Kisah Sejadah Dan Solat Jumaat



Salam semua, ingin berkongsi pengalaman saya bersolat jumaat di masjid KLCC.Berhampiran dengan tempat kerja saya, jadi solat Jumaat di sini adalah yang paling sesuai sekali.

Selalunya sebelum solat akan di adakan tazkirah oleh penceramah jemputan yang mengupas isu-isu semasa dan ilmu-ilmu agama untuk di kongsi sesama jemaah sebelum solat bermula.

Agak menarik juga khutbah di jalankan dalam bahasa inggeris di masjid ini. Memandangkan ramai pelancong asing, selain para diplomat yang selalu bersolat Jumaat di sana.

Bacaan dalam solat oleh imam di sana juga cukup merdu dengan bacaan surah-surah yang agak panjang tapi tidak jemu untuk kita mendengar dengan kusyuk.


Berbalik soal sejadah dan solat Jumaat di masjid ini tadi.Permukaan bahagian solat di luar perkarangan masjid yang di buat dari batu mar mar sentiasa bersih dan berkilat.Sudah pasti pihak masjid sentiasa melakukan pembersihan.

Persoalan saya adalah para jemaah yang membawa sejadah sendiri dan membentangkan secara memanjang kononnya boleh di kongsi sesama jemaah lainnya.Masaalahnya jika anda dapat bahagian "kepala" okey lagi.

Bagaimana seandainya di sajikan dengan bahagian kaki sejadah yang agak lama tidak bercuci(dari rupanya) dan berbau agak masam.Keadaan ini benar mengganggu kekusyukkan dalam solat apabila sujud.


Pernahkah rakan sekalian mengalaminya? Bagaimana cara untuk mengatasinya?Perlukah saya menolak dengan baik?Apa agaknya respon jemaah tersebut?Sudi kiranya memberi pandangan anda.Wassalam.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Januari 14, 2011

37 Komen:

  1. salam cik zul

    dulu mungkin rasa agak kurang selesa juga.tp bila fikir2, besar pahala kawan tu sb niat dia nak berkongsi sama sungguhpon dalam xsedar ada kurangnya..

    kita kenalah hargai..
    selalunya saya atau suami akan bawa sejadah kecil khas utk kepala sahaja..kalau tiba2 ada kes dapat bahagian 'kepala', xdelah saya kuarkan.
    tp kalau dpt bahagian 'kaki', baru kita kuarkan..sejadah tu kecil, dan selalunya org takkan terasa hati kalau kita gunakannya atas sejadah dia sb di Mekah Madinah pon org selalu buat mcm tu. sbgai lapik dahi sendiri..

    Wallahualam

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum Zulkbo

    Pada pendapat kak lah, sejadah tu perlulah dicuci selalu jika ingin berbuat baik.. kadang-kadang orang terlepas pandang bab kebersihan ni..

    BalasPadam
  3. Abg Zul...buat mcm org pompuan..
    Bwk kain putih utk alas atas sejadah tu..
    Tuala good morning pun xpe..heheh..
    Kan ade sejadah kecik khas utk muka ter..
    Bwk la se..x best gek kalau dpt bhgn kaki
    yg kepam gitu..x kusyuk aok nt..

    BalasPadam
  4. salam Zul..

    Soal bau tu rasanya x pernah lagi aku jumpa yg baunya teruk sangat hehe..kalau adapun rasanya x sampai hati nak cakap kat tuannya.
    Kalau baupun tahanlah sikit kut sebab masa sujud takdelah lama sangat kut kan..

    BalasPadam
  5. Aku nak kongsi pengalaman di mana aku pernah solat Jumaat di Jakarta Indonesia.Boleh dikatakan hampir semua jemaah akan membawa sejadah sendiri
    dari rumah,masjidnya pun sama dgn spt Malaysia..marmar juga tapi sudah menjadi amalan.Aku rasa adalah praktikal diamalkan disini dari kita bersungut didalam hati tentang bau kaki semasa sujud.Kureng sikit pahala..Wallahualam..

    BalasPadam
  6. assalamualaikum,

    kalau dah berbau, tanda dah tak bersih, elakkannya...dan kalau dah berkilat tu tak perlulah di alas lagi..

    BalasPadam
  7. hurm..patutnya org yg nk share sejadah tu kena jugak tgk kebersihan sejadah tu kn... tp klu bab mcm ni,segan plak nk menolak org yg berniat baik kn??

    BalasPadam
  8. tak pernah lagi la ada yang kogsi sejadah ni.tapi kalau ada, tak tahu macam mana nak tolak, kalau agak2 bersih tu ok la kan, tapi kalau dah hitam semacam tu...ish....susah juga...tapi kalau kita cakap baik2 nak lapik atau apa mungkin orang tu tak terasa sangat...yang penting cakap jer kita nak lapik.kaau terus lapik tu yang agak terasa tu. hehe

    BalasPadam
  9. kalau betul betul ikhlas orang yang membawak sejadah tersebut, dia akan mengambil bahagian kaki dan bahagian kepala di berikan kepada orang sebelahnya begitu kot?..

    BalasPadam
  10. Kalau kita bentang sejadah samada yg kita bawa sendiri atau yang surau punya secara menegak untuk kegunaan kita seorang, kenapa kita selalu rasa tak senang??? Padahal ada banyak lagi sejadah lain. Tak adalah orang sembahyang atas bahagian kaki sejadah. Dan sedap sikit kita nak bersujud sebab sejadah tu lembut...

    BalasPadam
  11. payoh nok mengabo bab nih, memmerlukan keprihatinan diri sendiri la...faham2 sebelum bawak tu cium2 la dulu kalau hapak tu tinggal je la...lagi elok solat atas marmar tu...

