Apa Itu Bengkak Prostat ?



Salam semua, kebelakangan ini ramai rakan-rakan yang saya temui mengalami masaalah sukar membuang air kecil.Bila di tanya kebanyakkan rasa malas nak menemui doktor untuk memeriksa punca penyakit mereka.

Satu daripada masalah lelaki terkini yang saya ketahui adalah masalah kelenjar prostat yang membengkak dikenali sebagai benign prostatic hyperplasia (BPH).


Walaupun sebab khusus BPH tidak diketahui tetapi ia kerap dikaitkan dengan faktor penuaan. Sememangnya ia masalah biasa lelaki, terutamanya yang berusia 50 tahun ke atas. Bagaimanapun, BPH bukan masalah yang tidak boleh dikawal.

Mengalami BPH sangat memberi tekanan dan sepatutnya tidak dipandang ringan. Bayangkan, apabila anda terpaksa kerap berulang alik ke bilik air dan bangun malam hanya untuk membuang air kecil.

Menurut pakar, jika tidak dirawat, BPH akan menyebabkan komplikasi pada masa depan dan mungkin memerlukan pembedahan bagi mengembalikan kualiti hidup.

Simptom BPH
  • Aliran urin yang lemah
  • Susah untuk membuang air kecil
  • Kencing yang tersekat-sekat
  • Kerap membuang air kecil
  • Kekerapan membuang air kencing pada waktu malam
  • Terasa terdesak untuk kencing
  • Tidak boleh mengosongkan pundi kencing secara sempurna
  • Darah dalam air kencing
  • Masalah jangkitan pundi kencing

Apa Itu Prostat

Prostat ialah organ bersaiz sebesar kacang walnut yang terletak di dalam pundi kencing di hadapan rektum. Ia dikelilingi urat (fibrous tissue) disebut kapsul prostat. Salur kencing pula melalui prostat untuk ke pangkal pundi kencing. Tisu prostat menghasilkan antigen prostat khas dan enzim bersusu yang bergabung dengan air mani bagi membentuk air mani.

Apabila BPH terjadi, saiz prostat yang membengkak akan menekan salur kencing. Ia menghalang perjalanan urin daripada pundi kencing dan menyebabkan urin kembali ke pundi kencing. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kencing.

Rawatan setiap pesakit itu berbeza kerana ia bergantung kepada keseriusan simptom yang anda alami dan bagaimana simptom itu boleh menjejaskan kehidupan harian anda.

Punca BPH

Tiada sebab tepat tetapi kerana penuaan, perubahan dalam nisbah hormon testosterone dan estrogen pada seorang lelaki itu menyebabkan prostat distimulasikan. Selain itu, penuaan menyebabkan kelenjar prostat menjadi lebih sensitif kepada penurunan hormon testosterone.

Kelenjar darah dalam kelenjar prostat pula menurun menyebabkan aliran darah menjadi abnormal dan kekurangan oksigen yang menyebabkan pertumbuhan sel distimulasi.

Komplikasi BPH

Masalah membuang air kecil akut - akan timbul rasa sakit untuk membuang air kecil. Bagaimanapun, bukan semua masalah ini disebabkan BPH.

Masalah jangkitan pundi kencing - menyebabkan salur kencing menjadi radang dan proses membuang air kecil sangat sakit. Ada kalanya mereka yang mengalami BPH perlu dibedah.

Batu karang - lebihan mineral yang boleh menyebabkan jangkitan, masalah pundi kencing, darah dalam air kencing atau halangan aliran air kencing .

Kerosakan pundi kencing - biasanya terjadi dalam masa yang lama kerana pundi kencing tidak dikosongkan secara sempurna. Dinding otot pada pundi kencing mengembang, lemah dan tidak boleh mengecut secara sempurna.

Kerosakan buah pinggang - boleh terjadi kerana kekerapan jangkitan dan masalah membuang air kencing yang akut.

Selain itu, BPH mungkin menyebabkan bengkak pada struktur pengumpulan air kencing (hydronephrosis) pada satu atau kedua-dua buah pinggang kerana urin bertakung di dalam buah pinggang.

