SOALAN LAZIM
S : Berapa tinggikah tekanan angin yang mesti saya isikan di dalam tayar saya?
J : Tekanan angin adalah pekara yang paling penting untuk penjagaan tayar. Tahap tekanan angin di dalam tayar mestilah mengikut maklumat yang diberikan di dalam buku panduan pemilik ( manual ) setiap kenderaan.
Maklumat saiz tayar dan tekanan angin juga dipamerkan pada salah satu dari tempat-tempat berikut :
- Di sisi pintu pemandu
- Dikerangka pintu
- Di dalam kotak sarung tangan ( glove compartment )
Sekiranya saiz tayar berlainan dari yang dicadangkan, sila minta nasihat dari pengeluar kenderaan dan pembuat tayar.
- Tekanan Angin Rendah
Tekanan angin rendah adalah punca utama memusnahkan tayar. Tayar yang berjalan di bawah tekanan angin rendah akan mengalami kenaikan suhu tinggi dan pengurangan kemampuan untuk membawa beban akibat dari lenturan dinding sisi yang berlebihan. Ia juga akan meningkatkan penggunaan petrol. Angin diisi seperti yang dicadangkan akan menambah jangka hayat tayar dan menjimatkan penggunaan petrol.
- Memeriksa Tekanan Angin Dengan Kerap
Anda tidak boleh menentukan tekanan angin hanya dengan anggaran penghilatan mata kasar. Terutamanya kepada tayar lapis jejarian ( radial ply tyre ).
Pemeriksaan tekanan angin mestilah menggunakan tolok tekanan yang baik sekurang-kurangnya dua minggu sekali dan setiap kali sebelum perjalanan jauh. Pemeriksaan mestilah dilakukan semasa tayar "sejuk" ( dipandu tidak lebih dari 1.5km ). Sekiranya kenderaan telah dipandu jauh, pemeriksaan tekanan angin perlu dilakukan selepas beberapa jam apabila tayar telah "sejuk".
Jangan mengurangkan tekanan angin apabila tayar masih panas. Tekanan angin akan naik secara otomatik apabila suhu dalam tayar meningkat. Kenaikan ini adalah normal dan tidak perlu diselaraskan.
- Menyesuaikan Tekanan Angin Mengikut Muatan
Tekanan angin mesti ditambah apabila kenderaan membawa muatan lebih. Penambahan 4psi ( 28kPa ) di atas paras tekanan 'sejuk' yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaan adalah mencukupi.
Peringatan : Periksa dan menyelaraskan tekanan angin semasa tayar "sejuk" sahaja.
- Sentiasa Memeriksa Untuk Memastikan Tayar Anda Mempunyai Tukup Injap ( Valve Cap )
Pastikan tukup injap dipasang dengan betul dan diketatkan. Tukup injap mestilah mempunyai sendal getah untuk memberikan daya penyendal angin sekunder serta menghalang debu dan lembapan dari merosakkan teras injap.Injap baru mestilah dipasang setiap kali tayar di tukar.
- Ringkasan
1. Tekanan angin hendaklah selalu diperiksa.
2. Tekanan angin rendah adalah punca utama kerosakan tayar.
3. Tambah tekanan angin apabila membawa beban yang lebih tinggi.
4. Jangan bergantung kepada penglihatan mata kasar untuk menentukan tahap tekanan angin tayar.
5. Sediakan tolok tekanan angin yang baik dan gunakannya.
Lagi info anda boleh layari: PAHANG COMMUNITY
Salam bro,
BalasPadamSaya mempunyai sebuah kereta dan saya rasa panduan penjagan tayar ni sangat perlu.terima kasih atas perkongsian tip ini dan moga ianya dapat membantu semua pemilik kereta supaya dapat menjaga jangka hayat tayar.
Terima kasih.
Salam..
BalasPadamSelama dok bawa kereta, tak pernah cuba isi angin sendiri kerana fobia dgn pengalaman lalu.
Isi angin kat tayar basikal sampai meletup...jgnkan nak isi angin, nak tiup belon pun dah takut...
Lupa..., tayar angin kereta tak isi lagi ni dah sebulan....
BalasPadamSalam...
BalasPadamKoi isi sdiri angin tayar..
Tuko tayar jek koi x reti...
em.setuju. Kadang-kadang, memang lupa perhati bab tayar-tayar nih..
BalasPadambaru je tukar tayar 2 biji tadi...melayang rm360...
BalasPadambest juga info ni bro...tayar pun mcm bini juga kena jaga selalu hehe
BalasPadamInfo yang amat berguna...
BalasPadamTrm ksh.
السلم عليكم ورحمة الله
BalasPadamYa, kita patut simpan satu tire pressure gage untuk check tire pressure...
Salam Zul, terima kasih berkongsi citer pasal tayar. Kawan kadang mudah aje asal nampak leper aje sikit kawan sumbat angin :)
BalasPadamnice sharing bro..
BalasPadammmg ptg tekanan tayar..
Nice info...
BalasPadamRobot Tukang Masak
payoh nak tahu tekanan tayar ni kecuali pegi pam je...
BalasPadamhm... aried pernah baca yg kalau angin kurang, bahagian tepi tayar cepat haus..
BalasPadamkalau angin lebih, tayar bhgian tengah pula yg akan haus....
so, mmg kena jaga btol2 le tkanan tyar ni
Pengalaman pertama ckLah pam tayar...
BalasPadamLepas budak pam tu siap mengepam, ckLah tanya "Berapa dek?"
Budak tu ketawa,"Tak payah bayarlah kak!" Katanya.
:D
Tayor yang bergolek ter sokmo orang pam.Cer pam tayor spare ter juge.Angin dia ter pun kurang juge weh.
BalasPadampam tayar senang..
BalasPadamtukar tayar tu yang susah..
salam
BalasPadamsaya hanya periksa tekanan angin tayar bila nak jalan jauh je
Salam Zul,
BalasPadamMekar ni tahu bawa kereta jer. Bab2 tayar ni di serah kat mr suami aje. Nak pam pun tak tahu. Memang nak belajar juga satu hari nnti :-)
وعليكم السلام
BalasPadamsemua..terima kasih
kerana sudi meluangkan
masa mencoretkan komen
anda di sini..amat saya
hargai..jazakumullah