Manusia Hilang Malu Bila Mementingkan Diri Sendiri



 
 
Salam semua, sekadar meluah ketidak puasan hati terhadap sikap segelintir manusia yang terlalu mementingkan diri diri.Di kawasan perumahan saya parkir berbumbung adalah terhad dan percuma.Siapa masuk dahulu, merekalah yang dapat parkir kereta di tempat teduh. 
 
Berlainan dengan "mamat" seorang ini,keretanya sangatlah cantik tapi hanya buat perhiasan dan simpan berbungkus di parking percuma tersebut.Pergi kerja kelihatannya membawa motosikal,okeylah mungkin beliau berjimat kos minyak yang mahal sekarang ini. 
 
Yang menyakitkan hati ada ketikanya apabila beliau sudah terdesak(berkemungkinan nak bawa anak isteri ke klinik)maka, terpaksalah beliau menggunakan kereta dan terjadilah seperti hari ini. Meletakkan dapur "barbeque"untuk menghalang kereta orang dari memasuki parkir yang kononnya kepunyaan beliau. 
 
Adehhh...menggaru kepala yang tidak gatal seketika saya.Kereta hitam dalam gambar adalah kereta isteri saya, beliau yang menghadapi situasi itu dan "snap" gambar ini."Kami pun memerlukan parkir yang teduh juga memandangkan panas tengahari bila isteri pulang dari sekolah bersama anak-anak"(rungut hati kecil ku dalam geram!). 
 
Apakan daya bila ada manusia yang hanya mementingkan diri sendiri dan masaalah sendiri sahaja, tanpa memikirkan orang lain.Komplen telah di buat pada pihak pengurusan banggunan.Kita tunggulah apa tindakan mereka nanti.Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Februari 21, 2011

30 Komen:

  1. ade jugakkkk org mcm ni ye en.zul... dh nama pn parking free...sape cepat dia dpt la..org lain pon nk merasa jugak parking tmpt teduh...aduhai....

    p/s: sy br nmpk shout out box tu skrg dh kat bwh... patut lah sy tercari2 tp xjmp heheheh

    BalasPadam
  2. Sama la dengan tempat kediaman saya... =(

    anastasyea's latest post .. (Video) AzizulHasni Awang | Kayu Tersusuk Paha Kiri

    BalasPadam
  3. assalamualaikum abg zul...


    ermmm..regam manusia nie ada pelbagai rencam kan..sabor je la sebaagi pengubat duka hehehehee

    BalasPadam
  4. biasa la org macam ni kan ramai......

    BalasPadam
  5. eheheheh...rupanya di mana2 pun berlaku macam ni..ehehehe..

    BalasPadam
  6. Salam Zul, goner kalau tgh malam karang aok ambit lempor kelongkang aje hehehe

    BalasPadam
  7. salam,
    tu kalau diuabah mahu bergaduh jadinya..
    jadi jalannya buat aduanlah..
    harap ada tindakan yang diambil..

    BalasPadam
  8. Assalamu;alaikum Zul,

    Kalau kakak alih je dapur tu bukan berat sangat. Buat tak tahu je.... Ini kan tempat awam bukan hak persendiraian.

    BalasPadam
  9. kurang ajar namenye tu...aku ingat baik ko cabut je tayar kereta dia..boleh lah dia parking kereta tu lama2..tayar x de nak jalan camne...

    BalasPadam
  10. setuju ngan kak zakie..
    alihkan je..sape cepat dia dapatlah..

    BalasPadam
  11. Salam...
    Pancitkan je angin kereta dia...ni taktik jahat dan keji.
    Masa saya dok kuarters TNB dulu ada jgk masalah mcm ni sebab setiap seorang staf mesti ada 2 kereta, dah sah2 tak muat semua.Nasib baik ada tempat lapang dibina jgk bumbung ala kadar.Dan tak mustahil, ada jgk org yg pentingkan diri, time nak guna kereta, gantikan dgn motornya. Sabo je le...

