JOM BERPESTA DI TENGAH BENDANG !
Pelbagai aktiviti menarik berasaskan produk pelancongan budaya untuk disertai orang ramai seperti Pertandingan Memasak Asam Pedas Ikan Darat dan Gulai Rebung, Demontrasi membuat Kuih Karas, Pertandingan Tarik Tali, Persembahan Kesenian, Demontrasi membuat Serunai Batang Padi dan Kelarai, Pertandingan Menggagau Ikan, Persembahan Wayang Kulit Seri Asun, Demonstrasi membuat Ikan Pekasam, emping, menganyam tikar mengkuang dan membuat belacan serta acara memecahkan Malaysian Book of Records : Tumbuk Sambal Belacan 1000 orang.
Juga di adakan pertandingan Memasak Nasi Kerabu dan Sayur Keladi, Pertandingan Mr. Badang Perlis, Pertandingan Tarik Upih, Galah Panjang (Toi), Wau, Jengkek dan kenduri rakyat! Acara juga turut dihiasi dengan Persembahan Artis Tempatan dan Ghazal Party Nurul Amar. Semuanya di tengah-tengah bendang! Buat pertama kalinya di Malaysia.
Pesta Angin Timur
LOKASI:Kg. Banir Tembus,Simpang Empat,Mukim Sanglang,Perlis
MASA :26-27 Februari 2011 9.00 pagi-11.00 malam
tumbuk sambal belacan 1000 org...wah..menarik!
BalasPadam@zella y
BalasPadamJenuh la makan
sambal belacan
hari ni jawabnya
he he..
senyum tokey belacan hehehe
BalasPadamTerkini dari AUC dot com: Blog Paling Berpengaruh di Dunia
angn kau nyanyi kan lagu..eh eh..ternyanyi plak :p
BalasPadamala..jauhnya ke utara sana..
Alamak best tu...aktiviti kedesaan...I like!
BalasPadamHampes orang Perlis sorang tu tak bagitau saya apa2 pun..takleh jadi nih!
salam
BalasPadamminta2 la lintah+pacat tak banyak
haru nanti jadinya
menarik....
BalasPadamSalam Zul , mmg best pesta nie kalau dekat kawan gi dah. Bukan senang boleh jumpa tu :)
BalasPadamAs salam..
BalasPadamPertama kali ka?
Rasanya tiap2 taun dok buat benda ni tp tak di war-warkan secara menyeluruh kot.
Kat simpang 4 tu ada 1 kedai bihun sup, sedap sgt2.
Sallam,
BalasPadamBestnya, semua acara boleh meengangkat nostalgia masa kecik2.Acara menumbuk dan menampi emping emping paling keh suka.
Event yang sangat sangat menarik...
BalasPadamBudaya Melayu dapat di warisi kepada generasi akan datang dengan adanya event ini.....
Kadar celik huruf wanita Malaysia terbaik di dunia
jauh la..
BalasPadamBukan semua orang pernah merasa tumbuk belaca ni, satu usaha yang bagus. Kalau boleh, baik buat kat bandar acara ni.
BalasPadamوعليكم السلام ورحة الله
BalasPadamTerima kasih semua kerana
sudi singgah dan mencoretkan
komen anda di sini..amat saya
hargai..jazakumullah khair..