Tanpa Ph.D Tidak Bererti Seseorang Tidak Boleh Mengajar Dengan Baik
Assalamualaikum,
TERINGAT saya kepada satu kata-kata Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim di antara pengasas Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Menurut beliau, jika seorang pensyarah itu tidak mempunyai Doktor Falsafah (Ph.D), bukan bermakna seseorang itu tidak boleh mengajar dengan baik.
Adakalanya seorang pensyarah tanpa Ph.D mempunyai mutu pengajaran yg lebih baik di dalam pengajaran berbanding dengan pensyarah yang mempunyai Ph.D.
Saya sesekali tidak pernah dan tidak akan menyanggah kata-kata tersebut. Bahkan saya bersetuju seratus peratus dan kalau saya diberi pilihan pada tahun 1997.
Persoalannya mahu buat Ph.D atau tidak? saya mungkin memilih tidak, kerana terlalu banyak yang perlu dikorbankan.
Sebagai contoh, suami terpaksa bercuti tanpa gaji selama 3 tahun dan anak sulung pula ketinggalan dalam pelajaran selama 3 tahun. (kerana polisi waktu itu mewajibkan Ph.D dari universiti di luar negara)
Tetapi untuk mereka yang memilih untuk menjadi pensyarah universiti terutamanya di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), perkara ini menjadi satu kewajiban.
Tanpa Ph.D, mereka boleh diminta supaya berhenti atau memilih kerjaya lain. Oleh kerana itu setiap pensyarah universiti perlu menyambung pelajaran ke tahap Ph.D, walaupun ada diantara mereka yang berat hati untuk berbuat demikian.
Namun tidak dinafikan terdapat juga pensyarah yang memang bercita-cita menyambung pelajaran ke tahap doktor falsafah kerana mereka memang mempunyai minat untuk menyambung pelajaran dan cinta kepada pelajaran.
Bagaimanapun, jika hanya ingin mengejar sekeping kertas kerana inginkan gelaran 'doktor' pada pangkal nama hingga ada yang menipu dengan membeli gelaran tersebut, atau mengupah orang lain untuk membuat kajian dan menulis tesis, perjuangan itu tidak mempunyai makna.
Bagi saya, jika seseorang itu ingin menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, biarlah niatnya ikhlas kerana mencari ilmu dan bukan kerana gelaran yang bakal diterima serta mengharapkan orang lain lebih hormat pada mereka.
Bagi saya, jika ada pihak yang berfikir dengan mempunyai gelaran doktor boleh memberikan kemewahan kepada mereka, saya rasa mereka telah tersimpang jauh dari matlamat sebenar.
Melalui pengalaman, saya pernah dijemput sebanyak tiga kali menjadi ahli panel di dalam perbincangan di dua buah stesyen televisyen (isu Aids, poligami dan mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) tetapi tidak pernah diberi sebarang hononarium kecuali secawan teh dan sekeping kuih.
Kenalan saya pernah berkata, "Rugilah macam tu, Fauziah. Habis tenaga, habis duit minyak dan habis masa."
Tetapi bagi saya itu adalah peluang saya berbakti kepada masyarakat.
Kalau bercakap tentang gaji, hakikatnya gaji mereka yang mempunyai Ph.D tidak setinggi mana dan atas dasar itu apabila penuntut-penuntut di universiti saya bertanya tentang gaji pensyarah yang memegang Ph.D, saya memberitahu mereka;
"kalau kamu nak buat duit dengan jadi pensyarah, lupakanlah. kalau kamu nak jadi kaya, pilihlah profesion lain yang lebih menjanjikan pulangan yang lumayan. Pensyarah hanya sesuai utk mereka yang cintakan ilmu dan suka belajar dan mengajar. Biarlah apa yang kita buat kerana Allah Ta'ala"
Semakin banyak yang kita pelajari akan semakin tahu berapa jahilnya kita dan berapa kerdilnya kita kerana banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu.
Ph.D bukan untuk bermegah-megah dan bukan untuk mencari nama. Semoga Allah memberkati kita semua dalam apa jua yang kita lakukan. Maaf jika ada tutur kata yang menyinggung perasaan.
