Salam semua,pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya.Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap,nilai dan tingkah laku remaja,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.
Kebiasaannya,golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan atau GENG.Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya seterusnya merasakan bangga diri dengan perbuatan mereka itu.
Kebiasaannya,golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan atau GENG.Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya seterusnya merasakan bangga diri dengan perbuatan mereka itu.
KUALA LUMPUR (Bernama): Undang-undang baru dikenali sebagai Akta Vandalisme perlu digubal untuk menangani perbuatan merosakkan harta awam yang semakin meningkat di negara ini, kata Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)
Naib pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata undang-udang baru itu perlu memperuntukkan denda lebih tinggi serta mewajibkan mereka yang disabitkan kesalahan, melakukan khidmat masyarakat.
"Ini boleh dibuat sekarang kerana Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan, yang tidak membenarkan penggunaan buruh paksa, telah dipinda beberapa tahun lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi pesalah berulang, Akta ini perlu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun serta sebat, tertakluk kepada Kanun Prosedur Jenayah, katanya.
Lee berkata walaupun perbuatan merosakkan harta awam di Malaysia tidak seteruk seperti di kebanyakan negara Barat, namun ia tetap merupakan masalah serius yang perlu ditangani secara berkesan.
Katanya undang-undang kecil vandalisme yang dikuatkuasakan pihak berkuasa tempatan ketika ini tidak memadai untuk menyelesaikan masalah itu.
Perosak harta awam sering menjadikan kemudaham awam seperti telefon awam, tong sampah, lif, meter parkir, pondok hentian bas, papan tanda dan tandas awam sebagai sasaran mereka, kata beliau.
"Memanglah telah dikenal pasti bahawa perbuatan merosakkan harta awam perlu ditangani melalui pendidikan, penerapan nilai murni, tanggungjawab sosial dan kesedaran sivik.
"Tetapi, pendidikan semata-mata tidak mencukupi, ia perlu disokong oleh undang-undang ketat serta penguatkasaan secara tegas," kata Lee.
Remaja adalah produk sistem dalam sesebuah masyarakat.Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap masyarakat kini yang lebih mementingkan soal kebendaan dan privasi,langsung tidak mahu ambil peduli terhadap isu-isu sosial.Ini sememangnya merumitkan masalah yang wujud sekian lama apabila masing-masing hanya menuding jari.
Menurut kajian, masalah vandalisme banyak berlaku di bandar.Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar, tetapi generasi yang dilahirkan di bandar dan sukar dikawal.Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Oleh itu, golongan remaja ini merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.Setidaknya penggubalan akta ini nanti, di harapkan akan membantu dalam mendisiplinkan remaja dan masaalah ini di bendung dengan undang-undang yang lebih tegas.Wassalam.
Menurut kajian, masalah vandalisme banyak berlaku di bandar.Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar, tetapi generasi yang dilahirkan di bandar dan sukar dikawal.Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Oleh itu, golongan remaja ini merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.Setidaknya penggubalan akta ini nanti, di harapkan akan membantu dalam mendisiplinkan remaja dan masaalah ini di bendung dengan undang-undang yang lebih tegas.Wassalam.
Sebagai seorang ibu..saya mmg risau dgn anak2 saya..doa&harapan saya,biarlah anak2 saya&juga anak2 org lain,menjadi generasi yang baik.
BalasPadamMoge penggubalan undang2 ter dapat membendung sedikit sebanyok aktiviti tak berfaedah ni....
BalasPadampatutnya lama dah akta ni perlu kuatkuasakan, dan terus ambil tindakan,
BalasPadamdidikan awal dr rumah tu patut kita tekankan pd anak2 kita
Mereka ni kreatif tak kena tempat...hmm
BalasPadamsebat...macam....keterlaluan la plak...kalau saman macam mana plak?
BalasPadamsalam..
BalasPadamMemang patut dikuatkuasakan lebih tegas bagi melindungi harta awam contohnya telefon dan mainan di padang permainan kanak2
ajo deme menoreh lagi bagus cuma pastikan jangan vandal kat pokok tu doh le... getoh mehei
BalasPadamelok sangat la tue...moga yg gatal2 tangan tue kena hukuman..
BalasPadamsemoga pelaksanaannya mantap nanti;)
BalasPadamsalam weh. koi sokong ngat akta ni sbb terlalu byk vandalisme sekrg ni...ntah apa2..ngabihkan duit org je kan..
BalasPadamsokong pengubalan akta baru nih. banyak sangat vandalisme sekarang.
BalasPadamLatest Entri :
Tingginya Martabat Seorang Ibu
Assalamualaikum...
BalasPadamHarap apabila dah ada undang-undang tu, keadaan akan berubah.
Mmg kacau berbudak skg nie kadang base dema gatai tangan suka menconteng aje..hakikat dia tak tau dia dah membuat vandalisme... molek dikuatkuasakan supaya masyarakat kita tau bender tu salah.
BalasPadamsalam,
BalasPadamvandalisme berada dimana2... bimbang dgn situasi ini... dlm tandas awam pun byk...
Salam sejahtera,
BalasPadamRasanya kita semua tahu dan pernah diajar dan akan menurunkan apa yang kita tahu kepada generasi selanjutnya tentang platform,forum,media,ruang dll. yang betul dan munasabah untuk meluahkan perasaan,pendapat,rasa marah,jengkel, pendapat, bakat seni/menconteng/melakar terpendam dll. Kekadang semua itu tidak ada/tidak boleh/disekat/diperli/tidak dilayan atau simply memnberontak atas sebab-sebab yang munasabah atau tidak munasabah. Dah ada akta enforcement cerita yang lain pulak.
Have a great weekend.
salam jumaat..
BalasPadamperkara ini perlu di ambil berat jika tdk akan rosak geneari kita kelak..
@eielaSaya ingatkan akta ni dah lama ada
BalasPadamanak2 adalah harta yang tdk ternilai...
BalasPadamklu rosak nak didik dia kita pun akan sush semula.. huuu..
lihat conteng2 terus ingat kat papan jalan raya..public phone sslu jer ada lukisan conteng2 ni huuu..
BalasPadamrasa nak titik je jari mereka..hiii
Vandalism ialah cara remaja tunjukkan protes mereka..
BalasPadamRM 200 juta untuk seragam harga barang luar bandar
Salam Zuljbo,
BalasPadamPatut pun gubei. Budok2 dah melampau sekarang ni. kat Pahang te ok lagi. Kolumpo susoh nok cakap. Pengaroh nye kuat sangat. Payoh nok menjage budok2.
Mpuntain Climber
Bagus jugak tu.
BalasPadamKat taman saya duduk ni, tinggal tiang besi je, buaian dah tak ada. Kesian anak, kalau nak main, kena bawa ke tempat yg elok,yg jauh dari rumah.
salam, semoga akta ni lebih tegas terhadap vandalisme dan juga ade program kesedaran remaja tentang kepentingan harta awam..
BalasPadamjangan jadi akta 'hangat2 tahi ayam' sudah laaa....
BalasPadamKat kampung Jai tuggu masa nak rebah je.. Buat untuk budak2, skali bapak budak yang main.. Klu mlm pulak, abg budak pulak buat port isap gam..hu3
BalasPadambaba2 nie memang perlu tegas...
BalasPadamsalam.
BalasPadammereka ni kreatif tapi tak kena pada tempatnya.
diharap penggubalan akta ini dapat mengurangkan vandalisme ni.