Kalau Haruan Makan Anak Ini Orang Yang Sepatutnya Berakal Rogol Anak Kandung



Salam semua,bila terbaca sahaja isu bapa rogol anak, pasti saya rasa nak "menyirap je darah" ni.Jika haruan di umpamakan makan anak kerana ianya adalah habitat mereka dan untuk kesinambungan hidup sejak azali lagi. Malahan Allah taala menzahirkan itu adalah binatang yang tidak berakal.

Bagaimana seorang ayah yang sepatutnya, menyayangi anak-anak perempuan mereka dengan kasih sayang dan menjadi pelindung sehingga mereka di nikahkan dengan seorang yang bergelar suami, sanggup merogol zuriat mereka sendiri? Manusia ini boleh di ibaratkan lebih buas dari binatang buas, dan tidak berakal mengalahkan segala haiwan.


Haruan Makan Anak Dipenjara 80 Tahun, 40 Sebat

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga gerai makanan yang tergamak memuaskan nafsu dengan merogol anak kandungnya di hadapan isterinya menerima padah apabila dia diarahkan meringkuk di penjara selama 80 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Mohamad Sakeri Mamat juga memerintahkan supaya tertuduh yang berusia 47 tahun itu disebat sebanyak 40 kali bagi empat pertuduhan melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Hukuman itu dijatuhkan selepas lelaki yang mempunyai sembilan anak itu mengaku salah terhadap semua pertuduhan dan hukuman diarahkan berjalan bermula daripada tarikh dia ditangkap, iaitu 27 Januari lalu.

“Sebagai seorang bapa, tugasnya adalah untuk melindungi dan menjaga anak. Tetapi kamu telah merosakkan seluruh kehidupan anak perempuan kandung kamu sendiri,” kata Mohamad Sakeri kepada tertuduh.

Tertuduh yang hanya menundukkan kepala apabila mendengar hukuman didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun di sebuah bilik rumah di projek perumahan rakyat di Cheras, dekat sini pada pukul 2 petang, 23 Januari lalu.

Dia juga didakwa melakukan perbuatan itu sebanyak tiga kali antara November dan Disember lalu di tempat yang sama.

Lelaki itu didakwa tetap melakukan perbuatan itu, meskipun dihalang oleh ibu mangsa, malah tergamak memukul isterinya apabila ditegah.

Tidak tahan dengan perbuatan tertuduh, ibu mangsa kemudiannya meminta seorang jiran untuk membuat laporan polis pada malam terakhir mangsa dirogol.

Bagi setiap pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan sehingga 10 kali, jika sabit kesalahan.


Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, tertuduh cuba merayu simpati mahkamah dengan bermodalkan masalah kesihatan.


“Saya menghidap penyakit darah tinggi, gout dan lemah jantung. Saya bergantung kepada ubat-ubatan dan memerlukan rawatan di hospital,” katanya.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Loon Jia Yin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.


“Saya memohon mahkamah mengambil kira trauma yang dialami mangsa sepanjang hidupnya akibat daripada perbuatan tertuduh,” tambahnya.


Oleh:  SALWA SHA’ARI
mStar

Apalah sangat hendak di bandingkan hukuman penjara 80 tahun dan 40 sebatan.Itu hukuman duniawi sahaja,tunggulah nanti hukuman Allah di akhirat nanti.Semoga si bapa sempat bertaubat sebelum ajalnya tiba.Apakan daya, maruah anak dan ahli keluarga semuanya sudah tercemar kerana nafsu serakah si bapa yang tidak terkawal.

Harapan saya, semoga si mangsa (anak) dapat membawa dirinya di jalan Allah dan bersabar.Sesungguhnya inilah dugaan terbesar Allah pilih untuk hambanya.Jika seorang hamba benar-benar sedar bahwa dirinya adalah milik Allah SWT dan akan kembali kepadaNya maka dia akan terhibur tatkala tertimpa musibah.

Bahawa kesudahan dan tempat kembali seorang hamba adalah kepada Allah Pemilik yang Haq. Berbahagialah saat Allah menimpakan pelbagai ujian ke atasmu, Allah tidak membebani hambaNya melainkan DIA tahu kemampuan dan kesanggupan hambaNya itu, kerana DIA Maha Tahu segala yang tersurat dan yang tersirat.Wallahualam.

Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Februari 03, 2011

35 Komen:

  1. Harapkan pagar pagar yang makan padi..ni jadi jika hidup bernafsu macam setan..

    BalasPadam
  2. H---M J---H PUNYA BAPAK NI. ISH!! TAK PUAS HATI BETUL....MARAH BETUL SAYA BILA BACA BERITA NI, ROGOL SATU HAL, DEPAN MAK DIA PULA.ISH! MEMANG BINATANG!! 80 TAHUN.....BERKUBUR DALAM PENJARA LA JAWABNYA. DAH KENA HUKUM BARU NYESAL...TOO LATE DER!!

