denga syari'at Allah.

    BalasPadam
  8. Salam Zul, kecantikan dalaman lebih bermakna drp kecantikan luaran.

    BalasPadam
  9. Bersyukur dgn apa yang dikurniakan. kecantikan pun ujian juga, kalau salah guna buruk padahnya..

    BalasPadam
  10. tapi kalau ctik rupa dan hati dihati lg best kan?

    BalasPadam
  11. Sallam,
    Kalau cantik dihatinya,
    mesti terserlah diwajahnya.

    BalasPadam
  12. hello bro,
    tips baik ni Zulkbo,semoga perkongsian ini bermanfaat untuk pembaca semua :)

    BalasPadam
  13. cantik hanya keindhan luaran...yang penting hati lagi cantekkkk huhu

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah..bersyukur dgn apa yg ada.. :)

    BalasPadam
  15. Redalah dengan pemberian Allah keapda kita...

    Parah diserang harimau

    BalasPadam
  16. Kecantikan dalaman dan luaran sama pentingnya....

    BalasPadam
  17. salam
    TQ kerana backlink tu :D
    kalau boleh nak yg cantik dalam dan luaran sekali ngehehe

    BalasPadam
  18. Kalaulah semua wanita dan lelaki dapat mengikut nasihat ini....Insyallah amanlah dunia.

    BalasPadam
  19. Salam sejahtera,
    Terima kasih berbagi artikel yang sangat baik ini.
    Jazak Allah Khairan
    Umi

    BalasPadam
  20. semua insan yg dilahirkan mmg cantik2 belaka..tp kecantikan yg hakiki..ialah kecantikan hati

    BalasPadam
  21. _____♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
    ______ ♥♥♥♥♥♥♥♥SAY NO TO VALENTINES
    _______♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥DAY♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
    _________♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Sebuah persahabatan....
    Terima kasih
    kembara ziarah maya”

    kecantikan abadi wanita lahir dari hati yang suci

    BalasPadam
  22. salam
    selagi tak bersyukur, selagi itulah akan terasa segala yang ada tak lengkap dan tak cantik

    BalasPadam
  23. kecantikkan dalaman lebih penting dr luaran...itulah hakikatnya.
    Penting sesangat kerana disitulah timbangan akan bermula.......

    BalasPadam
  24. bersyukur lah dengan apa adanya kita.. sampai sanggup cucuk-cucuk dan buat pembedahan plastik? itu dah kufur nikmat.

    BalasPadam
  25. saya rs cantik hari ni..tq

    BalasPadam
  26. salam,

    kecantikan dtg dari hati... huhu... chewahhhh

    BalasPadam
  27. Salam Zul, Wanita di anugerahkan 9 nafsu 1 akal. Termasuk satu nafsu utk mjadi cantik itu sgt sinonim dgn kebanyakkan wanita.
    Semoga kecantikan yg dianugerah tidak menjadikan kita riak dan bertujuan utk menunjuk2.
    Pamerkan kecantikan mu pada lelaki bergelar SUAMI !

    BalasPadam
  28. وعليكم السلام
    semua..terima kasih
    kerana sudi meluangkan
    masa mencoretkan komen
    anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah

    BalasPadam