Perempuan vs Lelaki



Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika wanita sibuk disuruh belajar, apa salahnya lelaki pun sama?
 



Sumber: Pahang Community




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Februari 27, 2011

26 Komen:

  1. Assalamualaikum,
    Betul tu en zul, kedua-duanya mesti belajar, jadi imam ke masak ke, kedua-duanya perlu tumpuan dan perhatian serious, barulah rumahtangga sempurna.

    BalasPadam
  2. saya geram jika ada wanita yang diceraikan atas alasan tak pandai masak..
    erm.. nak ulas panjang2 pun.. ermm

    BalasPadam
  3. As salam..
    Ada baca kisah ni dlm FB.
    Lelaki patutnya sama2 membantu..kan itu tanggungjawab bersama. Biar seiring dan sejalan..

    BalasPadam
  4. tu le, ada jari asik nak tunding jari kat orang je

    BalasPadam
  5. chii penah dpt artikel pasal ni..
    tu lah kan..mcm x fair..laki nk bakal isteri pandai masak..sedangkn diri nk memimpin utk solat pun masih kelam kabut lg..

    BalasPadam
  6. perbezaan lelaki perempuan ni sengaja dipolemikkan. tolak ansur dan saling memamahi saja..

    BalasPadam
  7. salam
    kalaulah...
    isteri pandai masak, suami pula boleh jadi imam solat
    aman bahagia rumah tangga
    hehe

    BalasPadam
  8. Boleh la buat jawapan bagi yang sokmo kene tanye pasey bab memasok.

    BalasPadam
  9. Betul lah kan... kena lah sama2 adil.
    Tapi, rasanya skrng ni dah tak diambilkira sngat lah pasal pandai masak. Terutama bg yg kerja, kalau pandai masak pun, tak sempat nak masak...

    BalasPadam
  10. masing2 kena saling memahami.. tak perlulah untuk berkira dalam hal2 seperti ini, kiranya bertolak ansur .. huhu..

    BalasPadam
  11. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga saudara beroleh kesihatan yang baik..

    Kesimpulannya, dalam membuat pilihan calon isteri bukan satu perkara remeh kerana hakikatnya suami yang bakal menjaga urusan dan hal ehwal rumah tangga.

    Apabila seseorang lelaki baik mengambil keputusan mengahwini seorang perempuan yang kurang baik, jadi dia bertanggungjawab untuk memperbaiki kekurangan isteri yang dikahwininya.

    BalasPadam
  12. Kata orang, setinggi mana pun orang perempuan belajar akhirnya ke dapur juga...

    BalasPadam
  13. Kome boleh memasak..masak air..

    BalasPadam
  14. assalamualaikum akhi Zul...

    lama tak berziarah..

    n3 yg membuka minda semua. tq

    BalasPadam
  15. isteri kalau masak tak sedap pun takpe, asalkan rajin masak.. kalau masak sedap, tapi sekali sekala je, tak tahan juga, huuuuu

    BalasPadam
  16. Salam Zul, moralnya lelaki pompuan kena ada kepandaian (ilmu) ianya perlu dicari tak tahu berlajar dan bertanya :)

    BalasPadam
  17. betul ilmu kena dalami x kita ilmu apa bagi lelaki maupun wanita

    BalasPadam
  18. setuju sgt!!! sukati je lelaki nak kutuk2 perempuan tak pandai masak, mcmlah diorg pandai jd imam..nnt suruh iqamat pergi azan pulak..huhu..perempuan tak pandai agama, lelaki lah yg perlu ajar..kalau tak pandai masak, boleh je belajar..buka buku resipi..internet..mcm2 ada dah skrg :D

    BalasPadam
  19. Salam.
    Itulah realitinya yang berlaku didalam masyarakat kita hari-hari.

    BalasPadam
  20. orang kata...kalau dirasa diri tu hebat sangat, jangan lah lihat pada kekurangan orang lain. Sebab mungkin kita ada kekurangan pada diri sendiri yang kita tak sedar orang lain nampak. So tak yah la suka suki nak perjatuh tau compare kemampuan orang lain.

    BalasPadam
  21. tak tahu kena belajar.. tak kira llki pompun pkra tu wajib d pelajari hata dah berumahtangga kelak..

    BalasPadam
  22. jika tak tahu kena beljar huuu.. bukan rugu pun tu demi diri sndri dan demi kebaiakn rumahtangaa sndri jua..

    BalasPadam
  23. yap.
    betul tu.
    tak patut hanya salah kan sebelah pihak.

    BalasPadam
  24. Salam.
    Baik laki atau perempuan kena tahu peranan dan tanggungjawab masing2. Kalau si isteri degil, si suami Wajib menegur dan menasihati. Uhh..berat sungguh tanggungjawab seorang suami ni

    BalasPadam