    BalasPadam
  3. memang rasa nak maki!
    semoga kita sentiasa terpelihara..

    BalasPadam
  4. Salam...

    Kalau boleh, si haruan tu cincang kecil-kecil, bagi buaya makan....

    BalasPadam
  5. Salam...

    Maaf lama x nyinggoh..
    Kesian si anak menanggung trauma seumur hidup..
    Negara makin maju,Masyarakat semakin pincang..

    BalasPadam
  6. Tak habis cerita haruan makan anak. Bila berakal nafsu, soal halal haram ditolak ketepi

    BalasPadam
  7. tak tau nak kata apa.dunia semakin menggila!!!

    bo*oh punya ayah!

    sy setuju semua yg Cik Zul ckp!

    BalasPadam
  8. Saya menyirap jugak baca berita camnih. Ayah yang jahat. Masa perlakukan anak macam tuh tak fikir ape yang dia buat, tak fikir plak masalah kesihatan, sihat sangat. bila dah kena tangkap pandai minta belas dengan masalah kesihatan. Hmm,,tapi salute dengan hukuman yang diberi sebagai pengajaran buat orang ramai, negara kita ada undang-undang dan setiap perbuatan buruk ada balasannya.

    Latest Entri :
    Hati-hati Dengan Scammer

    BalasPadam
  9. pelik dgn lelaki yg bersifat binatang camni. mmg org tak takut dosa...

    BalasPadam
  10. Memang menjadi masalah besar bila yg sepatutnya menjaga dan memlindungi, menjadi perosak dan pemusnah.
    Tak tau nak cakap mcm mana lah, kejam sungguh!!

    BalasPadam
  11. Bila akal di kuasai nafsu dan Kepala otak letak kat lutut, macam-macam boleh jadi. Hukuman yang dia dapat pun berbaloi juga. 80 tahun penjara, 40 kali rotan. Memang padu.

    BalasPadam
  12. salam, zul
    kalau ikut nafsu, memang begitulah jadinya

    BalasPadam
  13. betullah tu...dah sama macam haruan, Haruan = Haiwan, Haiwan = BINATANG.

    BalasPadam
  14. @relevanmemang badigol kan...Ya Allah..minta jauh la dari keluarga kita

    BalasPadam
  15. saya setuju dengan perenggan terakhir awak. Moga ia sentiasa menjadi peringatan kepada saya. Kita tak terlepas daripada ujian..setiap ketika pulak tu..moga sentiasa dipelihara. Amin

    BalasPadam
  16. nauzubillah... tapi institusi perkahwinan yang kekadang yang bercelaru dengan perkara syubhah pon bole menyumbang kepada hal yang tak baik dalam kluarga macam orang yang jadi wali seelok-eloknya yang tak buat dosa-dosa kering ni (solat kena jaga) dsb

    BalasPadam
  17. Salam zul, tak padalah umo dah 47 campo lagi 80 - pendek kata abis dalam tu aje lah hayat.. bawaklah bertaubat semoga Allah mengampunkan jua segala dosanya.

    BalasPadam
  18. Sebab itu kita kena sentiasa berada di landasan yang ditunjukkan dalam Islam. Jika kita benar2 berada dalam lingkungan agama, pasti perkara ini tidak akan berlaku. Biasanya kejadian ini (rogol anak sendiri) akan berlaku si bapa kurang keimanannya kepada ALLAH, kurang fahamannya berkenaan dosa dan pahala, apa lagi jika ketika itu dirinya sudah dikuasai sepenuhnya oleh telunjuk syaitan!

    BalasPadam
  19. salam bro...
    menyebarkan berita sebegini hanya menimbunkan kata umpat keji kepada sang pelaku..

    tetapi, ada juga benda lain yang akan terjadi..
    persepsi pandangan setiap manusia kepada ayahnya pasti akan berubah jika setiap hari perkara seperti ini kita sajikan kepada khalayak.

    setuju tidak?
    terpulang kepada pandangan yang empunya diri...
    salam ziarah...

    BalasPadam
  20. http://wanwidget.com
    rogol tu rogol la, pastu rogol depan isteri, giler la orang skrg nih, hukuman patut lebih berat lagi

    BalasPadam
  21. Orang beriman pun selalu di uji Allah inikan pulak orang yang tidak beriman..mcm2 kejadian .Moga kita dilindungi Allah swt.

    BalasPadam
  22. tiada keimanan..rosaknya institusi kekeluargaan

    BalasPadam
  23. Kalaulah undang-undang Islam dilaksanakan di negara ini, rasanya kes-kes macam ni akan makin berkurangan dan lama-lama tiada kan?

    BalasPadam
  24. x tau nak kata apa dah...bila diri merelakan nafsu ditunggang syaitan,inilah jadinya...hmm..sebagai ibu, kenapa harus tunggu sampai 3 kali untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa...mual rasanya membaca kisah2 sebegini di dada akhbar.. lebih memualkan pelakunya 'orang kita'...uweeakkkkk.....

