Hari Kraf Kebangsaan 2011 merupakan rangkuman pelbagai aktiviti istimewa promosi dalam promosi selain dari aktiviti utamanya iaitu jualan produk kraf. Selari dengan perkembangan teknologi terkini dalam bidang kraf, pameran penggunaan teknologi dan bahan baru akan dipertontonkan kepada umum contohnya mesin pemati warna untuk industri batik. Selain dari itu Pameran Kelengkapan Rumah, Pameran Seni Ukir Dalam Seni Bina dan Pameran Kraf Warisan Teknologi turut dipamerkan.
Elemen pendidikan yang diterapkan pada Hari Kraf Kebangsaan direalisasikan melalui aktiviti Pendidikan Kraf dan Apresiasi Kraf yang merupakan program perkongsian idea dan ilmu yang akan memfokuskan perbincangan kepada Teknik Pembuatan Logam Bahan Campuran Seramik, Tenun Palembang dan Aplikasi Pewarna Glaze. Sebanyak enam kertas kerja akan dibentangkan sebagai pencambahan ilmu.
Pengunjung-pengunjung Hari Kraf Kebangsaan berpeluang melihat sendiri pembuatan songket dan tenunan melalui aktiviti demonstrasi kraf tenunan. Hari Kraf Kebangsaan juga memperlihatkan penglibatan di peringkat antarabangsa melalui demonstrasi dari negara Filipina Tenunan Serat Nanas, Indonesia Tenunan Limar, Bangladesh Tenunan Jambadi dan Tenunan dari negara Uzbezkistan dan China.
Peluang usahawan-usahawan kraf memasarkan produk ke peringkat antarabangsa juga terbuka luas dengan penganjuran aktiviti perjumpaan pembeli. Sebanyak 30 pedagang dari luar negara akan menyertai aktiviti ini dan berurus niaga bersama pengusaha kraf tempatan.Persembahan Kesenian dan demonstrasi masakan kuih tradisional menjadi pelengkap kepada Hari Kraf Kebangsaan.
Tarikh :23 Feb 2011 - 07 Mac 2011
Lokasi :Kompleks Kraf Kuala Lumpur
NOTA KAKI: Hari Kraf Kebangsaan 2011 menghimpunkan produk kraf seluruh negeri yang berkualiti dan berinovasi dengan rekaan motif tradisional, moden dan kontemporari bagi penggayaan hidup masa kini.Bersamalah kita memeriahkannya juga berbangga dengan barangan kesenian keluaran negara sendiri, secara tak langsung membantu usahawan tempatan negara kita. Maklumat lanjut anda boleh layari www.kraftangan.gov.my.
reganya bole tahan kat situ
BalasPadam@cemomoi
BalasPadamMesti ada discount hebat nanti
rodong..cer pergi nanti..he he
Kadang bender lawo keknya tak padanan lalu ngan rege sudah kansel juga nok beli :(
BalasPadamEvent yang menarik....
BalasPadam236 pulau di Malaysia belum ada nama
Salam...
BalasPadamSuka sangat pameran kraf dan lain2 pameran tp dah lama tak pi tempat2 mcm ni..
Nak tengok-tengok bolehlah.., nak beli kat sana yang murah-murah bolehlah kot. Sewa tapak pun dah mahal.
BalasPadamSAlam...
BalasPadamWah..kena p nih..
thn lepas x sempat...
Syok...mcm2 ade...
brg2 kraf yg menarik dan x terfikir dek kita nak membuatnye...
baru tahu next week hari kraf malaysia...nak buat post juga kalau sempat.. tq bro
BalasPadamkene support hasil seni negara...sape lagi klau bukan kite....
BalasPadamsuka barangan kraf ni...tp tak belilah hambo...tak tahu nak letak kat mana...last2 kang berabok aje...tak yah le...
BalasPadamabang saya ada jual barang kat sana.. hasil rimba... sebelum2 nie.. abah yang jual...
BalasPadam@Zik
BalasPadammenarik bunyinya..
nak pergi carik la
mana tau ada discount
he he..
Terima kasih atas informasi ini, amat menarik sekali. =)
BalasPadamsalam bro zul..
BalasPadamsaya pun suka kraftangan..buat hiasan/deko dalam umah..nampak tradisional je.
السلم عليكم ورحمة الله
BalasPadamMoga sdra sihat hendaknya..
Dapat ziarah blog sdra jer, nak pegi tempat pameran tu memang tak dapatlah..:)
ada geng ok la nk g sana
BalasPadamteringin nak pi tengok....
BalasPadamsalam
BalasPadambarangan kraf ni selalunya mahal
biasanya sekadar lihat2 je
nak beli tak mampu
وعليكم السلام ورحة الله
BalasPadamTerima kasih semua kerana
sudi singgah dan mencoretkan
komen anda di sini..amat saya
hargai..jazakumullah khair..
saya pun di sana jugak..singgah2 le ...
BalasPadamSelamat dan sukses yaa buat acara Hari Kraf kebangsaan Malaysia
BalasPadam