Dividen Menanti Buat Pencarum KWSP 5.8 Peratus





Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir Dis 31, 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.

Ia merupakan bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan hari ini berkata pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan itu mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion.

Ia merupakan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009, katanya.

"Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada tahun 2010 dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun,” katanya. Bernama


NOTA KAKI: Realitinya saya tidak berapa mengharap wang dari KWSP ini untuk persaraan saya.Pelaburan lain yang lebih berkuliti saya janakan melalui pembelian aset berupa hartanah mahupun rumah selain simpanan di ASB dan pembelian insuran nyawa.Walau bagaimanapun saya bersyukur dengan peningkatan kadar dividen pada tahun ini, alhamdulillah.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Februari 20, 2011

27 Komen:

  1. Yang ada caruman boleh lah tersengeh..yang kerja sendiri..boleh gigit jari..jari kaki pun boleh kalau mahu..

    BalasPadam
  2. Salam..
    Ya la, byk mana sgt kalau nak harapkan KWSP. Saya pulak harapkan ASB dgn AHB je..

    BalasPadam
  3. Salam zul , dulu org gomen boleh keluar duit KWSP nie kawan tak tunggu dah abis sapu huhuhu...skg tak barabuk dah dlm akaun tu.

    BalasPadam
  4. as salam...saya singgah melawat zulkbo...

    BalasPadam
  5. harap2 prestasi yang memberangsangkan ni sentiasa berkekalan lah harapnya

    BalasPadam
  6. Untuk tahun 2011 ni, jai pun banyak ambil insurans nyawa.. Manalah tau kan, ajal maut ditangan tuhan.. At least ada jugak sesuatu yang kita tinggalkan untuk org tersayang selain dari ilmu agama kan.. Lagi 1 tu apa namanya yer, Pelaburan Hartanah.. Bro ada try x? Jai ingat nak cuba jugak, tapi tengok lah cemna nanti.. Ngah usha2..

    BalasPadam
  7. koi ambik pencen.....jauh lebih untung kalo umur panjang...

    BalasPadam
  8. Saya ambik pencen jadi tak merasalah dividen KWSP ni. Benar sklai en zul, melabur dlm harta tanah dan di ASB banyak manfaatnya. Hartanah takkan surut dan susut harganya dari semasa ke semasa.

    BalasPadam
  9. As salam...

    Skang ni yg bekerja sdiri pun boleh simpan dlm KWSP kan...gov tambah lg caruman..sama mcm org keje mkn gaji..koi setuju cara aok...kumpul aset byk2 + insurans..Dpt KWSP sedebuk mase pencen sok dlm sebulan boleh habis..kalau ade aset tetap terjamin sket.. :)

    BalasPadam
  10. As salam zulkbo..

    Emm..banyak jgk tu kan..kira blh lah sikit2..kalau nk lg bnyk, msk insurance lah kn.

    BalasPadam
  11. dah lama tak potong kwsp...pasalnya amik skim pencen...

    BalasPadam
  12. Kalau lah boleh dividen tu Cash tiap2 tahun..alangkahhh..

    BalasPadam
  13. haa..hartanah skr mmg menguntungkan hiii.

    kwsp huu harap akan ada simpanan yang lain darinya..

    p/s:Gembirakah kamu pada minggu ini?

    BalasPadam
  14. salam kenal,
    sy dah masuk skim pencen.. tak merasa dividen kwsp nih

    BalasPadam
  15. eheh..chii pun da lama x check

    BalasPadam
  16. syukurlah ada KWSP.. terjamin sikit masa tua kita..

    BalasPadam
  17. salam
    dah ambil semua pun, zul
    guna untuk siapkan rumah

    BalasPadam
  18. @tehr

    ermmm..molek juga tu
    setidaknya di gunakan
    untuk pelaburan yang lain
    hartanah (rumah) anda..

    BalasPadam
  19. @Mus
    Alhamdulillah..betul,setidaknya ada juga..ada yang kerja tiada pun majikan potong EPF,simpati..

    BalasPadam
  20. @chii

    Sekarang boleh periksa di mesin chiosk, saya lihat banyak di letak
    di hospital dan bank2 terpilih..just cucuk ic anda..keluar lah salinannya

    BalasPadam
  21. @abadi romeo

    Tak pe..ko dah kaya Zul..he he

    BalasPadam
  22. bagusla ada naik bagi yang memang hanya bergantung kepada kwsp.. perlu mencari simpanan yang lain2..

    BalasPadam
  23. betul tu bro..
    selain dari kwsp kita kena juga simpan dari tempat yg lain utk masa depan kita macam ASB dgn insuran tu..
    Alhamdulillah rezeki bertambah lg..:)

    BalasPadam
  24. assalamualaikum..

    bolehla beli laptop baru dengan dividen nie heheheheh..

    p/s: menjawab pertanyaan bg zul di entri saya sebelum ini..." saya memang dilantik sbg cameraman surau hehehehe"

    BalasPadam
  25. huhhu seronok dengar berita ni..
    walaupun duit dlm kwsp tak banyak tapi happy :)

    BalasPadam
  26. insan blur10 Julai, 2011

    Salam zul...nk tnye la ckit..brpe percent duit kwsp leh kuar klau amik skim pencen selepas x ptong kwsp lagi..? boleh kuar ats akaun 1/2 atau de lagi kiraan lain?

    BalasPadam