Salam semua, pada rakan yang beragama selain islam hari ini 14 Februari; ramai yang mula sibuk mencari bunga dan hadiah buat isteri mahupun pasangan masing-masing.Begitu jua rakan sekerja saya(bukan islam) yang sudah siap menempah bunga berharga ratusan RM sebagai tanda kasih pada pasangan masing-masing.
Bukan manusia yang maksum,saya sendiri pun pernah menerima jambangan bunga dari rakan-rakan berbangsa lain yang seolah menganggap sambutan Valentine Day ini satu kewajiban pada mereka.Pada mereka sebagai penghargaan dan tanda kasih sesama rakan sekerja.
Saya menerima bunga itu dengan ucapan terima kasih, kerana tak terfikir hendak menerangkan pada mereka kenapa saya sepatutnya tidak menyambut sambutan ini.Berlainan dengan beberapa tahun kebelakangan ini,saya mula menolaknya dengan alasan tertentu biarpun agak sukar menerangkannya.
Ada yang mula bermasam muka dan menganggap saya sebagai "tipical muslim" yang seolah tidak hormat pemberian mereka dan ini serba sedikit menggugat persahabatan kami.Cuba menerangkan,tapi apakan daya mereka golongan yang tidak di kurnia hidayah Allah.Terang sebagaimana pun mereka tidak akan faham.
Alhamdulillah, lama- kelamaan mereka mula dapat menerima yang saya tidak akan menyambut sambutan ini malah menerima sebarang hadiah mahupun bunga dari mereka.Saya pernah bergurau dengan mereka, " you kasi cash la..nanti duit tu I donated charity! ". Hanya tersenyum rakan saya tanpa berkata apa-apa.
Umat Islam dinasihat jauhi acara sambutan Hari Kekasih - Jakim
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, menyambut Hari Kekasih bukanlah budaya masyarakat Islam malah ia wajar dijauhi kerana khuatir akan membawa kepada perbuatan tidak bermoral.
“Merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysiakali ke-71 (22 – 24 November 2005 ) memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.”
Jadi buat adik-adik dan rakan muslim saya yang masih mengamalkan malah sering meraikan sambutan Valentine ini, harapan saya cubalah menjauhinya.Pihak JAKIM sendiri sudah mengeluarkan pandangan dan kenyataan mereka dan sebagai tanggungjawab seorang islam perlulah kita menjauhinya.
AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY
AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY
Jangan lupa sepatutnya KEKASIH kita yang sebenarnya ialah Nabi Mohammad saw dan sambutan Maulidur Rasul pula jatuh pada 15 Februari bersamaan 12 Rabiuawwal. Diberi cuti umum oleh kerajaan,apa kata kita penuhi masjid dan surau memeriahkan sambutan ini nanti.Wassalam.
alhamdulillah
BalasPadamcheqna tak pernah dan tak pernah teringin nak sambut valentine
bagi cheqna setiap hari adalah hari berkasih sayang....
semoga sihat2 sokmo ye =)
salam..
BalasPadamHari tak bersalah..yang salah adalah mrk yang sambutnya dgn cara yg salah.
btol apa yg dikatakan uncle ni...
BalasPadamSalam Zul, begitulah sebaiknya perkara yang bercanggah dgn hukum agama kita di tolak sama sekali biar pun bagaimana jua keadaan. Semoga kita sama-sama menjauhi amalan yang karut ini.
BalasPadamhope tidak terlibat...
BalasPadamSalam...
BalasPadamMekasih mengingatkan...
Selamat Menyambut Maulidur Rasul esok yer..
p/s - ade gak umat Islam yg x peduli Hari Maulidur Rasul..dorg amik kesempatan cuti Maulidur Rasul utk kuar jalan2..ade yg sambung cuti utk melancong la bagai...
assalamualaikum abg zul..
BalasPadamsemoga kita jauhi perkara lagha ini kerana ia sangat menggugat akidah kita...
Salam.
BalasPadamJawab jer esok saya nak sambut Hari Maulidur Rasul, jadi tak bolehlah sambut Valentine ni. Hahahahaha....
dolu2, selalu celeb sbb tak tau kannn...
BalasPadamtp, skang tidak lagiii....wat tak tau je
heheh..sy pun tak celebrate V day...dulu aje pernah terima hadiah dr org ..tp takde la ngedate sana sini utk celebrate...hehehe
BalasPadamSusah macam kakak ni. Keluarga org susah memang tak pernah sambut pun. Cuma bila dikelilingi sabahat non-muslim walau mereka faham kita tak sambut tapi tetap beri kita coklatlah, bungalah (baik lelaki mahupun perempuan). Lagilah supplier kakak macam tak tahu pulak....
BalasPadamAssalamu'alaikum Zulkbo
BalasPadamSalam Maulidur Rasul.. selawat serta salam buat baginad, keluarga dan para sahabat..
Bab bunga Valentine ni belum pernah terlibat.. lahamdulillah...
Salah eja pula.. 'baginda' dan 'alhamdulillah'
BalasPadamsambut maulidurrasul lagi bagus....
BalasPadamsalam. ada jugek yg taksub kan. pd koi, xde faedah langsung.
BalasPadamSalam...
BalasPadamSelalunya hanya org yg tak tau sejarah valentine ni yg akan sambut. Harap2 muda mudi skrg ni tak terjerumus dlm kancah maksiat.
Katakan TIDAK pada Valentine Day.
BalasPadamSaya setuju dengan Ozzy...pERAYAAN TU MEMANG SALAH. Tapi rasanya kalau nak ucap perasaan sayang tu tak salah asalkan tak melakukan perkara maksiat....
BalasPadamNiat tu kena betul...tak yah niat sambut valentine derr...
selamat hari ..hari isnin ..
BalasPadamSelagi ramai orang Islam memikirkan Valentine's Day itu "cool".. Selagi itulah ianya akan disambut dengan pelbagai cara dan nama..
BalasPadamSelamat menyambut Maulidur Rasul. Moga yang terbaik utk kita semua, amin...:)
BalasPadamTahun ini sebenarnya Allah swt nak uji hambanyakan.. mana satu yang menjadi pilihan, valentina atau hari kebanggaan kita semua.. maulidur rasul.. semoga tiada saudara islam kita yang bangun pada pagi hari maulidur rasul dengan noda dan dosa..
BalasPadamstiap hari adalah hari berkasih
BalasPadamsayang,.. say no 2 Valentine!
hehhehee :)
Terbaru:
Pengalaman saya hampir lemas di perkampungan Orang Asli
Kalau Kamu Bercinta, Harap Kamu Jadi Macam Dia!
Kalau Dia Asyik Ulang kesalahan Sama, Kamu Geram Tak?
dunia dah terbalik skrg nie...tak ramai yg suka buat benda yg mendatangkan kebaikkan..
BalasPadamcthnya ketika majlis Sambutan Maulidur Rasul, berapa ramai muda-mudi yg sudi hadir..majoritinya warga senior shj..
isu Valentine's Day jd panas tahun nie..klu majlis fatwa dah kata HARAM, kena mesti nak pertikaikan lagi...
budaya terikut2 yang tak berkurangan sebabnya jadinya macam ni.
BalasPadamSay No to Valentine Day...
BalasPadamBahana Valentine Day
salam
BalasPadamselawat dan salam atas junjungan
nasib juga budak2 kat rumah tak terikut dengan kekalutan ni
salam en zul...salam maulidur rasul :D
BalasPadamSalam. Dulu zmn muda ada juga tukar2 bunga dgn kawan2. Skrg xde lagi !
BalasPadam