    BalasPadam
  12. salam..
    pndgan sy, kalau kita guna sejadah utk solat, lepas amik wudhuk, eloklah pakai selipar sblum pijak sejadah....jadi kebersihan masih terjaga di sini. kalau org yg kuar bilik air terus pijak sejadah, x mustahillah sejadah tu bau busuk sbb kotoran lain dh melekat dulu kat kaki..

    kalau solat di Masjid, sy lebih suka tak bersejadah..bila dahi mencecah lantai, perasaan itu lain.

    BalasPadam
  13. tak pernah lagi kena macam nih, kalau kena agaknya mau puas menahan hidung.

    Latest Entri :
    Yeaayy Cuti : Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

    BalasPadam
  14. Saya penah mengalami masalah ini...option yg ade ialah mengeluarkan sapu tangan kita sendiri...gunakan untuk melapik di bahagian dahi...insyallah org yg nk kongsi tu x terasa hati...

    BalasPadam
  15. Salam Zul,

    Situasi begini sering terjadi di Masjidilharam dan Majidinnabawi. Lagilah berbagai bangsa dan tidak tahu berbahasa Inggeris lagi. Tapi nawaitu untuk berkongsi amatlah baik.

    Kalau kakak bahagian kaki kita guna sendiri dan bahagian kepala bagi kat org yg kita nak kongsi.

    BalasPadam
  16. @Cik SHiNJU
    salam rodong, koi setuju dgn cdgan cik shinju te...koi slalu buat.

    BalasPadam
  17. laen x bwk sjdh sndiri la g masjd.he2..tp lg best law sjud ats marmar tu je..rase sjuk n nyaman..

    BalasPadam
  18. salam,

    baca je ni... tak nak komen hehehe

    BalasPadam
  19. Kalau gitu gi cari port lain ajelah.. kesut ke ajelah... tak kan nok kabor ker org tu.. nak bagus kita bawak yang kita sendiri beli sejadah hak kecik tu muat letak muka sahaja ok tu.

    BalasPadam
  20. salam ziarah en zul..semoga pengalaman en zul jumaat ini memberikan pengajaran utk kita semua bila nak share sejadah ngn org lain...he3

    BalasPadam
  21. salam
    memang dah tak boleh nak buat apa2 lagi
    takdir penent seglanya

    BalasPadam
  22. Salam...

    Setuju dgn Hana Faza.
    Sediakan sejadah kecil khas utk kepala sahaja.
    Rasanya tak akan berkecil hati kot, hanya utk kepala sahaja.

    BalasPadam
  23. assalam cik zul... rasanya baik bawa sejadah sendiri la.... atau kalau nak share dgn org lain bawak sejadah yang baru yang dikhaskan untuk 2 org dan tak pernah dipijak......kalau saya tak mungkin la saya nak share sejadah tu... kalau share pun hilang kusyuk .....

    BalasPadam
  24. Koi tak reti lalu kala gune lain dari bahase Melayu ni.

    BalasPadam
  25. klsuri alas dgn tudung sahaja..hee..klu npk lama sgt sejadah tu.. klu ok lagi suri tak kisah..kita ambil berkkat dari org yg menggunakannya sudahlah..

    BalasPadam
  26. kita jgn buruk angka apa yg penting solat kena ttp iman padaNYA..

    :)

    BalasPadam
  27. "Minta maaf, saya ada resedung. Biar saya sujud kat lantai saja ya"

    Boleh ke...?

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum sdra...

    Saya suka jawapan cikgu ckLah...kalau boleh kita tolak cara baik. Kalau dah tak boleh tolak, solatlah seperti biasa. Bila dah khusyuk dalam solat bau sejadah tu takkan terasa apa-apa...

    BalasPadam
  29. saya pernah alami situasi sebegini tapi terpaksa pendam dihati sebab tak nak guriskan hati.

    BalasPadam
  30. xpe la..sbgai ingatan dan pengalaman utk kali pertama..lpas ni blh bwk sjadah sndri :)

    BalasPadam
  31. salam bro zul..
    tolak lah dengan berhemah.
    boleh kot. pihak sana pun tak terasa..kita pun selesa & khusyuk menunaikan solat..

    BalasPadam
  32. betul jugak perkara yg dibangkitkan tu, tapi kalau saya saya offer kepada orang sebelah part yg kepala, kita sebagai tuan ambil part kaki tu hehe

    BalasPadam
  33. Aslmkm Zul.
    :) Itu dugaan namanya!
    Kita umpamakan solat jemaah di Masjid la ya:
    Kalau di tempat kita boleh juga menolak secara baik & sopan dalam BM or BI.
    Ketika di Mekah & Madinah, banyak pakai bahasa isyarat kerana ramai tahu bahasa ibunda sendiri saja. Ada yang siap bentang kain/tudung yang menusuk masam peluh!
    Selalunya Kak G menolak secara baik dengan senyuman; mereka pun terima. Jika saudara itu berkeras, Kak G beritahu 'allergic' jer.
    Tetapi jika nampak bersih, tidak berbau & dapat sebelah atas/kepalanya, senyum jugalah & cakap/isyaratkan 'TQ' la.

    BalasPadam
  34. Terima kasih semua
    atas pandangan dan
    komen dari kalian..
    amat saya hargai..

    BalasPadam
  35. nak bagi cadangan semuanya dah tulis. hehe.

    BalasPadam
  36. kalau nak elakkan begini, biasanya datang masjid awal, isnyallah dapatlah duduk saf hadapan... kalau sejadah yang agak berbau.. seharusnya kena basuh lah..

    BalasPadam