Aku Dan Ang Pow Tahun Baru Cina





Salam semua,mengikut sejarahnya Tahun Baru Cina di sambut satu masa dahulu di Tanah Besar China kerana,  berakhirnya musim sejuk dan bermulanya musim bunga.Perayaan itu terus di sambut di sini oleh masyarakat berbangsa cina (tionghua) tidak kira, walau apa fahaman agama mereka.

Begitu juga rakan di tempat kerja saya tidak kira yang beragama buddha mahupun kristian, rakan-rakan cina akan mula sibuk mengadakan persiapan takkala menjelangkan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal di sambut 3 Februari ini bersamaan hari Khamis.

Bekerja di syarikat yang di punyai oleh tuanpunya berbangsa cina, selain dari 95% pekerjanya adalah cina, saya turut merasai kemeriahan perayaan Tahun Baru Cina ini.Begitu jua staff yang lain, baik yang berbangsa india kami menantikan saat boss mengeluarkan bonus tahunan dalam bentuk  red packet ,"Ang Pow"

Kami suka berseloroh dengan mengatakan masa ini adalah "wang besar" akan keluar.Setelah penat sepanjang tahun mencari keuntungan syarikat maka tibalah saat yang di nanti,keuntungan syarikat sama di rasai oleh semua pekerja baik lama mahupun pekerja baru.

Tidak seperti tahun-tahun terdahulu,perniagaan agak cemerlang. Bonus saya selalunya melebihi 3 bulan.Agak besar angkanya,dan sesuatu yang memberi kepuasan setelah bekerja berpenat lelah sepanjang tahun.Dua tahun kebelakangan perniagaan agak suram, jadi tahun lepas  satu bulan habuan bonus sahaja di berikan.

Alhamdulillah, 2 bulan bonus di keluarkan oleh pihak syarikat pada tahun ini, berdasarkan mutu kerja yang di curahkan saya, biarpun perniagaan lebih kurang sahaja dengan tahun lepas.Rezeki anak-anak, biarpun bukanlah satu kemestian untuk mendapatkannya pada pandangan peribadi saya.


 Buat rakan-rakan Tionghua saya, kebanyakkan sudah mula bercuti dan pulang ke kampung halaman masing-masing tak kala ini.Harapan saya agar berhati-hati memandu, selamat pergi dan selamat kembali bekerja semula.

Happy Chinese New Year..Xin Nian Kuai Le.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Februari 02, 2011

33 Komen:

  1. Moh la banje kome mnegetea Zul kawan dapat 500 aje dulu... duit pertolongan cemas :)Bonus lama dah x merasa :(

    BalasPadam
  2. Tahniah kerana dapat ang pow....

    "兔年吉祥!
    Tù nián jí xiáng!
    Good Luck in the Year of the Rabbit!"
    Happy Chinese New Year 2011.

    BalasPadam
  3. salam
    apa lagi..moh open table cik zul..
    la..la..la

    BalasPadam
  4. @akuanakpahang

    Boleh je Yassin..
    nanti ada masa kita
    boleh jumpa ngetea

    BalasPadam
  5. @Hana Faza-same person

    Moh..
    pekena murtabak mengkasar
    di setapak nuh..
    he he..

    BalasPadam
  6. Tumpang beraya ya....
    Esok pun banyak jemputan dari bekas2 murid yang diajar sejak 20 tahun dulu...

    BalasPadam
  7. @ckLah@xiiinam

    Begitu lah nampaknya
    setiap tahun..betul
    raya cina..he he

    BalasPadam
  8. sy tak dapat ang pow..tp dapat sekotak limau mandarin aje..heheh

    BalasPadam
  9. CNY tahun ni x merasa pn lagi limau apatah lagi ang pow.. hehee

    BalasPadam
  10. salam..
    seronok tgok perayaan tahun baru cina..sgt2 meriah dan ahli keluarga berkumpul bersama..ang pow cina bkn 2 3 ringgit..tp mencecah ratusan n ribuan.. :D

    BalasPadam
  11. bonus?? jom mengencendoi
    hahahahaa

    BalasPadam
  12. asalamualaikum,

    selamat bercuti....berhati-hati di mana sahaja..

    BalasPadam
  13. as salam en.zul,
    kita kawan baik kan3 (tetiba)
    $__$

    BalasPadam
  14. betul3x...masa keja kilang dulu biasa gak dapat ang pow dari bos...

    BalasPadam
  15. wah..bestnye dpt ang paw!!

    BalasPadam
  16. Salam..
    My hubby dapat 4 kotak limau tapi oleh kerana saya langsung tak sebut "buah limau", habis dibahagikan pada kawan2 pejabat...
    Semalam baru tergerak hati nak tanya, jadi dia pun bagitau dah habis...
    Tak pe, saya pun tak rasa nak makan buah limau...
    Selamat bercuti...

    BalasPadam
  17. salam bro zulkbo.

    Bagaimanakah nasib kawan² kita di Mesir? Sama²lah kita berdoa utk keselamatan & kesejahteraan mereka, amin. :)

    BalasPadam
  18. salam,
    alhamdulillah dpt gak bonus tu...

    happy holiday to u n family...

    BalasPadam
  19. dah lama tak dapat bonus...hehehe

    BalasPadam
  20. gong xi fai Cai ..esok kume kerja..

    BalasPadam
  21. السلم عليكم ورحمة الله

    Bulan makan limau jer..:):)

    BalasPadam
  22. bila nak dapat limau nih... air limau pun jadila.

    BalasPadam
  23. Uiihhh.. 2 bulan, raya sakan la bang zul... hehe.
    Apapun tahniah dan selamt bercuti...

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah dapat 2 bulan bonus ye...:) boleh la belanja kawan2 ni...hihi..
    bro zul dapat banyak stok buah limau tak..?

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah. Rezeki anak-anak.


    Samalah bro. Tahun lepas lebih baik dari tahun ni.Tahun lepas unexpected dapat 3.5 bulan tapi tahun ni kurang sebulan dari tu.

    Buat belanja sedikit, dan baikpulih rumah yang dah mula bocor sana-sini ni dan baki buat simpanan. Alhamdulillah , increment dapat 6%. Walaupun tak berpuas hati sebab apa yang dijanji semasa appraisal tak dipenuhi, saya dah luahkan pada boss semasa pemberian surat 21hb yang lepas.

    Semoga tahun depan bisnes bertambah maju.


    Xin Nian Kuai Le kepada semua kaum Tionghua.

    BalasPadam
  26. @a.z.r.i.n.a.03.07

    Reen..ni mesti tawke
    cina juga kan..?samalah
    kita makan beras import
    la kiranya..ha ha

    BalasPadam
  27. teringat masa kerja kompeni dulu.. best dapat bonus masa tahun baru cina ni..

    BalasPadam
  28. bestnya dpt angpow.
    2 bulan gaji pun berbaloi2 kan~

    BalasPadam
  29. salam
    tak pernah2 merasa ang pow tahun baru cina
    hehe

    BalasPadam