Dr Fauziah Mohd Noor
SUMBER
Salam semua, saya benar teruja dengan pendapat Dr Fauziah berkenaan pengorbanan beliau memilih untuk menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah (Ph.D) kerana merasakan perlu banyak yang di korbankan .Memang benar keikhlasan perlu dalam menuntut ilmu, bukan sekadar untuk kenaikan pangkat mahupun mengejar nama dan gaji yang lumayan.
Rumahtangga dan kerjaya perlulah seiring, tetapi jika tidak mampu pilihlah jalan yang anda rasakan perlu.Mungkin hari ini bukan rezeki anda di sana (mendapat Ph.D ),tetapi andainya anak-anak sudah membesar dan tanggungjawab berkurang bolehlah di mulakan semula.Yang nyata keikhlasan itu penting, jangan sampai sanggup mengupah orang melakukannya untuk anda, ternyata lari dari konsep menuntut ilmu yang sebenarnya.
Ramai manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi nama dan pangkat,apatah lagi demi wang ringgit.Tidak bernilai Ph.D tersebut seandainya jalan pintas di gunakan untuk mendapatkannya, malahan rezeki yang di perolehi boleh dipertikai sesahihan keberkatannya.Begitu juga ilmu yang di perturunkan kepada pelajar, apakah kesannya demi jangka masa panjang?Wallahualam.
Wassalam.
Rumahtangga dan kerjaya perlulah seiring, tetapi jika tidak mampu pilihlah jalan yang anda rasakan perlu.Mungkin hari ini bukan rezeki anda di sana (mendapat Ph.D ),tetapi andainya anak-anak sudah membesar dan tanggungjawab berkurang bolehlah di mulakan semula.Yang nyata keikhlasan itu penting, jangan sampai sanggup mengupah orang melakukannya untuk anda, ternyata lari dari konsep menuntut ilmu yang sebenarnya.
Ramai manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi nama dan pangkat,apatah lagi demi wang ringgit.Tidak bernilai Ph.D tersebut seandainya jalan pintas di gunakan untuk mendapatkannya, malahan rezeki yang di perolehi boleh dipertikai sesahihan keberkatannya.Begitu juga ilmu yang di perturunkan kepada pelajar, apakah kesannya demi jangka masa panjang?Wallahualam.
Wassalam.
Entry Auto Publish
Ada seorang kawan berPHD dalam kesusasteraan Melayu bertanya kepada ckLah, "Interlok tu cerita pasal apa eik?"
BalasPadam:D
***ckLah: Selalu kena menggantikan tugas guru-guru yang cuti belajar untuk PhD, tanpa rasa 'HD' (hasad dengki)
:D
betul2...biar lah dapat Ph.D atas usaha kita sendiri..Jangan dapat PHD yang sejenis tu sudahhh...:)
BalasPadamAssalamu'alaikum
BalasPadamSetuju dengan pandangab Dr Fauziah ni.. kena benar-benar ikhlas dan berwibawa..
Ph.D ni biasanya dikhususkan pada bidang tertentu je, jdi bidang tu lah yg dia betul2 mendalami dan mengetahui.
BalasPadamWalaupun kita mengatahui sesuatu benda, belum tentu kita boleh menyampaikan semua benda yg kita tahu kpd org lain. Sbb 'menerima', 'menyimpan' dan 'memberi' adalah sesuatu yang berbeza...
Salam Zul, kata org org yang ada PHD ini jgn ada Penyakit Hasad Dengki sudah :)
BalasPadamBila kita memilih untuk makan gaji...tentu terfikir..apakah kerja dan kelulusan kita setimpal.Jika kita asyik memikirkan wang..adalah lebih elok kita memilih bidang perniagaan mungkin memberikan pulangan yg lebih jika berjaya.Jika kita gagal dalam perniagaan baru kita tahu apa
BalasPadamharga Phd yang sebenarnya...
السلم عليكم ورحمة الله
BalasPadamKeikhlasan dalam menuntut ilmu itu paling penting bukan semata-mata mengejar wang ringgit..
Salam...
BalasPadamSaya pun setuju dgn pandangan beliau.
Yg penting keikhlasan. Tanpa keikhlasan, kita tak kan rasa puas dgn apa yg kita buat.
Ada orang berbangga dengan pangkat...
