(BANJIR) Jambatan 1 (di Persimpangan Permaisuri), jambatan utama yang menghubungkan bahagian utara dan selatan Segamat, Johor ditelenggami air sekali gus memutuskan hubungan kedua-duanya. Segamat merupakan antara kawasan banjir di Johor di mana menjadi negeri yang paling terjejas teruk bagi bencana itu selain Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Sabah.
(HARGA PETROL) Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam Isnin.Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya.Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.
(OPS SIKAP) Pengguna motosikal mencatatkan jumlah kematian paling tinggi iaitu sebanyak lima kematian pada hari keempat Ops Sikap ke-23 yang bermula Khamis lepas.Merujuk kepada statistik laman web Polis Diraja Malaysia, selain daripada pengguna motosikal, tiga lagi yang maut melibatkan pengguna kereta.Sementara itu, sebanyak 1,386 kemalangan dilaporkan berlaku pada Isnin dengan jalan bandaran mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 616 kes diikuti jalan persekutuan (290), jalan negeri (226), lebuh raya (180) dan 74 kes lagi di jalan-jalan lain.
(KRISIS MESIR) Kerajaan digesa supaya melaksanakan pelan kontigensi untuk memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke negara terdekat seperti Jordan, Arab Saudi dan Libya dalam masa 24 jam bagi mengelakkan risiko yang lebih buruk berlaku.
salam...
BalasPadammusim banjir skrg ni..
moga cpt surutnya..
baru td abg borak ngn mak psl motosikal..
kalau boleh elakkan naik motosikal sbb kdg2 kita dah pandu cermat, org lain yg langgar kita....
@adele
BalasPadamTahu tak pe..
belilah kancil sebijik..
senang nak ulang alik
juga lebih selamat
dan selesa
salam akhi ZUL
BalasPadamterima kasih info2 penting yg disiarkan
macamana ummi nk gi kenduri rumah kak ipar di Muar , raya cina nie... harap2 laluan ke sana tak kena banjir la...
Kuasa rakyat dan kuasa Allah... semoga kita mengambil iktibar darinya..
BalasPadam@Ummi Humaira
BalasPadamWaalaikumsalam Ukhti Humaira..
semoga Allah permudahkan urusan
dan perjalanan anda..
@Mohamad
BalasPadamBetul saudara
saya setuju dengan anda..
iktibar berguna buat kita
semua..
minyak akan terus naik, naik dan naik...
BalasPadamsemoga negara kita terus dirahmati Allah SWT
BalasPadamhuh, aku agak risau tentang krisis kt mesir, hmm, bab banjir tu, moga cpt surut, heheh. arghh. mnyak naik lagi la...
BalasPadamBLOG GEMPAKZ SIOT
Salam zul TQ kongsi gambar.. kawan hari nie bz juga kalau nengok gambar aje mudah kerje :)
BalasPadamAir naik...minyak pun naik...
BalasPadamair niak ,,minyak naik...semua barang naik (Bn)
BalasPadamadoh la lepas ni minyak gamat pon naik
BalasPadamSemoga Allah pelihara bumi Malaysia dan saudara mara kita di luar sana juga..
BalasPadamsalam Zul..
BalasPadamHarap Pahang tak banjir teruk..aku nak balik cuti ni sampai ahad..
Minyak naik...barang lain pun ikut naik tu yg x tahan tu.
salam,
BalasPadamgambo moto tu takleh tahan.... :D
Hello Zulkbo,
BalasPadamsatu lagi isu menarik..di penang sesak teruk jalan raya..jem sana jem sini,biasalah tahun baru cina.. kalau nak cepat pakai basikal le..hehe
Selamat menyambut bulan 2 bulan Febuari..gaji awal..
BalasPadam@donny
BalasPadamErmm..ramai rakan cina
saya pun balik Penang..
mau tak jem jalan..
alahai...
@ozzy
BalasPadamAku pun balik nanti
sampai ahad juga..
senang kita carik
Zul manan
@Anip™
BalasPadamNak buat bagaimana
ada peluang kita sesiakan
akhirnya terimalah akibat
(undi anda adalah rahsia)
Sampai bila kita ingin di tindas.....
BalasPadamTempah isteri melalui laman web
Salam..
BalasPadamEntri semua dalam 1 ni...
Nasib baik tak jadi nak bercuti di Johor. Kalau tidak terkandas di sana...
semoga kita bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan...
BalasPadam@iza
BalasPadamCepat dan mudah..
almaklum..banyak
isu hari nih..he he
muga rodong2 kita di mesir te selamat la hendoknye...
BalasPadamkrisis dimesir harap ia segera selesai..
BalasPadammacam2 hal...haih..
BalasPadamlepas ni semakin kurang lah mengisi RON97..dah semakin mahal.
teruknya yg naik motosikal beramai-ramai tuh. nasib tak terbalik. kat malaysia pun ramai pengguna yang bawak anak kecik naik moto ramai-ramai, penuh depan belakang.
BalasPadam1 feb banyak kejadian yang berlaku,
BalasPadamtapi paling merisaukan kekacauan di mesir..
harap mereka semua dalam keadaan selamat.
Semoga tidak ada bertambah kematian banjir dan ops sikap.
BalasPadamSemoga student kita di sana selamat.
BalasPadamsalam
BalasPadamsempat lagi guna handphone tu
memang sibuk bisnes