Rawatan BPH

Pemerhatian - memerlukan pemeriksaan yang kerap bagi memantau masalah yang dihidapi.

Ubat-ubatan misalnya ubat penyekat (alpha blocker) boleh diambil secara oral dan bertindak merehatkan otot dalam prostat.

Pembedahan perlu dilakukan jika ubat tidak berkesan. Ada lima jenis pembedahan dan doktor akan menasihatkan jenis pembedahan yang sesuai mengikut keadaan pesakit.

Jadi di sini, nasihat buat anda semua rakan lelaki termasuk diri saya sendiri, mulakanlah cara hidup yang sihat.Bawalah berjumpa doktor seandainya masaalah ini mula di rasai.Yang pasti, ada langkah pencegahan awal selain dari pembedahan seandainya keadaan sudah terlewat.Wassalam.



    Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Februari 10, 2011

    20 Komen:

    1. السلم عليكم ورحمة الله

      Moga saudara sihat hendaknya..
      Terima kasih sdra, berkongsi matlumat ini..

      BalasPadam
    2. Jaga kesihatan mana mana yang patut :)

      BalasPadam
    3. Salam Zul, mungkin juga penyakit ini sudahnya disebut penyakit batu karang kesukaran utk membuang air kecil. Mmg sakit mintak dijauhkan juga. Benar amalan permakanan sangat penting.

      BalasPadam
    4. salam..
      Kalau dah ada tanda2 tu eloklah berubat cuma ramai golongan lelaki yg segan nak ke hospital utk dapatkan rawatan.

      BalasPadam
    5. kalau angin pasang tu ape pulak, sama dgn ni ke?

      BalasPadam
    6. @Anak Ulu Cheka

      angin pasang tu..
      masuk angin dalam
      "buah"..ni lain..
      cer aok tengok gambo
      bukan di situ..he he

      BalasPadam
    7. @ozzy

      Memang pun..bab segan
      tu yang buat sampai
      parah baru nak jumpa
      doktor..

      BalasPadam
    8. @akuanakpahang

      Antaranya puncanya juga
      Yassin..tapi ni lain sket
      dekat juga dengan sakit
      batu karang..

      BalasPadam
    9. @Abd Razak @ RELEVAN

      Waalaikumussalam..
      terima kasih..moga sesama
      kita mendapat menafaat
      darinya..

      BalasPadam
    10. Koi rase mende jadi antarenye sebak pemakanan kite la.

      BalasPadam
    11. assalamualaikum..ape beza ia dengan batu karang?? lebih kurang sama ke???

      BalasPadam
    12. @sahromnasrudin

      samaada namanya berlainan
      atau memang sakit yang
      berlainan..rasa saya tak
      sama..

      BalasPadam
    13. @Jejaka Desa

      Koi setuju..
      bawaklah jaga
      pemakanan kita

      BalasPadam
    14. salam,

      hurmmm.... masalah org lelaki.... yg pompuan masalah lain pulak ye!
      apa2 pun pemakanan tu mmg penting utk kesihatan diri.

      BalasPadam
    15. salam bro...
      lama tak kesini rindu kat teratak nie..
      apa pun harap bro sihat walafiat...
      oo thanks 4 info leh infom ngan hubby setidak2 angah sebagai wife kena ambil berat bab2 kesihatan lelaki & perampuan..

      BalasPadam
    16. @AngahSayang2314

      Terima kasih singgah..
      ermmm..sebagai isteri
      kenalah jaga pemakanan
      hubby kan..he he

      BalasPadam
    17. @My Little Diary

      Dah bersuami nanti
      bolehlah praktiskan ye..?

      BalasPadam
    18. bahaya penyakit nih... kena buat pemeriksaan secar berkala nampaknya

      BalasPadam
    19. @Zik

      Dari muda lah nak
      jaga Zikr..moga bermenafaat

      BalasPadam
    20. Khabarnya amalan memakan
      biji bunga matahari boleh
      mengatasi masalah ini..nasihat
      dari sifu saya seorang tionghua

      BalasPadam