BalasPadamDi serang babi hutan
banyok hok nok glemer lepas tu nok cari duit dengan nama nama tanpa peduli etika apatah lagi agama
BalasPadamsalam..
BalasPadambukan PhD saja..semua peringkat pengajian terletak pada niat..buruk niat maka sia2 saja berusaha..
ada juga hanya dapatkan PHD hanya untuk diri sendiri ttp tidak menyebarkannya..
BalasPadamsalam bertemu..
BalasPadambagi koi le....sebenornya pengalaman yg paling berharga...
phd di malaysia sudah semakin ramai...
BalasPadamSaya mempunyai pengalaman tersendiri apabila dikelilingi oleh mereka yang Ph.D terasa rendah diri itu tetap ada tapi kelebihan saya adalah pengalaman industri dan perkara yang tempuhi adalah yang realistik tidak boleh dirujuk mana-mana buku ilmiah. :-)
BalasPadamhari tu ada jugak terfikir nak sambung PhD, pada pandangan saya (yang terpaksa pakai spek mata ni) untuk dapatkan PhD bukanlah sesuatu yang amat susah, cumanya perlukan komitmen dan fokus yg cukup tinggi...dan tidak ramai yg sanggup untuk berkorban masa dan komitmen tu hehe
BalasPadamsalam
BalasPadamsebenarnya apa apa pon balik pada matlamat dan niat yang berlandaskan agama..
matlamat mencapai tahap tertinggi tidak salah malah itulah antara ciri insan cemerlang.
tetapi menjadi insan cemerlang bukan sekadar dengan menggenggam segulung phd, tp sahsiah dan niat serta apa sumbangan kita kelak pada generasi seterusnya..
kalau phd tidak digunakan utk membanatu anak bangsa, sama seperti orang yg punya peralatan menoreh tapi tidak menoreh.. pokok semakin tua, hasil tidak ada..
dan orang yang tiada matlamat utk capai ke tahap tertinggi, sama pula seperti orang yang bangga dengan kereta lembunya. zaman semakin maju, kereta semakin laju , tp dia tetap ketinggalan kerana difikirannya dia juga punya kereta..
Wallahualam...
salam
BalasPadamambil phd atau ijazah sama saja
kalau minta orang tolong buatkan, tak ada nilainya
sampai bila nak menipu diri sendir yang kita ada ijazah atau phd?
sedangkan orang lain yang buat
assalamualaikum, secara kebetulan saya terjumpa dengan blog ini. sekadar menambah, bagi saya dan kawan2 yg telah melalui keperitan mendapatkan sekeping kertas bernama PhD, phd bukan penyakit hasad dengki. Tapi Permanent head damage. kalau sudi, bacalah artikel bertajuk "Kisah di sebalik sebuah gelaran" di google.com
BalasPadamTerima kasih kepada semua yang membaca dan memberikan komen. BaarakAllahu lakum wa lana.
wassalam
(fauziahuia@yahoo.com)
@Anonymous
BalasPadamTerima kasih Dr Fauziah
sudi singgah dan meninggalkan
komen anda di sini
:D
Asalam..
BalasPadamTopik luar biasa ni Zul..kekadang tumpukan anak2. mereka aset jg suatu masa dan jika ada rezeki mereka lah penyambung hasrat.Insyaallah
Salam ,
BalasPadamKalau belajar sampai pangkat PHD tetapi jika tidak bertangungjawab terhadap keluarga adakah berguna PHD itu ? Sedangkan si IBU sebok mencari rezeki dengan menjadi pensyarah yang disegani di UIA, sedangkan Bapak Mentua dan anak-anak kelaparan di rumah, tetamu yang datang ke rumah dilayan seperti tidak bernyawa .. Sedarlah sebelum terlambat wahai makhluk tuhan.. Walaupun berjaya jangan terlalu sombong ..
Dari anak sedara mu to DR FAUZIAH MD NOOR
p/s : Orang yang BODOH orang ada ilmu tapi tidak mengamalkannya .. Orang yang berpangkat DR aku rasa tak BODOH .
Hmm.. memang lah, sebab PhD untuk buat RESEARCH,
BalasPadamBUKAN UNTUK MENGAJAR.