    BalasPadam
  25. Hello Zulkbo,
    Bapa haruan ni... hukuman berat memang patut dikenakan untuk bapa begini.. supaya ia tak akan berulang ladi

    BalasPadam
  26. Sebenarnya pengaruh internet. Sebab kite dah dijauhkan dari ugama.Program tv pun lebih tekankan hiburan. Satu masa dulu datuk rogol cucu lagilah teruknya. Itulah jadinya bila kurang pendedahan ugama.Sepatutnya cermah ugama sekarang diwajibkan pada semua ibu bapa termasuk datuk2 berkaitan akhlak islam.

    Mountain climber.

    BalasPadam
  27. Kenapa sampai begini jadinya. Kadang2 tekanan hidup dan lemahnya pengetahuan agama membuatkan kita alpa terhadap tindakan yang kita sendiri lakukan.

    BalasPadam
  28. bila manusia yang diberikan akal, tapi tidak menggunakannya. ini lah jadinya

    BalasPadam
  29. tak tau nak kata ape marah sgt baca cerita gini...kian menjadi2...selagi tidak kembali kepda ajaran islam sebenar dlm hidup kita

    Terkini dari AUC dot com: AUC dalam proses penaiktarafan lagi

    BalasPadam
  30. Ye..mak juga setuju dgn zul..manusia gini mmg tak layak dipanggil manusia!!

    Semoga si anak akan tabah dan redha serta dapat tidak menjadikan perkara ini sebagai penghalang kehidupannya

    BalasPadam
  31. Semoga si bapa sedar dan insaf. Hope bapa-bapa yang lain menjadi contoh yang baik kepada anak mereka, Insya Allah ~

    BalasPadam
  32. Yg ank pun satu...dah 2-3x kena baru nk buat report...tah apa2 la dunia skrg nih

    BalasPadam
  33. sepatutnya anak gadisnya itu di ajar silat atau pertahanan diri yang lain oleh ibunya bagi mengelakkan kejadian begitu.. itu bapa yang bodoh dan tolol..anak sendiri pun nak makan.. nak sangat jimat duit x nak main ngan pelacur tapi sanggup dajalkan anak sendiri. saya pun dulu masa umur 12 tahun pernah hampir-hampir kena cabul oleh suami mak su sendiri. tapi saya tendang dia dan maki dia sekuat-2.. terus x berani sampai sekarang. dan saya pun pernah pelik dengan cara pandangan bapa saya terhadap tubuh saya ketika remaja.. matanya asyik melirik ke arah tubuh saya je walaupun saya berpakaian dan kalau saya keluar dari bilik mandi mata bapa saya tak pernah lepas dari memandang saya. pasal tu la saya dari dulu sampai sekarang x pernah berkemban keluar dari bilik air. walaupun bapa saya x pernah melakukan x senonoh pada saya tapi saya kurang selesa dengan lirikan matanya yang macam bernafsu. lagi satu saya ni jenis berani sound kat bapa sejak dulu lagi " apa bapak ni pandang-2 aku macam tu! aku ni anak la.. pandangla mak tu" kekadang mulut lazer ni elok gak.. sekurang-2nya dia takut.. patutla aku masa sekolah dulu bila aku nak belajar silat kat kampung mati-2 an bapak aku x kasi aku masuk.. rupanya dia tu mungkin pasang niat tak elok pada aku kot.. nasib baik mak aku surirumah sepenuh masa kat rumah dab adik-2 dan abang aku sentiasa ada kat rumah.. agaknya kalau mereka x ada tu dan kebetulan kalau aku ni jenis budak pendiam dan tak lasak mesti dia dah rogol aku kot.. aku mana pernah tido pakai kain kalau kat rumah masa remaja dulu.. mesti tido ngan seluar.. eee takut aku pada lirikan mata bapa aku pada tubuh remaja aku sepanjang masa tu. aku ni jenis nekad.. meskipun bapa aku x kasi aku belajar silat kat kampung.. aku nekad lepas je sekolah aku terus masuk taekwondo gunakan duit gaji swasta aku sendiri sampai aku dapat black belt..aku lepas sekolah nak belajar lagi bapa aku x nak support... tapi aku tabah dan aku lepas tu masuk pula pasukan beruniform belajar pula karate sampai dapat black belt.. ha ha sekarang bapa aku dah tak berani melirik mata dia pada aku lagi.. terima kasih ya allah kerana selamatkan aku dari bakal menjadi mangsa oleh bapaku sendiri.. sekarang aku dah kahwin.. dan aku akan hantar anak aku kelak ke kelas taekwondo sampai dia dapat black belt macam aku.. aku nak mengajar dia sepenuhnya memang x sempat la pasal aku ni tugas x tentu masa..lagi-2 jenayah dan makin meningkat ni..

    BalasPadam