    BalasPadam
  12. Memang tak patut lah dia gunakan FREE parking tu untuk kepentingan diri sendiri. Nak tegur salah, tak tegur pon salah, boleh jadi gaduh di buatnya.

    BalasPadam
  13. memang pentingkan diri sungguh!! tak baik menyusahkan org lain demi kebaikan diri sendiri..kalau sy berada di tempat cik Zul, dah lama sy sound direct je..hak bersama jgnlah buat mcm hak sorg2 je :O

    BalasPadam
  14. Assalam Zul..

    Memang sakit hati kalau jenis camtu..kalau biar mmg dia kata itu parking dia la..kat rumah aku pun sama diaorg letak kon..sakit je hati.
    Kalau sound nanti jadi gaduh pulak..hmmm.

    BalasPadam
  15. As salam...

    susah gak dpt jiran kiasu cenggitu...
    kalau amik gak parking lot tu takut dia
    buat 'gores dan menang' plak kat keta aok yek..Harap2 pihak berkenaan amik tindakan la..

    BalasPadam
  16. haaa pakat ramai-ramai angkat batu divider jalan tu letak kat situ bio semua tak merasa (uuuu jahatnya koi tukang hasut plak...)

    BalasPadam
  17. Hahahahahaha....
    Saya dah banyak kali berjumpa dengan manusia yang pentingkan diri macam ni di bandar Kuala Lumpur. Ada yang sampai tampal kertas di cermin kereta kita lagi, melarang kita parking di kawasan mereka. Jika tak percaya, boleh pergi ke Sentul dan parking kereta anda sekejap. Mereka yang bergelar "ahli Jawatankuasa Penduduk blok Melati" di Sentul itu akan sediakan gum double tape dan kertas untuk dilekatkan ke kereta anda. Walaupun anda berkunjung ke rumah saudara atau sahabat di blog tersebut.

    BalasPadam
  18. kot dia buat berbekiu kot..tak ingat nak simpan...
    kughang ajaq betoi...kalau kena kat chek...esok,ketoi bata dok atas bumbung khera dia la...

    BalasPadam
  19. Perangai manusia ada segala macam ..

    BalasPadam
  20. bro, alihkan je dapur tu.. lantak kat dia.. aih.. geram orang macam ni

    BalasPadam
  21. ada juga jenis manusia yg nak senang dia je.. org lain dia peduli ape....

    BalasPadam
  22. salam zulk..nilah akibatnya kalau tak ingatkan orang lain hanya mementingkan diri sendiri..apa kata suruh your mrs tu alihkan alat bbq tu,masuk je le..tenguk apa dia nak buat nanti..

    BalasPadam
  23. Memang sudah terlalu biasa jumpa perkara sebegini. Sedangkan parking itu percuma, bukan dia bayar. Susah kalau dapat jiran yang tidak bertimbang rasa dan pentingkan diri ini.

    BalasPadam
  24. salam
    tak boleh cari pasal dengan orang macam ni, zul
    mereka tak reti berfikir
    elok benar buat aduan kepada pengurusan bangunan tu

    BalasPadam
  25. Mungkin dah lama sangat parking kat situ sebab asyik naik motor je, terperasan la petak parking tu milik persendirian.

    BalasPadam
  26. manusia zaman sekarang..
    begitulah...
    ditegur nanti.. kita yang disalahkan balik..

    BalasPadam
  27. betul kata mus tu...bila tegur.. nye psalahkan kite balik..buat de aja..makteh ada satu idea x yah tegur sapa dg org tu..

    BalasPadam
  28. kdg2 sy wat perkara yg sama..alasan nya..kereta yg mencurigakan entah dri mana dok parking kat kwsan parking flat..kbnykknya lari dri ah long..silap2 depa tabur cat..tabur kat kereta kita skali..naya gak..

    BalasPadam